Biografi Naising atau Nainet Photomania

Seorang peminat photography bermula dari bangku sekolah. Semuanya bermula dengan sebuah kamera 'spy minox' yang dihadiahkan oleh abang saya semasa saya masih di sekolah rendah. Camera berbentuk nipis ala-ala kegunaan perisikan pada zaman dahulu. Kejadian berlaku sekitar awal 70an. Sepuluh tahun kemudian saya sendiri telah membeli sebuah kamera point n shoot jemana Konika bernilai RM45.00. Ketika itu saya berada di tingkatan lima. Dengan kamera tersebut saya telah mula menjual photo aktiviti-aktiviti disekolah. Tidak menguntungkan, tetapi seronok. Maklumlah zaman filem, setiap snap adalah berharga. Semasa saya berada di pra-universiti di Kuala Lumpur, minat saya semakin mendesak untuk saya mendapatkan sebuah SLR (single lens reflex). Dengan perbelanjaan yang amat terhad, saya mula mengumpul wang untuk membeli sebuah SLR pertama saya. Jenama Ricoh KR5 Super, yang berharga RM300.00 adalah kamera SLR pertama saya.

Artikal ini adalah percubaan dan kajian semata-mata. Walau bagaimanapun, cerita di atas adalah cerita benar mengenai saya.

Jika anda terjumpa artikal ini sila emel kepada saya dan memberitahu saya, bagaimana anda menjumpai artikal ini. Emelkan kepada : naising@yahoo.com.

Terima kasih.