Marcellus Matthew Yaluk
CHRISTINE REGINA CARMELITA MANJAJI atau CHRISTINE MANJAJI berasal daripada Kampung Tenghilan, Tuaran. Beliau beketurunan Kadazandusun, di mana bapanya (Herman Manjaji) seorang Kadazan Penampang dan ibunya (Jane Katod) seorang Dusun Lotud Tuaran. Beliau mengikuti UNK Tuaran pada tahun 2018 dan sekali gus berjaya menjadi johan dan wakil Daerah Tuaran di peringkat negeri yang diadakan di Dewan KDCA pada tahun 2018. Beliau salah satu ratu cantik Tuaran pada tahun 2018 yang paling diminati. Selepas pusingan pertama, Tati Christine yang memperagakan baju tradisional dari suku kaum Dusun Lotud Tuaran dapat menarik mata juri-juri untuk memilihnya ke pusingan yang kedua. Tati Christine juga dapat menembus ke pusingan kedua iaitu TOP 15 sesi soal dan jawab (QnA). Soalan tersebut sama dengan semua finalist Top 15 iaitu Apakah pengalaman anda sewaktu melawat Muzium Negeri Sabah pada hari yang lepas. Di mana semua peserta Top 15 di beri masa selama 1 minit lebih untuk menjawab soalan tersebut. Tati Christine yang menjawab soalan tersebut dengan penuh gementar tetapi senyuman kejelitawannya tetap ada untuk memperlihatkan kecantikannya serta pengawalan emosi semasa menjawab soalan di hadapan juri dan orang yang ada di dewan mahu pun di live FB. Walaupun Christine gagal mara ke pusingan terakhir iaitu TOP 7 yang paksa mengakui terkandas selepas berhenti namun Tati Christine berpuas dengan kedudukan di tempat ke-10 secara keseluruhan daripada 45 peserta yang lain. Pemenang ketika itu, Tati Hosiani Keewon Jaimis dari Inanam. Sementara naib johan dan tempat ketiga masing dimenangi oleh Tati Sherlyn Jane Pailus dari Penampang dan Vanessa Audrey Gilbert dari Putatan. Kini, Christine sedang berkerja dengan sebuah syarikat coway di Kota Kinabalu selepas di buang dari Malaysia Airlines tahun lepas selepas covid-19 melanda dunia. Beliau ingin menjadi seorang yang berjaya dalam bidang bussnies. Selepas berehat hampir 2 tahun dari menyertai Unduk Ngadau 2018, kini Tati Christine Manjaji bakal berentap semula di KDCA untuk acara Unduk Ngadau peringkat negeri 2021 pada 31 Mei 2021 di Dewan KDCA. Beliau yang berjaya menentapkan posisi kedua di peringkat UNK DBKK 2021 selepas tewas dengan Maya Hejnowska yang mewakili Dun N.20. Api Api, sekali gus beliau berjaya ke KDCA untuk mewakili Dun N.19 Likas. Semoga berjaya Tati Christine Manjaji.