Buletin Sejarah (kemerosotan melaka)

sunting
BULETIN 1
Raja Mendeliar merupakan saudagar India yang kaya 

dan cuba menandingi saorang saudagar lain, iaitu Nina Sura. Dia telah membuat fitnah dengan mengatakan bahawa Tun Mutahir ingin menderhaka dan merampas takhta kerana telah membuat cerek emas sebagai tanda kekayaan dan kehebatannya. Sultan Mahmud Shah menggunakan alasan ini untuk menghukum Tun Mutahir, walaupun dendam sebenarnya ialah untuk mendapatkan anak Tun Mutahir iaitu Tun Fatimah yang telah dikahwinkan dengan Tun Ali. Maka terjadilah perintah membunuh seluruh keluarga Tun Mutahir yang dianggap penderhaka kepada Sultan. Maka hilanglah seorang pembesar Melaka yang bijak sehingga memaksa Sultan Mahmud Shah melantik seorang bendahara yang uzur lagi tepok, iaitu Bendahara Tun Perpatih Putih. Bendahara Tun Perpatih Putih tidah dapat memberikan kepimpinan yang baik apabila Portugis menyerang Melaka, malah beliau sendiri terpaksa diusung keluar dari istana.