Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
اونيۏرسيتي كبڠسا ٴن مليسيا
MotoMengilham Harapan, Mencipta Masa Depan
JenisAwam
Ditubuhkan pada1972
Institusi induk
Universiti Kebangsaan Malaysia
DekanProfesor Dr. Abdul Halim Bin Abdul Gafor
Lokasi,
56000
,
Laman sesawanghttp://www.ukm.my/medicine

Fakulti Perubatan UKM

sunting

Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1972[1] dengan matlamat untuk meningkatkan bilangan doktor di negara ini. Matlamat ini juga selari dengan aspirasi rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi perubatan kebangsaan yang berteraskan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan. Dekan pertama iaitu Dr. Amir Abbas telah dilantik dan memulakan tugas beliau bermula 30 Mei 1972 sehingga 29 Mei 1975. Meskipun terdapat kekangan ruang, tugas-tugas pentadbiran tetap disempurnakan di rumah kerajaan kediaman Dr. Amir Abbas yang telah dijadikan sebagai pejabat pentadbiran sementara. Selepas itu, pejabat pentadbiran telah berpindah ke Jalan Travers, Brickfileds dan seterusnya ke Jalan Masjid, Petaling Jaya.

Pada Mei 1973, kursus pra perubatan dimulakan di Fakulti Sains di Jalan Pantai Baru. Pengajian di Fakulti Perubatan UKM bermula dengan kemasukan kumpulan pelajar pertama pada sesi 1973/1974 dengan jumlah seramai 44 pelajar. Bagi memenuhi keperluan pengajian, Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) diisytihar sebagai Hospital Pengajar bagi Fakulti Perubatan UKM oleh YB Tan Sri Lee Siok Yew, iaitu Menteri Kesihatan ketika itu. Dengan pengisytiharan itu, maka semua program klinikal di Fakulti Perubatan secara rasminya dijalankan di HBKL. Para pelajar berpeluang menimba pengalaman di sebuah hospital yang terkemuka di negara ini.

Fasa perkembangan Fakulti Perubatan UKM menyaksikan satu lagi anjakan apabila hasrat untuk memiliki bangunan sendiri menjadi realiti. Fakulti Perubatan UKM menerima sebidang tanah dari kerajaan Malaysia yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, berhampiran dengan Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan Institut Penyelidikan Perubatan. Bangunan ini siap dibina dan dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 1979. DYMM Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah berkenan untuk merasmikan bangunan ini.

Sekali lagi, Fakulti Perubatan UKM melakar sejarah apabila buat kali pertama meraikan graduan sulung dalam Majlis Konvokesyen Kumpulan Pertama Graduan Fakulti Perubatan UKM pada tahun 1979. Dalam majlis bersejarah ini, seramai 37 orang pelajar berjaya dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan. Kejayaan ini seterusnya menjadi penggalak apabila program pascasiswazah ditawarkan kepada pelajar dalam usaha melahirkan pakar perubatan pada sesi 1981/1982. Program pascasiswazah ini telah dipelopori oleh Ijazah Kepakaran Sarjana Surgeri (Surgeri Am), Sarjana Surgeri (Ortopedik), Sarjana Sains Perubatan dan Doktor Falsafah.

Pada tahun 1993, UKM telah menubuhkan sebuah hospital pengajar yang dikenal sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). HUKM mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997 dan hal ini telah merancakkan lagi perkembangan Fakulti Perubatan UKM. Perkembangan ini sekaligus menuntut pada pembinaan sebuah bangunan untuk menempatkan jabatan-jabatan praklinikal Fakulti Perubatan UKM. Terletak di UKM Kampus Cheras, bangunan setinggi 18 tingkat ini beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014.

Fakulti Perubatan UKM kini berdiri sebagai salah sebuah institusi pendidikan perubatan terkemuka di negara ini. Selain menjadi tumpuan pelajar tempatan, Fakulti Perubatan UKM juga menjadi pilihan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara untuk meneruskan pengajian tinggi serta meningkatkan kepakaran mereka.

Untuk menjadi hab akademik perubatan yang terkehadapan dan berdaya saing berteraskan ilmu, inovasi dan pasukan profesional perubatan yang berdedikasi dalam membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat.

Untuk memberi pendidikan dalam profesional perubatan dan perkhidmatan bermutu tinggi berteraskan penyelidikan, dalil perubatan, inovasi dan kepekaan sosial.

Jabatan

sunting
JABATAN/UNIT
ADVANCE SURGICAL SKILL CENTRE (ASSC)
ANATOMI
ANESTESIOLOGI & RAWATAN INTENSIF
BIOKIMIA
FARMAKOLOGI
FISIOLOGI
KEJURURAWATAN
PERUBATAN KESIHATAN AWAM
MIKROBIOLOGI & IMUNOLOGI PERUBATAN
OBSTETRIK & GINEKOLOGI
OFTALMOLOGI
ORTOPEDIK & TRAUMATOLOGI
OTORINOLARINGOLOGI
PARASITOLOGI & ENTOMOLOGI PERUBATAN
PATOLOGI
PEDIATRIK
PENDIDIKAN PERUBATAN
PERUBATAN
PERUBATAN KECEMASAN
PERUBATAN KELUARGA
PSIKIATRI
RADIOLOGI
SURGERI
PUSAT KEJURUTERAAN TISU & PERUBATAN REGENERATIF
PUSAT TERAPI SEL (PTS)
UNIT MAKMAL PELBAGAI GUNA
UNIT SUMBER HAIWAN MAKMAL

Alumni

sunting
  • YB Dr. Zaliha Mustafa
  • Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
  • Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak
  • Prof. Datuk Dr. Abd. Rahman Abd. Jamal
  • Prof. Datuk Dr. Che Muhaya Mohamad
  • Prof. Dr. Harlina Hj. Siraj @ Hj. Ramli
  • Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman
  • Datuk Dr. Nor Ashikin Ahmad Mokhtar
  • Datuk Murphy Chan (Chan Hian Kee)
  • Dr. Esa Rejab
  • Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim
  • Dr. Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah
  • Dr. Othman Bin Warijo
  • Dr. Mohd Anis Haron @ Harun
  • Dr. David Khoo Sin Keat
  • Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood
  • Dato’ Prof. Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif
  • Dr. Belek @ Jerip Anak Susil
  • Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom
  • Datuk Dr. Nora’i Mohd Said
  • Dato’ Dr. Ramlan Abd. Aziz
  • Dato’ Dr. Hajah Zailan bt Dato’ Hj. Adnan
  • Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman
  • Dato’ Sri Dr. Hasan Abdul Rahman
  • Dato’ Dr. Haron Ahmad
  • Prof. Dato’ Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi
  • Prof. Dato’ Dr. Syed Muhamed AlJunid
  • Lt. Jen Dato’ Seri Panglima Dr. Sulaiman Abdullah
  • Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor
  • Datuk Dr. Joachim Gunsalam
  • Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek
  • YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli
  • Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus
  • Prof. Datuk Dr. D.Kamaruddin D. Mudin
  • YBhg. Datuk Dr. Yusof Yacob
  • Dato’ Dr. Nor Azimi Yunus
  • Datuk Dr Norhayati Rusli

Rujukan

sunting
  1. ^ "Sejarah Penubuhan – HCTM". Dicapai pada 2023-11-02.

Pautan Luar

sunting

Laman Web Rasmi Fakulti Perubatan UKM