Ain Sofea atau Nur Ain Sofea Bt Yusof (28 Jun 1999) merupakan seorang pelajar,pengawas,pelakon drama (ketika waktu perkemahan) dan penyanyi (membuat persembahan) di Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing. Beliau memiliki vokal yang mantap dan tinggi.Di samping itu,Sofea juga memiliki kebolehan dalam berlakon.Sofea mempunyai kelebihan bertutur dalam bahasa Inggeris.


Kehidupan Awal

sunting

Sofea,pelajar yang memulakan pelajarannya di Sekolah Kebangsaan Sungai Lembing sekitar tahun 2005,mula dikenali sekitar tahun 2009.Pada mulanya,Sofea mula dikenali setelah memenangi sebuah pertandingan nyanyian di sekolahnya.Pada ketika itu,Sofea berjaya menewaskan 9 peserta yang lain meskipun banyak menerima cemuhan dari banyak pihak.

2010:Bakat mula dikenali

sunting
==

Pada sekitar Mei 2010,SKSL telah mengadakan Perkhemahan Bersepadu 2010.Satu acara yang dipertandingkan di sepanjang perkhemahan ialah Malam Kebudayaaan dimana pelajar diminta menyampaikan persembahan mengikut pilihan sendiri samada nyanyian duet,nyanyian perseorangan,tarian,lakonan dan nyanyian (teater).Pada malam tersebut,Sofea membuat persembahan berbentuk teater keinsafan bertajuk Andai Ku Tahu nyanyian asal Ungu.Persembahan tersebut mendapat tepukan yang amat gemuruh.Mulai dari insiden inilah,nama Sofea mula dikenali.Lebih manis,nama Sofea turut mula naik di satu sekolah tersebut.Nama Sofea juga mula menaik di laman sosial Facebook.


2011:Fenomena,Penangan dan Nama mula jadi bualan hangat

sunting

Tahun silih berganti,nama Sofea masih hangat diperkatakan.Tidak terhenti di situ,Sofea sekali lagi muncul di pentas SKSL dengan teater perpisahan, Memori Tercipta nyanyian asal Shila Amzah duet bersama Amy Ima.Sehari selepas persembahan diadakan,nama Sofea sekali lagi menjadi sebutan ramai.Kebanyakkan mereka mengatakan Sofea mempunyai suara yang lantang dengan vokal yang tinggi.Sejak dari penangan Sofea itu,fenomena Sofea mula tercipta.Malah,ramai yang memuji suarannya.


Kontroversi

sunting

Langit tidak selalunya cerah.Pada September 2010,Sofea dikatakan mempunyai akaun facebook Sofea Said Imran.Facebook itu juga dipercayai ada nama kekasih Sofea.Sejak dari itu,pelbagai kontroversi dan cerita sensasi Sofea mula tersebar meluas.Mujurlah,Sofea berjaya menangkas cerita itu dengan mengatakan yang Said Imran itu ialah kawan sekelasnya.Hari demi hari,kontroversi tersebut berjaya dipadam.


Pengaruh

sunting

Sofea juga turut dikatakan mempunyai suara mirip penyanyi Shila Amzah.Oleh itu,tidak hairanlah jika ada segelintir orang menyamai Sofea dengan Shila Amzah.


Trivia

sunting

Ramai yang tidak tahu,Sofea merupakan pelajar target ataupun Top 5 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Biografi

sunting

Sofea,anak kedua dari tiga beradik.Pelajar harapan sekolah dalam bidang pelajaran.Meminati bidang nyanyian,lakonan dan teater.Menjadikan Ziana Zain,Beyonce Knowles,Raja Farah,Aril AF7 dan Miley Cyrus sebagai idolanya.Meminati subjek Sains dan Matematik.Seorang yang berbakat,mementingkan pelajaran dan tidak sukakan kontroversi.

Menarik mengenai Sofea

sunting

Beliau kini turut berjinak-jinak dalam bidng lakonan.Buktinya ialah sketsa 6 IH (Ibnu-Hayyan) pada awal 2011,mendapat sambutan hangat.Ini membuktikan Sofea turut berbakat dalam bidang lakonan.


Sofea diakui memiliki vokal tinggi sebanyak 4 oktaf.Sofea juga diakui boleh menyanyi lagu bernada rendah.

Perancangan baru

sunting

Sofea kini difahamkan akan mengurangkan aktiviti nyanyian memandangkan dia kini sedang menunggu keputusan UPSR yang akan diumumkan tidak lama lagi.


Cara nyanyian

sunting
Oleh kerana minatnya yang mendalam,Sofea juga sebenarnya suka menyanyi lagu secara berduet.Selain itu,Sofea juga suka menggubal puisi atau pantun kepada bentuk lagu.Bakat yang ada pada Sofea sememnamgnya diakui ramai.Lantaran itu,Sofea pada masa yang sama mempunyai 'FANS CLUB' atau FC di Facebook yang mempunyai lebih 5,000 orang.