Ahmadinejad~mswiki
2 Januari 2008 telah menyertai
SUNGAI AMAZON
Sungai Amazon merupakan sungai terbesar di dunia. Sungai ini dikenali sebagai Rio Amazonas dalam bahasa Sepanyol dan Portugis. Sungai ini begitu panjang hingga mencecah 6400km dan mengalir hingga ke 6 buah negara iaitu Venezuela, Bolivia, Peru, Colombia, Ecuador dan Brazil iaitu hampir 7050000 km persegi.
Sungai Amazon berpunca daripada pergunungan Apachetta. Antara cawangan-cawangan utama sungai ini ialah Maranon, Japura dan Rio Negro di bahagian kiri dan Purus, Madeira, Tapajos, Xingu dan Tokatins di sebelah kanan sungai tersebut.Sungai Amazon juga merupakan kawasan tadahan yang terbesar di dunia dan mengalir keluar ke Lautan Atlantik. Saiz sungai ini yang begitu besar menyebabkan sungai ini turut dikenali sebagai 'Laut sungai'. Pada tahun 1500, Vicente Yanez Pinzon dikatakan orang Eropah pertama yang berlayar di sungai ini.