Ahmad Faizullah bin hassan dilahirkan pada tanggal 11 mac 1983 di hospital besar ipoh. Anak bongsu kepada pasangan Hj. Hassan bin Hj. Kassim dan Hjh. Zaliha binti Mat Wahi. Bergelar pendidik untuk subjek Bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di Daerah Perak Tengah. Mula menceburi dunia pendidikan pada tahun 2004. Mula menyertai pasukan penyemak kertas bahasa melayu PMR dan SPM pada tahun 2012. Beliau juga mula dilantik sebagai pengerusi teknik sokongan bahasa melayu daerah pada tahun 2019. Telah terlibat dengan pelbagai program koakademik sebagai jurulatih dan hakim sehingga peringkat negeri perak. Pernah menerima anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2014.