Adamguamusang
Gua Musang Disediakan Oleh Bertam Baru
- Click disini untuk dapatkan pelbagai info dan maklumat (Portal)
- Click di sini untuk komunikasi (Blog)
Gua Musang atau Jajahan Gua Musang, adalah sebuah Daerah yang terletak di sebalah selatan Negeri Kelantan. Ianya merupakan daerah kedua terbesar selepas Daerah atau Jajahan Kota Bharu, Ibu Neger Kelantan. Merangkumi 3 Zon atau Dun (Dewan Undangan Negeri) iaitu Paloh, Nenggiri atau dulunya Bertam dan Galas (Bandar Gua Musang).
Gua Musang di sempadani oleh Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Jeli di utaranya, Merapoh Pahang di selatannya, Di sebelah baratnya ianya bersempadanan dengan Simpan Pulai, Ipoh, Perak melalui Tanah Tinggi Lojing dan Tanah Tinggi Cameron (Cameron Highland). Manakala di sebelah barat nya ianya bersempanan dengan Negeri Terengganu melalui Lebir dan Areng. Merupakan bandar atau kawasan yang strategi kerana ianya menemukan keempat-empat persimpangan iaitu menghala ke Kota Bharu melalui Kuala Krai, menghala ke KL melalui Merapoh - Kuala Lipis, Pahang, Menghala Ke Jeli melalui Meranto - Jelawang / Stong - Kuala Balah. Manakala Ke Ipoh, Perak pula ianya melalui Tanah Tinggi Lojing - Tanah Tinggi Cameron dan Simpang Pulai, Ipoh.
Gua Musang adalah Daerah atau Jajahan yang paling jauh daripada Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan, walaupun begitu, ianya sama seperti daerah atau Jajahan-Jajahan lain sebagaimana kelengkapan Bangunan Pentadbiran, Pejabat Tanah & Jajahan, Mahkamah Syariah & Majestret, Ibu Pejabat Polis (IPD), Pejabat Pertanian, JKR dan lain-lain,nya akan tetapi ianya lebih pada Pejabat Felda dan Pejabat KESEDAR ( Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).iaitu agensi pembangunan tanah persekutuan.
Tanaman utamanya adalah kelapa sawit di sebelah Ciku, Paloh dan getah di sebelah Jerek, Limau Kasturi & sayur-sayuran di sebelah Tanah Tinggi Lojing. Kebanyakan kawasan adalah di bawah pentadbiran KESEDAR di samping Pentabiran Majlis Tempatan (Majlis Daerah Gua Musang). Bancian penduduk pada tahun 2000 menyatakan Gua Musang meliputi 8177 km persegi dan 76655 orang penduduk.