Pengawal Kebangsaan Udara
Pengawal Kebangsaan Udara (bahasa Inggeris: Air National Guard (ANG), sering kali dirujuk sebagai Pengawal Udara adalah sebuah militia tentera udara yang diuruskan oleh setiap dari 50 buah negeri Amerika Syarikat, komanwel Puerto Rico, wilayah Guam dan Kepulauan Virgin, dan Daerah Columbia di Amerika Syarikat. Pasukan ini diwujudkan Perkara 10 dan Perkara 32 dalam Kod Amerika Syarikat. Pengawal Kebangsaan Udara merupakan sebahagian daripada Pengawal Kebangsaan dan dibahagikan kepada unit-unit yang berpangkalan di setiap 50 buah negeri dan wilayah A.S serta beroperasi di bawah kerajaan wilayah dan gabenor negeri masing-masing.[1] Pengawal Kebangsaan Udara mungkin akan dipanggil untuk melakukan tugas-tugas aktif oleh gabenor negeri atau jeneral memerintah wilayah bagi membantu kecemasan dalam negara atau malapetaka, seperti yang disebabkan oleh taufan, banjir, kebakaran dan gempa bumi.[1]
Pengawal Kebangsaan Udara | |
---|---|
Aktif | 18 September 1947–kini |
Negara | Amerika Syarikat |
Cawangan | Tentera udara |
Saiz | 106,678 aktif |
Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan Tentera Udara AS Biro Pengawal Kebangsaan AS |
Ibu pejabat | Pentagon |
Pertempuran | Perang Dingin *Perang Korea *Perang Vietnam *Perang Grenada Perang Teluk Parsi Pertama Perang Kosovo Perang Menentang Keganasan *Perang Afghanistan *Perang Teluk Parsi Kedua |
Komander | |
Pengarah Pengawal Kebangsaan Udara | Lt. Jen Harry M. Wyatt III |
Ketua Biro Pengawal Kebangsaan | Jen. Frank J. Grass |
Tanda kebesaran | |
Roundel | |
Pesawat terbang | |
Penyerang | A-10 |
Pengebom | B-2 |
Peperangan elektronik | E-8, EC-130 |
Pejuang | F-22, F-15C, F-16 |
Helikopter | HH-60 |
Pengawasan | MQ-1 |
Pengangkut | C-17, C-5, C-130, HC-130, LC-130, C-21, C-38, KC-135 |
Nota
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pengawal Kebangsaan Udara |