Penembakan Charlie Hebdo
Pada 7 Januari 2015, kira-kira jam 11:30 CET (10:30 UTC), dua orang bertopeng dan bersenjata api senapang AK-47, sepucuk senapang patah, dan sepucuk pelancar RPG merempuh ke dalam pejabat-pejabat majalah satira Perancis Charlie Hebdo di Paris. Pesalah-pesalah melepaskan sehingga 50 das tembakan dengan senjata automatik sambil melaungkan "Allahu Akbar".[11][12] 12 orang terbunuh, termasuklah ketua editor Stéphane "Charb" Charbonnier, tujuh orang lain kakitangan Charlie Hebdo, dan dua orang anggota Polis Negara serta mencederakan 11 orang lain.[13][14][15] Akhbar terbabit telah meraih perhatian dunia kerana seringkali menggambarkan Nabi Muhammad.[16][17]
Penembakan Charlie Hebdo | |
---|---|
Lokasi | Penembakan Charlie Hebdo: 10 Rue Nicolas-Appert, Daerah ke-11, Paris, Perancis[1] Penembakan Montrouge: Sudut Avenue Pierre Brossolette dan Avenue de la Paix di Montrouge, Perancis Serbuan: Dammartin-en-Goële, Île-de-France, Perancis; Pasar raya kosyer Hypercacher di Porte de Vincennes, Paris, Perancis |
Koordinat | 48°51′33″N 2°22′13″E / 48.85925°N 2.37025°EKoordinat: 48°51′33″N 2°22′13″E / 48.85925°N 2.37025°E |
Tarikh | 07 Januari 2015CET –9 Januari 2015 18:35 CET (UTC+01:00) | 11:30
Sasaran | Penembakan Charlie Hebdo: Kakitangan Charlie Hebdo Penembakan Montrouge: Pegawai Polis Perbandaran Clarissa Jean-Philippe Krisis tebusan Hypercacher: pelanggan pasar raya Yahudi |
Jenis serangan | Penembakan beramai-ramai, pengganasan |
Senjata | Penembakan Charlie Hebdo:
Penembakan Montrouge: Pistol Krisis tebusan Hypercacher: 2 raifal Kalashnikov |
Kematian | Jumlah 20:
|
Tercedera | Sekurang-kurangnya 14:
|
Pelaku | Saïd Kouachi, Chérif Kouachi,[8][9] Amedy Coulibaly[10] |
sunting · sunting di Wikidata |
Beberapa orang telah ditahan oleh polis sempena kejadian ini dalam usaha memburu dua suspek utama. Seorang suspek ketiga mula-mula dicam oleh polis lalu menyerah diri. Pesalah-pesalah berkenaan diperikan oleh polis sebagai "bersenjata dan berbahaya", sementara tahap ancaman di wilayah Île-de-France dan Picardy dinaikkan ke status tertinggi. Pada 9 Januari, pesalah-pesalah dikesan oleh polis di sebuah taman perindustrian di Dammartin-en-Goële di mana mereka mengambil seorang tebusan.[18] Juga disahkan hubung kait antara kejadian Charlie Hebdo dengan satu lagi kejadian penembakan di Montrouge oleh seorang suspek keempat, yang mana pesalah ini juga mengambil tebusan di sebuah pasar raya Yahudi berdekatan Porte de Vincennes.[19] Serbuan polis dijalankan serentak di Dammartin dan di Porte de Vincennes, di mana terbunuhnya tiga orang pengganas dan sesetengah tebusan pula cedera atau terkorban.[20] Presiden Perancis François Hollande mengesahkan bahawa empat orang tebusan terbunuh dalam serbuan di pasar raya Vincennes tersebut.[21]
20 orang termasuklah ketiga-tiga suspek terbunuh di empat lokasi dari 7 hingga 9 Januari;[22] sekurang-kurangnya 14 orang lain cedera, ada yang parah. Serangan ini adalah antara insiden pengganas yang paling dahsyat di Perancis semenjak pengeboman kereta api Vitry-Le-François 1961 oleh Pertubuhan Tentera Rahsia (OAS).[23]
Kakitangan Charlie Hebdo yang terselamat mengumumkan bahawa penerbitan akan diteruskan dengan edisi minggu berikutnya dikeluarkan seperti biasa dalam sejuta salinan daripada 60,000 yang kebiasaannya.[24][25]
Rujukan
sunting- ^ "En images : à 11 h 30, des hommes armés ouvrent le feu rue Nicolas-Appert". Le Monde. 7 Januari 2015.
- ^ Helene Fouquet (7 Januari 2015). "Paris Killings Show Rise of Banned French 'Weapons of War'". Bloomberg.
- ^ "Charlie Hebdo shooting: At least 12 killed as shots fired at satirical magazine's Paris office". 7 Januari 2015. Dicapai pada 9 Januari 2015.
- ^ "Paris Charlie Hebdo attack: live". The Daily Telegraph. 7 Januari 2015.
- ^ "12 dead in 'terrorist' attack at Paris paper". Yahoo News. 7 Januari 2015.
- ^ Ben Doherty. "Tony Abbott condemns 'barbaric' Charlie Hebdo attack in Paris". The Guardian.
- ^ Mejia, Paula (7 Januari 2015). "Four Victims of Charlie Hebdo Attack Identified". Newsweek. Dicapai pada 8 Januari 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamadailymail1
- ^ "'I am a defender of the prophet… journalists are not civilians, but targets': Chilling boast of terrorists responsible for Charlie Hebdo massacre and carnage in kosher grocery". 9 Januari 2015. Dicapai pada 9 Januari 2015.
- ^ Le suspect de Montrouge, Amedy Coulibaly, était bien le tireur de Vincennes, Le Monde
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaall
- ^ "Charlie Hebdo attack – latest". BBC News. 7 Januari 2015. Dicapai pada 7 Januari 2015.
- ^ Willsher, Kim; Topping, Alexandra (8 Januari 2015). "Police converge on area north-east of Paris in hunt for Charlie Hebdo gunmen". The Guardian. Dicapai pada 8 Januari 2015.
- ^ "Gun attack on French magazine Charlie Hebdo kills 11". BBC News. 7 Januari 2015. Dicapai pada 7 Januari 2015.
- ^ "Charlie Hebdo attack: 12 dead in Paris, manhunt on". CNN. Dicapai pada 7 Januari 2015.
- ^ "Charlie Hebdo: Major manhunt for Paris gunmen". BBC News. Dicapai pada 8 Januari 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaindependent.co.uk
- ^ "Charlie Hebdo: major operation north-east of Paris in hunt for suspects – live updates". The Guardian. 9 Januari 2015.
- ^ "EN DIRECT. Porte de Vincennes : 5 personnes retenues en otage dans une épicerie casher". Le Parisien. 9 Januari 2015.
- ^ "EN DIRECT – Les frères Kouachi et le tireur de Montrouge abattus simultanément". Le Figaro.
- ^ theguardian.com [1]
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamanytimes2
- ^ Pech, Marie-Estelle (7 Januari 2015). "L'attentat le plus meurtrier depuis Vitry-Le-François en 1961". Le Figaro. Dicapai pada 7 Januari 2015.
- ^ "Charlie Hebdo will come out next week, despite bloodbath". The Times of India. 8 Januari 2015.
- ^ Martinson, Jane; Sweney, Mark (8 Januari 2015). "Charlie Hebdo staff vow to print 1 m copies as French media support grows". The Guardian. London. Dicapai pada 8 Januari 2015.