Pendidikan jasmani

Kursus pendidikan berkaitan dengan susuk tubuh dan penjagaan badan

Pendidikan jasmani (Jawi: ڤنديديقن جسماني‎ ​) yang selalunya diringkaskan sebagai PJ dan kadangkala dengan tidak rasmi dirujuk sebagai kelas gim atau ringkasnya gim di negara-negara Barat, ia adalah mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah di seluruh dunia. PJ diajar semasa pendidikan rendah dan menengah dan ia menggalakkan pembelajaran psikomotor, kognitif dan efektif melalui aktiviti fizikal dan penerokaan pergerakan untuk meningkatkan kesihatan dan kecergasan fizikal.[1] Apabila diajar dengan betul dan positif, kanak-kanak dan remaja yang diajar boleh menerima banyak manfaat kesihatan. Ini adalah termasuk pengurangan risiko penyakit metabolik, peningkatan kecergasan kardiorespirasi, dan kesihatan mental yang lebih baik.[2] Tambahan pula, kelas PJ boleh menghasilkan kesan positif terhadap tingkah laku dan prestasi akademik pelajar.[3] Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat perkaitan positif antara perkembangan otak dan senaman.[4] Penyelidik pada tahun 2007 mendapati peningkatan yang ketara dalam skor ujian standard Seni Bahasa Inggeris oleh kalangan pelajar yang mengikuti 56 jam pendidikan jasmani dalam setahun, berbanding dengan mereka yang mengikuti 28 jam pendidikan jasmani setahun.[5]

Peralatan pendidikan jasmani
Seorang guru sukan sedang melatih kanak-kanak sekolah rendah berlatih kasut roda

Banyak program pendidikan jasmani juga memasukkan pendidikan kesihatan sebagai sebahagian daripada kurikulum. Pendidikan kesihatan ialah pengajaran maklumat mengenai pencegahan, pengawalan, dan rawatan bagi penyakit.[6]

Kurikulum dalam pendidikan jasmani

sunting

Program pendidikan jasmani yang sangat berkesan adalah bertujuan untuk membangunkan kecelikan fizikal melalui pemerolehan kemahiran, pengetahuan, kecergasan fizikal, dan keyakinan.[7] Kurikulum pendidikan jasmani menggalakkan perkembangan kesihatan kanak-kanak, menggalakkan minat dalam aktiviti fizikal dan sukan, meningkatkan pembelajaran tentang konsep kesihatan dan pendidikan jasmani, dan menyesuaikan perbezaan dalam populasi pelajar untuk memastikan setiap kanak-kanak menerima manfaat kesihatan.[8] Prinsip-prinsip teras ini dilaksanakan melalui penyertaan sukan, pembangunan kemahiran sukan, pengetahuan tentang kecergasan fizikal dan kesihatan, serta kesihatan mental dan adaptasi sosial.[8]

Kurikulum pendidikan jasmani di peringkat menengah merangkumi pelbagai sukan berpasukan dan individu, serta aktiviti riadah. Beberapa contoh aktiviti fizikal adalah termasuk bola keranjang, bola sepak, bola tampar, balapan dan padang, badminton, tenis, berjalan kaki, berbasikal, dan berenang.[9] Catur ialah satu lagi aktiviti yang termasuk dalam kurikulum PJ di beberapa bahagian dunia. Catur membantu pelajar mengembangkan kemahiran berfikir kognitif mereka dan meningkatkan fokus, sambil mengajar tentang semangat kesukanan dan permainan yang adil.[9] Aktiviti gimnastik dan gusti juga menawarkan peluang tambahan kepada pelajar dalam meningkatkan pelbagai aspek kecergasan fizikal termasuk fleksibiliti, kekuatan, daya tahan aerobik, keseimbangan, dan koordinasi.[9] Aktiviti tambahan dalam PJ adalah termasuk bola sepak, bola jaring, hoki, rounders, kriket, four square, perlumbaan, dan pelbagai permainan kanak-kanak yang lain. Pendidikan jasmani juga mengajar tentang nutrisi, tabiat sihat, dan keunikan keperluan.[10]

Pedagogi

sunting
 
Kanak-kanak Portugis menyertai perlumbaan sekolah

Matlamat utama dalam pengajaran pendidikan jasmani moden adalah:[11]

  • Untuk mendedahkan kanak-kanak dan remaja kepada pelbagai jenis senaman dan aktiviti sihat. Kerana PJ boleh dicapai oleh hampir semua kanak-kanak, ia adalah salah satu peluang unik yang dapat menjamin aktiviti bermanfaat dan sihat dalam kalangan kanak-kanak.
  • Untuk mengajar kemahiran dalam mengekalkan kecergasan dan kesihatan sepanjang hayat.
  • Untuk menggalakkan pelaporan kendiri dan pemantauan senaman.
  • Untuk mengkhususkan tempoh, intensiti, dan jenis aktiviti.
  • Untuk memfokuskan maklum balas pada usaha, bukannya hasil.
  • Untuk menyediakan model peranan yang aktif.

Adalah penting bagi pendidik jasmani untuk memupuk dan memperkukuh kemahiran motor yang sedang berkembang dan untuk menyediakan kanak-kanak dan remaja dengan set kemahiran asas yang membina perbendaharaan pergerakan mereka, yang membolehkan pelajar terlibat dalam pelbagai bentuk permainan, sukan, dan aktiviti fizikal lain sepanjang hayat mereka.[12]

Matlamat-matlamat ini boleh dicapai melalui pelbagai cara, antaranya ialah garis panduan peringkat kebangsaan, negeri, dan tempatan, yang mana ia sering menentukan standard mana yang mesti diajar berkaitan dengan pendidikan jasmani. Standard-standard ini menentukan kandungan apa yang diliputi, kelayakan yang mesti dipenuhi oleh pendidik, dan buku teks serta bahan-bahan yang mesti digunakan. Pelbagai standard ini termasuk pengajaran pendidikan sukan atau penggunaan sukan sebagai senaman; pendidikan kecergasan, berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan keseluruhan; dan pendidikan pergerakan, yang berkaitan dengan pergerakan dalam konteks bukan sukan.[12]

Pendekatan dan kurikulum ini berdasarkan perintis dalam PJ, iaitu, Francois Delsarte, Liselott Diem, dan Rudolf von Laban, yang pada tahun 1800-an memberi tumpuan kepada penggunaan keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan badan mereka bagi ekspresi diri. Ini digabungkan dengan pendekatan pada tahun 1960-an, (yang menampilkan penggunaan badan, kesedaran ruang, usaha, dan hubungan) melahirkan pengajaran pendidikan jasmani moden.[13]

Kajian terkini juga telah meneroka peranan pendidikan jasmani untuk perkembangan moral dalam menyokong agenda pemasukan sosial dan keadilan sosial, di mana ia kurang diteliti, terutamanya dalam konteks kekurangupayaan, dan pemasukan sosial orang kurang upaya.[14]

Penggunaan teknologi dalam pendidikan jasmani

sunting

Banyak kelas pendidikan jasmani menggunakan teknologi untuk membantu murid-murid mereka bagi memastikan senaman yang berkesan. Salah satu alat yang paling berpatutan dan popular ialah perakam video yang ringkas. Dengan ini, pelajar merakam diri mereka dan apabila dimainkan semula, mereka dapat melihat kesilapan yang mereka telah lakukan dalam aktiviti seperti membaling sesuatu atau mengayun pada sesuatu.[15] Kajian menunjukkan bahawa pelajar mendapati dengan melakukan sebegini adalah lebih berkesan daripada seseorang cuba menjelaskan apa yang mereka lakukan salah dan kemudian cuba memperbetulkannya.[15]

Pendidik juga boleh menggunakan teknologi seperti pedometer dan pemantau kadar jantung untuk menetapkan matlamat langkah dan kadar jantung untuk pelajar.[16][17][18] Melaksanakan penggunaan pedometer dalam pendidikan jasmani boleh meningkatkan penyertaan dalam aktiviti fizikal, motivasi dan keseronokan.[19]

Teknologi lain yang boleh digunakan dalam persekitaran pendidikan jasmani termasuk projektor video dan GPS. Sistem permainan dan permainan yang berkaitan, seperti Kinect, Wii, dan Wii Fit juga boleh digunakan. Projektor digunakan untuk menunjukkan kepada pelajar bentuk yang betul atau cara bermain permainan tertentu. GPS boleh digunakan untuk mengaktifkan pelajar dalam persekitaran luar, dan permainan senaman aktif (exergames)[Penjelasan diperlukan] boleh digunakan oleh guru untuk menunjukkan kepada pelajar cara yang baik untuk kekal cergas di dalam dan di luar persekitaran bilik darjah.[20] Permainan senaman atau permainan digital yang memerlukan penggunaan pergerakan fizikal untuk mengambil bahagian boleh digunakan sebagai alat untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak.[21]

Pengintegrasian teknologi boleh meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dalam persekitaran Pendidikan Jasmani.[22] Walau bagaimanapun, keupayaan pendidik untuk menggunakan teknologi secara berkesan di dalam bilik darjah bergantung pada kompetensi guru yang dirasakan dalam keupayaan mereka untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam kurikulum.[22]

Selain alat tradisional, kemajuan AI terkini memperkenalkan kaedah baharu untuk memperibadikan pendidikan jasmani, terutama untuk remaja. Aplikasi AI seperti bimbingan adaptif mula menunjukkan potensi dalam meningkatkan motivasi pelajar dan keberkesanan program dalam persekitaran pendidikan jasmani.[23]

Mengikut lokasi

sunting

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dicadangkan agar kanak-kanak kecil perlu mengambil bahagian dalam 60 minit senaman setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk mengekalkan badan yang sihat.[24] Cadangan 60 minit ini boleh dicapai dengan melakukan pelbagai bentuk aktiviti fizikal, termasuk penyertaan dalam program pendidikan jasmani di sekolah.[25] Majoriti kanak-kanak di seluruh dunia mengambil bahagian dalam program Pendidikan Jasmani dalam persekitaran pendidikan umum.[26] Menurut data yang dikumpul daripada tinjauan seluruh dunia, 79% negara memerlukan pelaksanaan PJ secara sah dalam program sekolah.[26] Program pendidikan jasmani adalah berbeza-beza di seluruh dunia.

Filipina

sunting

Di Filipina, PJ adalah wajib untuk semua tahun di sekolah, kecuali sekolah yang memberikan pilihan kepada pelajar untuk mengikuti Program Vokasional Sijil Berhenti Sekolah sebagai ganti untuk tahun kelima dan keenam mereka. Sesetengah sekolah telah menyepadukan latihan seni mempertahankan diri ke dalam kurikulum pendidikan jasmani mereka.[27][28][29][30][31]

Malaysia

sunting

Pendidikan Jasmani (PJ) di Malaysia uniknya menyepadukan warisan budaya dengan dasar-dasar moden, menggabungkan sukan tradisional seperti sepak takraw (permainan seperti bola tampar yang menggunakan kaki) dan silat (seni mempertahankan diri Melayu) ke dalam kurikulum untuk meraikan identiti pelbagai budaya negara itu.[32] Dasar 1Murid 1Sukan oleh kerajaan mewajibkan penyertaan sukan secara universal, ia bertujuan untuk memupuk keterangkuman dan pembangunan bakat, walaupun begitu cabaran seperti kemudahan yang tidak mencukupi dan penglibatan yang rendah terutama dalam kalangan pelajar perempuan sekolah menengah masih berterusan.[32][33] PJ juga menekankan penjagaan alam sekitar melalui aktiviti luar seperti meredah hutan unntuk menyesuaikan diri dengan iklim tropika Malaysia, sambil menyesuaikan norma budaya dengan amalan yang sensitif jantina dan pemakaian yang sopan.[32] Selain itu, beberapa institusi menawarkan program PJ akademik, seperti Cambridge IGCSE dan IB Sains Kesihatan Sukan dan Senaman, menggabungkan kajian saintifik dengan kemahiran praktikal.[34] Walaupun terdapat beberapa usaha, penyelidikan menyoroti perbezaan dalam tahap aktiviti, dengan lelaki, kanak-kanak yang lebih muda, dan kumpulan etnik bukan Cina menunjukkan penyertaan yang lebih tinggi, menekankan keperluan untuk campur tangan yang disasarkan.[35] Anasir ini mencerminkan keseimbangan Malaysia antara tradisi, matlamat yang didorong oleh dasar, dan rangka kerja pendidikan yang berkembang dalam PJ.

Singapura

sunting

Peperiksaan kecergasan wajib dwitahunan, iaitu NAPFA, dijalankan di setiap sekolah untuk menilai kecergasan fizikal murid-murid di Singapura.[36] Ini termasuk beberapa siri ujian kecergasan. Pelajar dinilai mengikut sistem emas, perak, gangsa, atau gagal. NAPFA untuk bakal anggota perkhidmatan negara berfungsi sebagai penunjuk untuk tambahan dua bulan dalam latihan perkhidmatan negara yang wajib di negara itu jika mereka mencapai gangsa atau gagal.

Eropah

sunting
 
Sesetengah negara memasukkan latihan seni mempertahankan diri di sekolah sebagai sebahagian daripada kelas pendidikan jasmani. Kanak-kanak Filipina ini sedang berlatih karate.

Ireland

sunting

Di Ireland, seseorang dijangka mengikuti kelas PJ selama 80 minit sebanyak dua semester. Ini juga termasuk masa mandi dan penukaran pakaian. Jadi, secara purata kelas terdiri daripada 60–65 minit aktiviti.[37]

Poland

sunting

Di Poland, murid-murid dijangka mengikuti sekurang-kurangnya tiga jam PJ seminggu semasa pendidikan rendah dan menengah.[38] Universiti juga mesti menganjurkan sekurang-kurangnya 60 jam kelas pendidikan jasmani dalam kursus sarjana muda.[39][Penjelasan diperlukan]

Sweden

sunting

Di Sweden, masa yang dihabiskan oleh pelajar sekolah dalam pelajaran PJ setiap minggu berbeza antara perbandaran, tetapi secara amnya, tahun 0 hingga 2 mempunyai 55 minit PJ seminggu; tahun 3 hingga 6 mempunyai 110 minit seminggu, dan tahun 7 hingga 9 mempunyai 220 minit. Pada sekolah menengah atas, semua program nasional mempunyai kursus wajib, yang mengandungi 100 mata PJ, yang bersamaan dengan 90–100 jam PJ sepanjang kursus (satu mata per jam). Sekolah boleh mengawal jam ini mengikut kehendak mereka[bagaimana?] selama tiga tahun pelajar sekolah hadir. Kebanyakan sekolah meminta pelajar mengambil bahagian dalam kursus ini pada tahun pertama dan menawarkan kursus susulan, yang juga mengandungi 100 mata/jam.[40]

United Kingdom

sunting

Di England, murid-murid tahun 7, 8, dan 9 dijangka melakukan dua jam senaman seminggu. Murid-murid tahun 10 dan 11 dijangka melakukan satu jam senaman seminggu.[41] Di Wales, murid-murid dijangka melakukan dua jam PJ seminggu.[42] Di Scotland, murid-murid Scotland dijangka mempunyai sekurang-kurangnya dua jam PJ seminggu semasa pendidikan rendah dan menengah rendah. Di Ireland Utara, murid-murid dijangka mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya dua jam pendidikan jasmani (PJ) seminggu semasa tahun 8 hingga 10. PJ kekal sebagai sebahagian daripada kurikulum untuk tahun 11 dan 12, walaupun masa yang diperuntukkan mungkin berbeza-beza.

Amerika Utara

sunting
Kiri: Pasukan polo air perempuan sekolah menengah A.S. (dengan jurulatih lelaki mereka di latar belakang) bergambar dengan trofi mereka. Kanan: Seorang pelajar perempuan universiti A.S. sedang berlatih gerakan gimnastik yang sukar.

Kanada

sunting

Di British Columbia, kerajaan telah mewajibkan dalam kurikulum darjah satu bahawa pelajar mesti mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal setiap hari lima kali seminggu. Pendidik juga bertanggungjawab untuk merancang Aktiviti Fizikal Harian (DPA), iaitu tiga puluh minit aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sehari (tidak termasuk kelas pendidikan jasmani kurikulum). Kurikulum juga menghendaki pelajar dalam darjah satu mempunyai pengetahuan tentang kehidupan sihat. Sebagai contoh, mereka mesti dapat menerangkan manfaat senaman yang teratur, mengenal pasti pilihan sihat dalam aktiviti, dan menerangkan kepentingan memilih makanan yang sihat.[43][sumber lebih baik diperlukan]

Ontario, Kanada mempunyai prosedur yang serupa. Pada 6 Oktober 2005, Kementerian Pendidikan Ontario (OME) melaksanakan dasar DPA di sekolah rendah, untuk mereka yang berada di darjah 1 hingga 8. Kerajaan juga menghendaki semua pelajar di darjah 1 hingga 8, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas, diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya dua puluh minit aktiviti fizikal berterusan, sederhana hingga cergas setiap hari persekolahan semasa waktu pengajaran.[44]

Amerika Syarikat

sunting

Laporan Shape Of The Nation tahun 2012 oleh Persatuan Kebangsaan untuk Sukan dan Pendidikan Jasmani (bahagian daripada SHAPE America) dan Persatuan Jantung Amerika mendapati bahawa walaupun hampir 75% negeri mewajibkan pendidikan jasmani di sekolah rendah hingga menengah, lebih separuh daripada negeri membenarkan pelajar menggantikan aktiviti lain untuk kredit pendidikan jasmani yang diperlukan atau gagal mewajibkan jumlah masa pengajaran yang spesifik. Menurut laporan itu, hanya enam negeri (Illinois, Hawaii, Massachusetts, Mississippi, New York, dan Vermont) mewajibkan pendidikan jasmani di setiap peringkat kelas.[45] Majoriti negeri[kuantitikan] pada tahun 2016 tidak mewajibkan jumlah masa pengajaran yang spesifik, dan lebih separuhnya membenarkan pengecualian atau penggantian. Kelemahan ini boleh menyebabkan pengurangan keberkesanan program pendidikan jasmani.[46]

Zero Hour ialah kelas pendidikan jasmani sebelum sekolah yang pertama kali dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Naperville Central. Di negeri Illinois, program ini dikenali sebagai Pendidikan Jasmani Kesediaan Belajar (LRPE). Program ini berdasarkan penyelidikan yang menunjukkan bahawa pelajar yang cergas secara fizikal lebih tanggap secara akademik, mengalami pertumbuhan sel otak, dan peningkatan dalam perkembangan otak. NCHS menggabungkan kelas PJ yang merangkumi senaman kardiovaskular, latihan kekuatan teras, pergerakan silang sisi, serta strategi literasi dan matematik yang meningkatkan pembelajaran dan memperbaiki pencapaian.[47]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Sun, Haichun; Li, Weidong; Shen, Bo (July 2017). "Learning in Physical Education: A Self-Determination Theory Perspective". Journal of Teaching in Physical Education (dalam bahasa Inggeris). 36 (3): 277–291. doi:10.1123/jtpe.2017-0067. ISSN 0273-5024.
  2. ^ Hollis, J.L.; Sutherland, R.; Williams, A.J.; dll. (April 24, 2017). "A systematic review and meta-analysis of moderate-to-vigorous physical activity levels in secondary school physical education lessons". International Journal of Behavioral Nutrition and Physical Activity (dalam bahasa Inggeris). BMC. 14 (1): 52. doi:10.1186/s12966-017-0504-0. PMC 5402678. PMID 28438171.
  3. ^ Wong, Alia (2019-01-29). "Gym Class Is So Bad Kids Are Skipping School to Avoid It". The Atlantic. Dicapai pada 2019-01-30.
  4. ^ Reynolds, Gretchen (15 September 2010). "Phys Ed: Can Exercise Make Kids Smarter?". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 April 2013.
  5. ^ Tremarche, Pamela V.; Robinson, Ellyn M.; Graham, Louise B. (2007). "Physical Education and Its Effect on Elementary Testing Results". Physical Educator (dalam bahasa Inggeris). 64 (2): 58–64.
  6. ^ Ruiz-Ramírez, Jessica Alejandra; Olarte-Arias, Yury Arenis; Glasserman-Morales, Leonardo David (2021-06-15). "Educational Processes for Health and Disease Self-Management in Public Health: A Systematic Review". International Journal of Environmental Research and Public Health (dalam bahasa Inggeris). 18 (12): 6448. doi:10.3390/ijerph18126448. ISSN 1660-4601. PMC 8296271. PMID 34203594.
  7. ^ SHAPE America. (2013). Grade-level outcomes for K-12 physical education. Reston, VA: Author
  8. ^ a b Meng, Xuan; Horrell, Andrew; McMillan, Paul; Chai, Guorong (2020-12-20). "'Health First' and curriculum reform in China: The experiences of physical education teachers in one city". European Physical Education Review (dalam bahasa Inggeris). 27 (3): 595–612. doi:10.1177/1356336x20977886. hdl:20.500.11820/28a578b9-0292-4e53-ac18-0828d0b6a4a8. ISSN 1356-336X. S2CID 234554327.
  9. ^ a b c Ruzmatovich, U. S., & Shohbozjon G‘ayratjon o‘g, Q. (2023). Uzbekistan's General Education School Physical Education Programme: A Curriculum Analysis. Best Journal of Innovation in Science, Research and Development, 2(5), 184-193.
  10. ^ Mitchell, Stephen (2016). The Essential of Teaching Physical Education (dalam bahasa Inggeris). Shape America - Society of Health and Physical Educators. m/s. 1 page cited (4 page). ISBN 978-1-4925-0916-5.
  11. ^ Paula Keyes Kun (December 30, 2003). "Children Need Greater Amount of Physical Activity in 2004" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). National Association for Sport and Physical Education. Dicapai pada December 29, 2021.
  12. ^ a b Approaches to Physical Education in Schools (dalam bahasa Inggeris). NCBI. 30 October 2013. Dicapai pada December 29, 2021.
  13. ^ Weiller Abels, Karen; Bridges, Jennifer (March 8, 2010). Teaching movement education : foundations for active lifestyles (dalam bahasa Inggeris). Human Kinetics. ISBN 978-0736074568. OCLC 880580108.
  14. ^ Sandford, Rachel; Beckett, Angharad; Giulianotti, Richard (2022-02-12). "Sport, disability and (inclusive) education: critical insights and understandings from the Playdagogy programme". Sport, Education and Society (dalam bahasa Inggeris). 27 (2): 150–166. doi:10.1080/13573322.2021.1902299. ISSN 1357-3322. S2CID 236342803 Check |s2cid= value (bantuan). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2021.
  15. ^ a b Wang, Lin; Myers, Deborah L.; Yanes, Martha J. (2010). "Creating Student-Centered Learning Experience through the Assistance of High-End Technology in Physical Education: A Case Study". Journal of Instructional Psychology (dalam bahasa Inggeris). 37 (4): 352–356. ProQuest 853876818.
  16. ^ Woods, Marianne L.; Karp, Grace Goc; Miao, Hui; Perlman, Dana (26 April 2008). "PHYSICAL EDUCATORS' TECHNOLOGY COMPETENCIES AND USAGE". The Physical Educator (dalam bahasa Inggeris). 65 (2). ProQuest 232994591.
  17. ^ "Using pedometers to assess physical activity participation levels" (dalam bahasa Inggeris). Humankinetics.com. 2010-04-01. Dicapai pada 2015-08-13.
  18. ^ "PEC: Pedometer Lesson Activities" (dalam bahasa Inggeris). Pecentral.org. Dicapai pada 2015-08-13.
  19. ^ Gu, Xiangli; Chen, Yu-Lin; Jackson, Allen W.; Zhang, Tao (2017-06-23). "Impact of a pedometer-based goal-setting intervention on children's motivation, motor competence, and physical activity in physical education". Physical Education and Sport Pedagogy (dalam bahasa Inggeris). 23 (1): 54–65. doi:10.1080/17408989.2017.1341475. ISSN 1740-8989. S2CID 148626271.
  20. ^ Grimes, G. (2011, November 21). Interview by M Massey [Personal Interview]
  21. ^ Benzing, Valentin; Schmidt, Mirko (2018-11-08). "Exergaming for Children and Adolescents: Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats". Journal of Clinical Medicine (dalam bahasa Inggeris). 7 (11): 422. doi:10.3390/jcm7110422. ISSN 2077-0383. PMC 6262613. PMID 30413016.
  22. ^ a b Wallace, Jason; Scanlon, Dylan; Calderón, Antonio (2022-08-02). "Digital technology and teacher digital competency in physical education: a holistic view of teacher and student perspectives". Curriculum Studies in Health and Physical Education (dalam bahasa Inggeris). 14 (3): 271–287. doi:10.1080/25742981.2022.2106881. ISSN 2574-2981. S2CID 252177343 Check |s2cid= value (bantuan).
  23. ^ Rowe, Jonathan P.; Lester, James C. (August 2020). "Artificial Intelligence for Personalized Preventive Adolescent Healthcare". Journal of Adolescent Health (dalam bahasa Inggeris). 67 (2): S52–S58. doi:10.1016/j.jadohealth.2020.02.021. ISSN 1054-139X. PMID 32718516. S2CID 220840948.
  24. ^ "WHO | Physical activity and young people" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-08. Dicapai pada 2022-03-02.
  25. ^ "WHO | Physical activity and young people" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-08. Dicapai pada 2022-03-02.
  26. ^ a b Hardman, Ken (2008-01-01). "The Situation of Physical Education in Schools: A European Perspective". Human Movement (dalam bahasa Inggeris). 9 (1). doi:10.2478/v10038-008-0001-z. ISSN 1899-1955.
  27. ^ Ndia Buenafe. "Jack & Jill School rules : Nopsscea karatedo events" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-30. Dicapai pada 2 March 2022.
  28. ^ "Is Arnis De Mano Dead in the Philippines?" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-23. Dicapai pada 2 March 2022.
  29. ^ "Regional Commissions and Chapters International Modern Arnis Federation Philippines Mindanao Commission". Imafp.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2010-11-07.
  30. ^ "We learn from our children" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-15. Dicapai pada 2 March 2022.
  31. ^ "Sunday Inquirer Magazine: Life Lessons from Karate". Showbizandstyle.inquirer.net (dalam bahasa Inggeris). 2008-12-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-04. Dicapai pada 2010-11-07.
  32. ^ a b c Wee, Eng Hoe (2013-12-05). "Contemporary Issues in the Teaching of PE in Malaysia". Journal of Physical Activity Sports Exercise (dalam bahasa Inggeris).
  33. ^ Khoo, Selina; Poh, Bee Koon; Suhaimi, Saiful Adli; Chong, Kar Hau; Ramirez Varela, Andrea (2020-10-27). "Physical Activity Promotion in Malaysia: Challenges and Opportunities". Frontiers in Public Health (dalam bahasa Inggeris). 8. doi:10.3389/fpubh.2020.536239. ISSN 2296-2565.
  34. ^ "Physical Education". Marlborough College Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-27.
  35. ^ Wong, Jyh Eiin; Parikh, Panam; Poh, Bee Koon; Deurenberg, Paul; SEANUTS Malaysia Study Group (2016-07). "Physical Activity of Malaysian Primary School Children: Comparison by Sociodemographic Variables and Activity Domains". Asia-Pacific Journal of Public Health (dalam bahasa Inggeris). 28 (5 Suppl): 35S–46S. doi:10.1177/1010539516650726. ISSN 1941-2479. PMID 27257293. Check date values in: |date= (bantuan)
  36. ^ "Napfa: From fitness test to education tool". Asiaone.com. Dicapai pada 2018-10-19.
  37. ^ "Physical Education Curriculum" (PDF). Curriculumonline.ie (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 March 2022.
  38. ^ "Dz.U. 2002 nr 15 poz. 142. Rozporządzenie Ministra Edukacji Narodowej i Sportu z dnia 12 lutego 2002 r. w sprawie ramowych planów nauczania w szkołach publicznych" (dalam bahasa Poland). Internetowy System Aktów Prawnych. Dicapai pada 31 October 2010.
  39. ^ "Standardy kształcenia dla poszczególnych kierunków studiów i poziomów kształcenia" (dalam bahasa Poland). Biuletyn Informacj Publicznej. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2010. Dicapai pada 31 October 2010.
  40. ^ "Physical Education and Health" (PDF). Skolverket (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada April 15, 2019.
  41. ^ "National curriculum in England: physical education programmes of study". Gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 November 2016.
  42. ^ "PE Provision in Secondary Schools" (PDF). Sport Council Wales (dalam bahasa Inggeris). 2007-01-01. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-08-20. Dicapai pada 2024-01-16.
  43. ^ BC curriculum package
  44. ^ "Daily Physical Activity in Schools 2005 : RESOURCE GUIDE : Grades 1 to 3" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-12-12. Dicapai pada 2 March 2022.
  45. ^ "Majority of States Have Loopholes That Let Kids Get Out of Gym Class". HuffPost (dalam bahasa Inggeris). 2012-11-14.
  46. ^ "Shape of the Nation : Physical Education in the USA" (PDF). Shapeamerica.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 March 2022.
  47. ^ "Enhancing P.E. in Illinois" (PDF). Iphioline.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 March 2022.

Pautan luar

sunting