Pendapatan asas sejagat
Pendapatan asas sejagat (universal basic income - disingkatkan kepada UBI), wang sara hidup asas (basic living stipend) atau pendapatan tahunan terjamin (guaranteed annual income) adalah rancangan awam dikendalikan sesebuah pemerintahan membayar sejumlah wang pendapatan tertentu kepada semua individu secara berkala tanpa perlunya ujian saraan atau syarat pekerjaan.[1] Pendapatan yang diberi lazimnya:
- Tanpa syarat: Setiap orang yang sama usia akan menerima pendapatan asas sama tanpa mengira jantina, status pekerjaan, struktur keluarga, sumbangan kepada masyarakat serta kos perumahan antara lainnya.
- Automatik: Pendapatan asas akan dibayar secara automatik setiap minggu atau bulanan ke dalam akaun bank atau wahana yang serupa.
- Tidak dapat ditarik balik: Pendapatan asas tidak akan didasarkan saraan - yakni pendapatan asas tidak akan terjejas mahupun berubah dengan meningkat, menurun, atau mendatarnya saraan hidup yang diperoleh.
- Individu: Pendapatan asas akan dibayar secara individu dan bukan berdasarkan pasangan atau rumah tangga.
- Sebagai hak: Setiap pemastautin sah akan menerima pendapatan asas tertakluk pada tempoh pemukiman yang sah dan berterusan selama hampir sepanjang tahun.[2]
Faktor pertimbangan
suntingKemajuan teknologi
suntingAda sesetengah pihak menghujah bahawa kemajuan dari segi penerapan teknologi canggih yang mengurangkan kebergantungan tenaga manusia mampu mendatangkan risiko sara hidup kepada pekerja yang tergugat kepantasan teknologi-teknologi ini sehingga menjadi kurang diperlukan lagi lalu boleh diberhentikan. Maka, pemberian wang ini dianggap sebagai pampasan kepada saraan mereka yang terjejas kepesatan tersebut.
Perkembangan ekonomi
suntingPeruntukan pendapatan asas ini ada dilihat mampu mendorong pertumbuhan ekonomi melalui tampungan pendidikan yang bersesuaian untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji baik.[3][4]
Persekitaran pekerjaan
suntingFrances Fox Piven, seorang pakar sosiologi dan sains politik Amerika Syarikat berpendapat bahawa jaminan wang saraan yang khusus mampu memanfaatkan pekerja yang terbeban hasil kebergantungan tinggi kepada upah sendiri (wage slavery) yang dimudahkan peluang mencari bidang lain yang sesuai.[5] André Gorz, filsuf sosial Austria, menganggap pendapatan ini sebagai suatu tolak ansur daripada penjejasan automasi tetapi juga mengelakkan pekerja merasa terasing dan tertekan dalam persekitaran kerja mereka.[6]
Pengujian dan pembincangan mengikut negara
suntingBrazil
suntingNegara Brazil mempunyai suatu sistem hampir mirip konsep ini iaitu rancangan Bolsa Família yang mengagihkan duit kepada keluarga-keluarga miskin dengan syarat anak-anak dipastikan persekolahan dan penjagaan kesihatan (seperti pemvaksinan) mereka.
Amerika Syarikat
suntingKonsep ini pernah dibincangkan secara meluasnya sejak penubuhan negara itu dari Thomas Paine hinggalah ke Martin Luther King, Jr. Baru-baru ini, Andrew Yang merupakan pendokong utama yang mengusulkan peruntukan wang ini sebanyak USD1,000 dalam pencalonan peringkat Parti Demokrat semasa pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2020 .[7]
Persoalan ini kembali menjadi tumpuan berikutan terjejasnya ekonomi negara tersebut hasil pandemik koronavirus yang berlaku di sana. Yang[8] serta Alexandria Ocasio-Cortez dan Tulsi Gabbard mendesak langkah sebegini sebagai bantuan sementara sehinggalah krisis pandemik menyusut di negara tersebut;[9][10] malah ia turut mendapat sokongan daripada Parti Republikan yang berlawanan termasuk Mitt Romney dan Tom Cotton.[11] Pertimbangan ini mendapat perhatian daripada pemerintahan Donald Trump sendiri yang menyatakan akan ada pelaksanaan pemeruntukan sebegini untuk golongan bukan jutawan dalam suatu pakej stimulus kewangan.[12][13]
Finland
suntingSuatu eksperimen perintis dilakukan pemerintah Finland selama 2 tahun dari Januari 2007 meliputi sebanyak 2,000 orang warga.[14][15] Ia berakhir pada April 2018 setelah permohonan dana melanjutkan projek ini tidak diluluskan.[16]
Kanada
suntingPersatuan Perubatan Kanada (Canadian Medical Association) meluluskan suatu usulan menyokong idea pendapatan asas serta percubaan melaksanakannya di Kanada pada tahun 2015.[17]
Kenya
suntingSuatu ujikaji pelaksanaan pendapatan ini dilakukan di kawasan kota Nairobi mealui program GiveDirectly sejak 2017.[18]
Malaysia
suntingParti Sosialis Malaysia mengusulkan suatu bantuan kewangan berupa konsep ini yang boleh diterapkan dalam suatu "strategi nasional" menangani kesan dampak pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara ini.[19]
United Kingdom
suntingSebanyak 170 ahli Parlimen dan Tuan Bangsawan (Lord) menandatangani suatu surat mendesak kerajaan United Kingdom memperkenalkan suatu pendapatan asas yang bertindak sebagai bantuan kewangan sokongan rakyat saat negara tersebut dilanda wabak koronavirus COVID-19.[20]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "BIEN | Basic Income Earth Network". BIEN. Dicapai pada 8 January 2019.
- ^ "What Is It? – Citizen's Income". Dicapai pada 8 January 2019.
- ^ Tanner, Michael. "The Pros and Cons of a Guaranteed National Income." Policy Analysis. Cato institute, 12 May 2015, Web. 2, 7 March 2016.
- ^ Sheahen, Allan. Basic Income Guarantee: Your Right to Economic Security. New York: Palgrave Macmillan, 2012.
- ^ Frances Goldin, Debby Smith, Michael Smith (2014). Imagine: Living in a Socialist USA. Harper Perennial. ISBN 0-06-230557-3 p. 132.
- ^ André Gorz, Pour un revenu inconditionnel suffisant Diarkibkan 2020-04-26 di Wayback Machine, published in Transversales/Science-Culture (n° 3, 3e trimestre 2002) (dalam bahasa Perancis)
- ^ Vesoulis, Abby (13 February 2019). "This Presidential Candidate Wants to Give Every Adult $1,000 a Month". Time. Dicapai pada 14 March 2020.
- ^ Clifford, Catherine (13 March 2020). "Andrew Yang, AOC, Harvard professor: Free cash payments would help during coronavirus pandemic". CNBC. Dicapai pada 16 March 2020.
- ^ Garcia, Victor (12 March 2020). "Gabbard pitches 'emergency, temporary' $1,000 payment to every adult as coronavirus outbreak spreads". Fox News. Dicapai pada 14 March 2020.
- ^ Relman, Eliza (12 March 2020). "Alexandria Ocasio-Cortez demands the government distribute a universal basic income and implement 'Medicare for all' to fight the coronavirus". Business Insider. Dicapai pada 14 March 2020.
- ^ Lahut, Jake (16 March 2020). "Tom Cotton is calling for Americans to get cash payments through the coronavirus outbreak". Business Insider. Dicapai pada 18 March 2020.
- ^ Singman, Brooke (17 March 2020). "Trump wants to send Americans checks 'immediately' in response to coronavirus, Mnuchin says". Fox News. Dicapai pada 18 March 2020.
- ^ Hunt, Kasie; Caldwell, Leigh Ann; Tsirkin, Julie; Shabad, Rebecca (17 March 2020). "White House eyeing $1 trillion coronavirus stimulus package". NBC News. Dicapai pada 18 March 2020.
- ^ Henley, Jon (1 August 2018). "Money for nothing: is Finland's universal basic income trial too good to be true?". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai pada 18 August 2018.
- ^ Sodha, Sonia (2017-02-19). "Is Finland's basic universal income a solution to automation, fewer jobs and lower wages?". The Guardian. Dicapai pada 10 June 2017.
- ^ Henley, Jon (1 August 2018). "Finland to end basic income trial after two years". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai pada 18 August 2018.
- ^ "Opinion – Basic income: just what the doctor ordered". Dicapai pada 24 April 2018.
- ^ Mathews, Dylan (6 Mac 2017). "This Kenyan village is a laboratory for the biggest basic income experiment ever". Vox. Dicapai pada 10 June 2017.
- ^ "Pulih Negara Demi Rakyat, Hapuskan Covid19 Hapuskan Kemiskinan". Dicapai pada 19 Mei 2020.
- ^ Stone, Jon (20 March 2020). "Over 170 MPs and Lords call for universal basic income during pandemic". The Independent. Dicapai pada 28 April 2020.
Pautan luar
sunting- Why we should give everyone a basic income - pembentangan oleh Rutger Bregman di acara TEDxMaastricht pada 21 Oktober 2014.