Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah
Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah (SACEUR) ialah panglima tertinggi Markas Operasi Bersekutu (ACO) Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan ketua ibupejabat ACO, iaitu Markas Tertinggi Kuasa Bersekutu Eropah (SHAPE). Panglima ini berpangkalan di SHAPE di Casteau, Belgium. SACEUR ialah jawatan tentera kedua tertinggi dalam NATO, hanya dibawah Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO dari segi keutamaan.
Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah | |
---|---|
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara Markas Tertinggi Kuasa Bersekutu Eropah | |
Singkatan | SACEUR |
Anggota bagi | Allied Command Operations (en) |
Lapor kepada | Majlis Atlantik Utara, melalui Jawatankuasa Tentera NATO |
Institusi | Markas Tertinggi Kuasa Bersekutu Eropah |
Kediaman | Chateau Gendebien |
Pusat | Casteau, Mons, Belgium |
Penama | Presiden Amerika Syarikat, atas nasihat dan persetujuan Senat |
Dilantik oleh | Majlis Atlantik Utara |
Dibentuk | 2 April 1951 |
Pemegang pertama | Jeneral Angkatan Darat Dwight D. Eisenhower |
Tapak web | shape.nato.int |
sunting · sunting di Wikidata |
Jawatan SACEUR sentiasa dipegang oleh seorang pegawai tentera A.S., dan posisi itu digabungkan dengan Panglima Markas Eropah Amerika Syarikat.
SACEUR terkini ialah Jeneral Christopher G. Cavoli dari Tentera Darat Amerika Syarikat.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "NATO Secretary General at Allied Command Operations change of command". NATO. July 1, 2022. Dicapai pada July 3, 2022.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah |