Markas Eropah Amerika Syarikat
Markas Pemerintahan Eropah Amerika Syarikat (EUCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu Angkatan Tentera Amerika Syarikat, yang beribupejabat di Stuttgart, Jerman. Kawasan tumpuannya meliputi 21,000,000 batu persegi (54,000,000 km2) dan 51 negara dan wilayah, termasuk Eropah, Rusia, Greenland, dan Israel. Panglima EUCOM AS juga merangkap sebagai Pemerintah Bersekutu Tertinggi, Eropah (SACEUR) di dalam NATO—sebuah perikatan tentera antarabangsa. Semasa Perang Teluk dan Operasi Northern Watch, EUCOM menguasai pasukan tentera yang terbang dari Pengkalan Udara Incirlik.
Markas Pemerintahan Eropah Amerika Syarikat | |
---|---|
Ditubuhkan pada | 01 Ogos 1952 |
Negara | Amerika Syarikat |
Jenis | Markas medan bersepadu |
Sebahagian daripada | Jabatan Pertahanan AS |
Ibupejabat | Berek Patch, Stuttgart-Vaihingen, Jerman |
Komander | |
Panglima | Jeneral Christopher G. Cavoli, USA |
Timbalan Panglima | Leftenan Jeneral Steven L. Basham,[1] USAF |
Para Panglima Tertinggi / Panglima
suntingSebelumnya, jawatan ini menyandang gelaran "Panglima Tertinggi (CINC), Markas Eropah Amerika Syarikat". Namun, selepas perintah bertarikh 24 Oktober 2002 oleh Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, semua CINC dalam Angkatan Tentera AS telah dinamakan semula "Panglima" dan penggunaan "CINC" sebagai singkatan bagi sesiapa selain Presiden adalah dilarang.[2]
No. | Panglima | Ambil jawatan | Lepas jawatan | Tempoh masa | Cabang tentera |
---|---|---|---|---|---|
1 | Jeneral Matthew Ridgway (1895-1993) |
30 Mei 1952 | 11 Julai 1953 | 1 tahun, 42 hari | USA |
2 | Jeneral Alfred Gruenther (1899-1983) |
11 Julai 1953 | 20 November 1956 | 3 tahun, 132 hari | USA |
3 | Jeneral Lauris Norstad (1907-1988) |
20 November 1956 | 1 Januari 1963 | 6 tahun, 42 hari | USAF |
4 | Jeneral Lyman Lemnitzer (1899-1988) |
1 Januari 1963 | 1 Julai 1969 | 6 tahun, 181 hari | USA |
5 | Jeneral Andrew Goodpaster (1915-2005) |
1 Julai 1969 | 15 Disember 1974 | 5 tahun, 167 hari | USA |
6 | Jeneral Alexander M. Haig Jr. (1924-2010) |
15 Disember 1974 | 1 Julai 1979 | 4 tahun, 198 hari | USA |
7 | Jeneral Bernard W. Rogers (1921-2008) |
1 Julai 1979 | 26 Jun 1987 | 7 tahun, 360 hari | USA |
8 | Jeneral John Galvin (1929-2005) |
26 Jun 1987 | 23 Jun 1992 | 4 tahun, 363 hari | USA |
9 | Jeneral John Shalikashvili (1936-2011) |
23 Jun 1992 | 22 Oktober 1993 | 1 tahun, 121 hari | USA |
10 | Jeneral George Joulwan (lahir 1939) |
22 Oktober 1993 | 11 Julai 1997 | 3 tahun, 262 hari | USA |
11 | Jeneral Wesley Clark (lahir 1944) |
11 Julai 1997 | 3 Mei 2000 | 2 tahun, 297 hari | USA |
12 | Jeneral Joseph Ralston (lahir 1943) |
3 Mei 2000 | 17 Januari 2003 | 2 tahun, 259 hari | USAF |
13 | Jeneral James L. Jones (lahir 1943) |
17 Januari 2003 | 7 Disember 2006 | 3 tahun, 324 hari | USMC |
14 | Jeneral Bantz J. Craddock (lahir 1949) |
7 Disember 2006
2 Julai 2009 |
2 tahun, 207 hari | USA | |
15 | Laksamana James G. Stavridis (lahir 1955) |
2 Julai 2009 | 13 Mei 2013 | 3 tahun, 315 hari | USN |
16 | Jeneral Philip M. Breedlove (lahir 1955) |
13 Mei 2013 | 4 Mei 2016 | 2 tahun, 357 hari | USAF |
17 | Jeneral Curtis M. Scaparrotti (lahir 1956) |
4 Mei 2016 | 3 Mei 2019 | 2 tahun, 364 hari | USA |
18 | Jeneral Tod D. Walters (lahir 1960) |
3 Mei 2019 | Penjawat kini | 161 hari | USAF |
Para Panglima Markas Eropah AS mengikut cabang tentera
sunting- Tentera Darat: 12
- Tentera Udara: 4
- Kor Marin: 1
- Tentera Laut: 1
- Pengawal Pantai: tiada
Nota
sunting- ^ EUCOM Deputy Commander 9 August 2018
- ^ "'CINC' Is Sunk". U.S. Department of Defense. American Forces Press Service. 25 October 2002. Dicapai pada 2011-11-04.
The term 'CINC' is sunk. Defense Secretary Donald Rumsfeld put out a memo Oct. 24 to DoD leaders saying there is only one commander in chief in America — the president.
Rujukan
sunting- Duke, Simon; U.S. Military Forces and Installations in Europe, Oxford University Press for SIPRI, 1989
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Markas Eropah Amerika Syarikat |