Pembinasa kelas Spruance

Pembinasa kelas-Spruance merupakan sebuah kelas kapal pembinasa yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat untuk mengantikan sejumlah besar kapal pembinasa kelas-Allen M. Sumner dan pembinasa kelas-Gearing yang dibina semasa Perang Dunia II sebagai kapal pembinasa utama yang dibina untuk kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1970an dan 1980an.

Pembinasa kelas-Spruance
USS Fife (DD-991) pada Jun 2002, dengan sel VLS.
Ringkasan kelas
Nama: kelas-Spruance
Pembina: Ingalls Shipbuilding, Pascagoula, Mississippi
Pengguna: Tentera Laut Amerika Syarikat
Didahului oleh: kelas Charles F. Adams
Diganti oleh: kelas Arleigh Burke
Sub-kelas: kelas Kidd
Dibina: 1972–1983
Ditauliahkan: 1975–2005
Disiapkan: 31
Aktif: 1 (Paul F. Foster) sebagai SDTS
Dibersarakan: 30
Ciri-ciri umum
Jenis: Pembinasa
Sesaran: 8,040 tan panjang (muatan penuh)
Panjang: 529 kaki (161 m) garis air; 563 kaki (172 m) keseluruhan
Lunas: 55 kaki (16.8 m)
Draft: 29 kaki (8.8 m)
Jana kuasa: 4 × turbin gas General Electric LM2500, 2 x aci, 80,000 shp (60 MW)
Halaju: 32.5 knot (60.2 km/j; 37.4 mph)
Jarak:
  • 6,000 batu nautika (11,000 km; 6,900 bt) pada 20 knot (37 km/j; 23 mph)
  • 3,300 batu nautika (6,100 km; 3,800 bt) pada 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Anak kapal: 19 pegawai, 315 kelasi
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 2 x helikopter Sikorsky SH-60 Seahawk LAMPS III.
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan dan sebuah hangar tertutup untuk dua buah helikopter sederhana

Ia mula ditauliahkan pada tahun 1975, dengan janakuasa turbin gas, sebuah dek penerbangan helikopter dan hangar untuk sehingga dua buah helikopter sederhana, sistem senjata digital sepenuhnya dan meriam automatik 127 mm (5-inch). Kapal dari kelas ini digunakan selama tiga dekad, kelas Spruance asalnya direka bertujuan untuk mengiringi sebuah kumpulan kapal pengangkut dengan misi utama dalam anti peperangan kapal selam. Pada tahun 1990an, 24 buah kapal dari kelas ini telah ditingkat upaya dengan Sistem Pelancaran Menegak Mark 41 (VLS) untuk menempatkan peluru berpandu permukaan ke permukaan Tomahawk. Di sebalik usaha untuk memanjangkan hayat kelas ini, pihak tentera laut mempercepatkan pembersaraannya. Kapal terakhir dari kelas ini telah dibersarakan pada tahun 2005, dengan kebanyakannya diceraikan, atau dimusnahkan sebagai sebuah sasaran.[1]

Galeri

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting