Pemberontakan Wuchang
Pemberontakan Wuchang (Jawi: ڤمبرونتقن وچڠ) ialah pemberontakan bersenjata menentang dinasti Qing yang berlaku di Wuchang (sekarang Daerah Wuchang di Wuhan) di Wilayah Hubei, China pada 10 Oktober 1911, yang memulakan Revolusi Xinhai yang berjaya menggulingkan dinasti imperial terakhir China. Pemberontakan ini dipimpin oleh unsur-unsur Tentera Baru, yang dipengaruhi oleh idea-idea revolusioner dari Tongmenghui.[1] Pemberontakan ini dan revolusi yang seterusnya secara langsung membawa kepada kejatuhan dinasti Qing yang telah memerintah selama hampir tiga abad, dan pembentukan Republik China (ROC), yang memperingati ulang tahun meletusnya pemberontakan ini pada 10 Oktober sebagai Hari Kebangsaan Republik China.
Pemberontakan Wuchang | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Revolusi 1911 | |||||||||||||||
![]() Penubuhan Republik China | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||||||||
![]() |
![]() ![]() | ||||||||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||||||||
|
| ||||||||||||||
Kekuatan | |||||||||||||||
10,000 tentera | 2,000 tentera | ||||||||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||||||||
~4,000 terbunuh | ~1,000 terbunuh | ||||||||||||||
Nama Bahasa Cina | |||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 武昌起義 | ||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 武昌起义 | ||||||||||||||
Hanyu Pinyin | Wǔchāng qǐyì | ||||||||||||||
|
Pemberontakan itu berpunca daripada pergolakan popular mengenai krisis kereta api, dan proses perancangan mengambil kesempatan daripada keadaan itu.[1] Pada 10 Oktober 1911, Tentera Baru yang ditempatkan di Wuchang melancarkan serangan ke atas kediaman Wizurai Huguang. Wizurai itu iaitu Ruicheng dengan cepat melarikan diri dari kediamannya, dan para revolusioner tidak lama kemudian menguasai seluruh bandar itu.[1]
Latar belakang
suntingTongmenghui
suntingPada tahun 1895, China mengalami kekalahan yang besar oleh Jepun dalam Perang China-Jepun Pertama.[2] Golongan intelektual di China terbahagi kepada beberapa puak. Pembaharu monarki berperlembagaan yang dipimpin oleh Kang Youwei dan Liang Qichao pada mulanya mengambil alih kawalan, dan mengaturkan Pembaharuan Seratus Hari dalam kerajaan Qing. Pembaharuan ini gagal akibat daripada Kudeta Wuxu yang dilakukan oleh Maharani Balu Cixi. Kecewa dengan monarki dan kerajaan Qing, banyak kumpulan revolusioner mula muncul di seluruh negara. Pada tahun 1905, pemimpin revolusioner seperti Sun Yat-sen dan Song Jiaoren bertemu di Tokyo untuk membincangkan penggabungan kumpulan revolusioner yang berbeza. Satu kumpulan baru yang dikenali sebagai Tongmenghui ditubuhkan selepas pertemuan ini.[3]
Pergerakan Perlindungan Kereta Api
suntingSelepas Pemberontakan Boxer, banyak kuasa Barat melihat pelaburan dalam kereta api sebagai sebahagian daripada pemantapan pengaruh mereka di China. Pembinaan kereta api dijalankan di seluruh Shandong, Lembah Yangtze, Kunming dan Manchuria.[1] Kerajaan wilayah, dengan izin dari istana Qing, juga mula membina kereta api mereka sendiri. Kereta Api Canton-Hankou dan Kereta Api Sichuan-Hankou berada di bawah pengawasan Guangdong, Hunan, Hubei dan Sichuan.[1] Menghadapi kesulitan kewangan yang berterusan, sebahagiannya disebabkan oleh pembayaran pampasan yang berterusan dari Protokol Boxer, istana Qing beralih kepada Sheng Xuanhuai pada tahun 1910, seorang "kapitalis birokratik klasik", dan mengikut dasar beliau untuk mendapatkan pinjaman luar negara melalui pemiliknegaraan semua laluan kereta api.[1] Dasar ini mendapat tentangan keras, terutamanya di Sichuan, dan tentangan ini cepat berkembang menjadi satu gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Perlindungan Kereta Api Sichuan. Sebagai tindak balas, istana Qing menekan ketegangan ini dengan kekerasan, yang turut menyumbang kepada penurunan populariti kerajaan mereka.[1] Pada 11 Ogos, terdapat mogok besar-besaran dan perhimpunan di Chengdu. Pada 7 September, Wizurai Sichuan, Zhao Erfeng, diminta untuk "campur tangan dengan tegas", dan beliau mengarahkan penangkapan pemimpin utama dalam Liga Perlindungan Kereta Api, kemudian memerintahkan tentera untuk menembak para penunjuk perasaan.[1] Pertempuran susulan di sekitar Chengdu memaksa pengalihan tentera ke Sichuan dari tengah China, yang kemudiannya menjadi faktor penting dalam kejayaan Pemberontakan Wuchang.[4]
Pada masa yang sama, tindakan yang tidak diambil terhadap pemiliknegaraan laluan kereta api di Hunan dan Hubei dikritik oleh akhbar tempatan. Keyakinan terhadap kerajaan Qing di kalangan orang ramai terus merosot sebagai tindak balas terhadap peningkatan krisis kereta api itu.[1]
Pra-pemberontakan
suntingTerdapat dua buah kumpulan revolusioner di kawasan Wuhan, iaitu Persatuan Kesusasteraan (文學社) dan Persatuan Kemajuan (共進會). Kumpulan-kumpulan ini, yang dipimpin oleh Jiang Yiwu (蔣翊武) dan Sun Wu (孫武) masing-masing, bekerja rapat sebagai komander dan ketua staf bagi usaha revolusioner di Wuhan.[1] Bermula pada September 1911, kedua-dua kumpulan ini mula berunding dengan Tongmenghui (同盟會) untuk kemungkinan kerjasama dalam pemberontakan yang akan datang. Tarikh asalnya ditetapkan pada 6 Oktober, pada perayaan Pertengahan Musim Luruh. Tarikh itu kemudiannya ditangguhkan, kerana persediaan yang tidak mencukupi.[1] Pada 9 Oktober, semasa Sun Wu mengawasi pembuatan bahan letupan di konsesi Rusia di Hankou, salah satu bahan letupan meletup secara tidak dijangka, menyebabkan kecederaan serius kepada Sun. Apabila beliau dimasukkan ke hospital, kakitangan hospital mendapati identitinya dan memberi amaran kepada pihak berkuasa Qing.[1]
Pemberontakan Tentera Baru
suntingDengan identiti mereka yang terdedah, para revolusioner dalam Tentera Baru yang ditempatkan di Wuchang berhadapan dengan penangkapan yang hampir pasti oleh pihak berkuasa Qing. Keputusan telah dibuat oleh Jiang Yiwu dari Persatuan Kesusasteraan untuk segera melancarkan pemberontakan, tetapi plot itu dibocorkan kepada Wizurai Huguang, dan beliau mengarahkan tindakan keras terhadap para revolusioner, menangkap dan menghukum mati beberapa anggota utama.[1]
Pada malam 10 Oktober, Wu Zhaolin (吴兆麟) sebagai komander sementara memimpin unsur-unsur revolusioner dari Tentera Baru yang melakukan pemberontakan terhadap garnisun Qing di Huguang, menguasai kediaman Wizurai dalam prosesnya serta menguasai titik-titik strategik di bandar setelah pertempuran sengit.[1] Apabila Wizurai melarikan diri, garison Qing jatuh ke menjadi kucar-kacir. Antara malam 10 Oktober dan tengah hari 11 Oktober, "lebih daripada 500 orang tentera Manchu terbunuh" dan "lebih daripada 300 orang ditangkap".[1]
Penubuhan kerajaan tentera Hubei
suntingPada 11 Oktober, para pemberontak menubuhkan sebuah kerajaan tentera yang mewakili wilayah Hubei, dan memujuk seorang pegawai tinggi dalam Tentera Baru, Li Yuanhong, untuk menjadi pemimpin sementara.[1][3] Li pada mulanya menentang idea tersebut, tetapi akhirnya dipujuk oleh pemberontak setelah mereka mendekatinya.[1] Kerajaan tentera yang baru ditubuhkan ini berjaya mengesahkan bahawa kuasa asing tidak akan campur tangan dalam pemberontakan, dan mereka terus menaikkan "bendera 18 bintang darah besi" sambil memberi isyarat kepada wilayah-wilayah lain untuk mengikuti jejak mereka.[3] Pada 12 Oktober, para revolusioner berarak menuju ke seluruh wilayah, sambil menguasai Hankou dan Hanyang.[3]
Pertempuran Yangxia
suntingSebagai tindak balas terhadap pemberontakan, kerajaan Qing meminta bantuan Yuan Shikai dan Tentera Beiyang untuk bergerak menuju Wuchang. Bagi pihak revolusioner, Huang Xing akan tiba di Wuhan pada awal November untuk mengambil alih komando. Pos-pos tentera revolusioner di Wuhan kemudiannya diserang oleh Tentera Beiyang, dan tentera imperial akhirnya berjaya merampas semula Hankou pada 1 November dan Hanyang pada 27 November. Serangan dihentikan setelah penguasaan kedua-dua pos ini, apabila Yuan Shikai mula berunding secara rahsia dengan para revolusioner.[3][3]
Kesan Selepas Pemberontakan
suntingPemberontakan Wuchang mengejutkan banyak pemimpin revolusioner; Huang Xing dan Song Jiaoren tidak dapat sampai ke Wuchang tepat pada waktunya.[3] Sun Yat-sen pula sedang dalam perjalanan di Amerika Syarikat berbicara dengan orang Cina di luar negara untuk memohon sokongan kewangan ketika pemberontakan itu berlaku.[3] Walaupun Sun menerima telegram dari Huang Xing, beliau tidak dapat mentafsirkannya, dan mengetahui mengenai pemberontakan itu keesokan harinya melalui akhbar.[3] Setelah pemberontakan berjaya di Wuchang, para revolusioner menghantar telegram ke wilayah-wilayah lain dan meminta mereka mengikuti jejak mereka, yang mana 18 wilayah di China Selatan dan Tengah bersetuju untuk memisahkan diri dari kerajaan Qing menjelang akhir Disember 1911.[1]
Sebagai sebahagian daripada resolusi pemberontakan, kerajaan Qing bersetuju untuk memberikan pengampunan am bagi tahanan politik.[5] Wang Jingwei adalah antara yang dibebaskan.[5]
Pada bulan yang sama, Sun kembali ke China untuk menyertai pemilihan presiden sementara dan terpilih.[3] Wakil-wakil dari wilayah yang berpisah bertemu pada 1 Januari 1912, dan mengisytiharkan penubuhan Republik China ketika Sun mengangkat sumpah sebagai presiden pertama.[3] Republik baru ini kemudian berunding dengan Yuan Shikai untuk mendesak kerajaan Qing menyerah kalah, menawarkan jawatan presiden dalam proses tersebut. Pada 12 Februari 1912, Maharani Balu Longyu, bagi pihak Aisin Gioro Puyi, maharaja Xuantong, Maharaja Xuantong, mengumumkan pengunduran takhta Qing, menandakan berakhirnya dinasti tersebut. [3]
Rujukan
suntingPetikan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Esherick & Wei 2013.
- ^ Kim, Samuel S. (2006). The Two Koreas and the Great Powers. Cambridge University Press. m/s. 2. doi:10.1017/cbo9780511510496. ISBN 978-0-521-66899-6.
- ^ a b c d e f g h i j k l Bergère & Lloyd 1998.
- ^ Driscoll, Mark W. (2020). The Whites are Enemies of Heaven: Climate Caucasianism and Asian Ecological Protection. Durham: Duke University Press. ISBN 978-1-4780-1121-7.
- ^ a b Yang, Zhiyi (2023). Poetry, History, Memory: Wang Jingwei and China in Dark Times. Ann Arbor: The University of Michigan Press. ISBN 978-0-472-05650-7.
Sumber
sunting