Paul Verhoeven
Paul Verhoeven (disebut terdekat [paul vĕr.hu.vĕn], lahir 18 Julai 1938) ialah seorang pengarah dan penerbit filem serta penulis lakon layar dari Belanda. Beliau dikenali atas pengarahan filem-filem drama dan sains fiksyennya yang ganas dan penuh satira, baik di negaranya sendiri mahupun di Hollywood.
Paul Verhoeven | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Belanda |
Pekerjaan | Pengarah filem Penerbit filem Pengarah televisyen Penerbit televisyen Penulis lakon layar |
Tahun aktif | 1960–kini |
Pasangan | Martine Tours (k. 1967) |
Anak-anak | 2 |
Anugerah | Anugerah Saturn untuk Pelakon Terbaik (1987) Anugerah Golden Globe untuk Filem Bahasa Asing Terbaik (2016) |
Beliau dicalonkan sebanyak sembilan kali untuk kategori-kategori suntingan dan kesan khas terbaik Anugerah Akademi. Filem Zwartboek tidak sahaja merupakan filem tempatan Belanda terlaris (mengikut kutipan 2006), malah dianggap filem Belanda terbaik dalam suatu pungutan undian umum tahun 2008.[1]
Filemografi
sunting- 1971: Wat zien ik
- 1973: Turks fruit
- 1977: Soldaat van Oranje
- 1983: Spetters
- 1985: Flesh+Blood
- 1987: Robocop
- 1990: Total Recall
- 1997: Starship Troopers
- 2000: The Hollow Man
- 2006: Zwartboek
- 2016: Elle
Rujukan
sunting- ^ "Zwartboek beste film aller tijden - Cinema.nl Nieuws" (dalam bahasa Belanda). Cinema.nl. Dicapai pada 25 November 2010.