Pasukan besbol kebangsaan Taipei Cina

Pasukan besbol kebangsaan Taipei Cina (Cina tradisional: 中華臺北棒球代表隊pinyin: Zhōnghuá Táiběi Bàngqiú Dàibiǎoduì) mewakili Taiwan dalam kejohanan-kejohanan acara besbol di peringkat antarabangsa. Pasukan ini telah ditadbir urus oleh Persatuan Besbol Taipei Cina. Pasukan ini menduduki tangga keempat dalam kedudukan dunia oleh Konfederasi Sofbol Besbol Dunia. Pasukan ini terdiri daripada pemain-pemain profesional yang beraksi di Liga Besbol Profesional China, Nippon Professional Baseball di Jepun serta Major League Baseball dan Minor League Baseball dari Amerika Syarikat.

Taipei Cina Taiwan
Fail:Chinese Taipei national baseball team.png
Maklumat
Negara Republik China
(mengambil bahagian sebagai  Taipei Cina)
PersekutuanPersatuan Besbol Taipei Cina
KonfederasiPersekutuan Besbol Asia
PengurusYueh-Ping Lin (2022–)
Kedudukan WBSC
SemasaTemplat:WBSC World Rankings
Tertinggi2 (3 kali; terkini pada Disember 2022)
Terendah5 (2 kali; terkini pada September 2018)
Uniform
Templat:Baseball uniformTemplat:Baseball uniform
World Baseball Classic
Kemunculan5 (pertama pada 2006)
Keputusan terbaikKe-8 (1 kali, pada 2013)
Sukan Olimpik
Kemunculan4 (pertama pada 1984)
Keputusan terbaik Ke-2 (1 kali, pada 1992)
WBSC Premier12
Kemunculan2 (pertama pada 2015)
Keputusan terbaik5 (1 kali, pada 2019)
Piala Dunia
Kemunculan14 (pertama pada 1972)
Keputusan terbaik Ke-2 (1 kali, pada 1984)
Piala Antara Benua
Kemunculan10 (pertama pada 1973)
Keputusan terbaik Ke-3 (2 kali, terkini pada 2006)
Sukan Asia
Kemunculan4 (pertama pada 1994)
Keputusan terbaik 1 (1 kali, pada 2006)
Kejohanan Asia
Kemunculan26 (pertama pada 1954)
Keputusan terbaik 1 (5 kali, terkini pada 2019)

Pada asalnya dikenali sebagai pasukan besbol Republik China (Cina tradisional: 中華民國棒球代表隊pinyin: Zhōnghuá Mínguó Bàngqiú Dàibiǎo Duì), pasukan ini telah mengubah nama kepada pasukan besbol Taipei Cina pada 1980-an.[1]

Pasukan ini telah menjuarai lima gelaran dalam Kejohanan Besbol Asia (yang terkini pada tahun 2019), meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 1984 dan pingat perak di Sukan Olimpik 1992. Pasukan Taipei Cina juga pernah memenangi pingat emas di Sukan Asia 2006 dengan menewaskan Korea Selatan, Thailand, China, Filipina dan akhirnya musuh ketat, Jepun. Pasukan ini juga mencapai tempat kelapan dalam kejohanan World Baseball Classic 2013 serta meraih tempat kelima di kejohanan WBSC Premier12 2019.

Rekod kejohanan

sunting
 
Pasukan Taipei Cina pada tahun 2013.

World Baseball Classic

sunting
Rekod World Baseball Classic Rekod kelayakan
Tahun Pusingan Posisi M K RS RA M K RS RA
  2006 Pusingan 1 Ke-12 1 2 15 19 Tiada kelayakan
  2009 Pusingan 1 Ke-15 0 2 1 13 Tiada kelayakan
    2013 Pusingan 2 Ke-8 2 3 17 25 3 0 35 0
  2017 Pusingan 1 Ke-14 0 3 20 32 Layak secara automatik
  2023 Pusingan 1 Ke-17 2 2 26 31 Layak secara automatik
Jumlah Pusingan 2 5/5 5 12 79 120 3 0 35 0

Sukan Olimpik

sunting
Rekod Sukan Olimpik Kelayakan
Tahun Pusingan Posisi M K RS RA
  1992 Akhir   Ke-2 6 3 67 34   Kejohanan Besbol Asia 1991
  1996 tidak layak   Kejohanan Besbol Asia 1995
  2000 tidak layak   Kejohanan Besbol Asia 1999
  2004 Utama Ke-5 3 4 23 28   Kejohanan Besbol Asia 2003
  2008 Utama Ke-5 2 5 29 33   Kejohanan Besbol Asia 2007
  Pusingan Akhir Kelayakan
  2021 tidak layak
(menarik diri daripada pusingan akhir kelayakan berikutan pandemik COVID-19)
  Kejohanan Besbol Asia 2019
Jumlah 3/6 11 12 119 95

Kejohanan lain

sunting
  • Kejohanan Besbol Asia
    • Emas: 1983 (bersama Jepun dan Korea Selatan), 1987, 1989 (bersama Jepun dan Korea Selatan), 2001, 2019
    • Perak: 1955, 1969, 1985 (bersama Korea Selatan), 2003, 2005, 2009, 2012, 2015
    • Gangsa: 1959, 1962, 1963, 1965, 1967, 1971, 1973, 1975, 1993, 1995, 1997, 1999
    • Ke-4: 1954, 1975
    • Ke-5: 1971
  • Sukan Asia
    • Emas: 1990 (sukan pertunjukan), 2006
    • Perak: 2002, 2010
    • Gangsa: 1994, 1998

Kontroversi nama

sunting

Pada tahun 1954, apabila pasukan ini mula-mula beraksi di Kejohanan Besbol Asia, ia telah mengambil bahagian di bawah nama United Team of Taiwan.[perlu rujukan] Sejak pengusiran Republik China daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1971, pasukan besbol Republik China dipaksa menggunakan nama Taipei Cina di kejohanan antarabangsa akibat tekanan diplomatik oleh Republik Rakyat China menerusi Dasar Satu China. Di Taiwan, kedua-duanya dirujuk sebagai 中華隊 (hanyu pinyin: Zhōnghuá Duì; bermaksud pasukan China) atau 台灣隊 (hanyu pinyin: Táiwān Duì; bermaksud pasukan Taiwan).

Catatan

sunting
  1. ^ "101 of Taiwan's Baseball". Taiwan E-learning and Digital Archives Program. 2006-11-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-14.

Pautan luar

sunting