Pasukan besbol kebangsaan Jepun

Pasukan besbol kebangsaan Jepun (野球日本代表, Yakyū Nippon Daihyō atau Yakyū Nihon Daihyō), juga dikenali sebagai Samurai Japan (侍ジャパン), merupakan pasukan kebangsaan yang mewakili negara Jepun dalam acara besbol di pentas antarabangsa. Pasukan Jepun telah menjuarai kejohanan World Baseball Classic pada tahun 2006, 2009 dan 2023 serta WBSC Premier12 pada tahun 2019. Pasukan ini kini menghuni tangga pertama dalam ranking dunia oleh Konfederasi Sofbol Besbol Dunia dan dianggap sebagai pasukan gergasi besbol.[1]

Jepun Jepun
Maklumat
Negara Jepun
PersekutuanPersekutuan Besbol Jepun
KonfederasiPersekutuan Besbol Asia
PengurusHirokazu Ibata
Kedudukan WBSC
SemasaTemplat:WBSC World Rankings
Tertinggi1 (8 kali; terkini pada Disember 2021)
Terendah3 (Disember 2012)
Uniform
Japan's national baseball uniform
World Baseball Classic
Kemunculan6 (pertama pada 2006)
Keputusan terbaik 1 (3 kali, terkini pada 2023)
Sukan Olimpik
Kemunculan6 (pertama pada 1992)
Keputusan terbaik 1 (1 kali, pada 2020)
WBSC Premier12
Kemunculan2 (pertama pada 2015)
Keputusan terbaik 1 (1 kali, pada 2019)
Piala Dunia
Kemunculan15 (pertama pada 1972)
Keputusan terbaik Ke-2 (1 kali, pada 1982)
Piala Antara Benua
Kemunculan15 (pertama pada 1973)
Keputusan terbaik 1 (2 kali, terkini pada 1997)
Sukan Asia
Kemunculan7 (pertama pada 1994)
Keputusan terbaik 1 (1 kali, pada 1994)
Kejohanan Asia
Kemunculan25 (pertama pada 1954)
Keputusan terbaik 1 (17 kali, terkini pada 2017)

Pasukan Jepun telah mengambil bahagian dalam setiap penyertaan di Sukan Olimpik sejak ia mula dipertandingkan pada tahun 1984 walaupun acara besbol tidak diteruskan selepas edisi Sukan Olimpik 2008. Sehingga tahun 2000, pasukan Jepun terdiri daripada pemain-pemain amatur. Sejak Sukan Olimpik 2000, pasukan Jepun terdiri daripada pemain-pemain yang beraksi di Nippon Professional Baseball. Bahkan, pasukan Jepun yang beraksi di World Baseball Classic 2006 juga terdiri daripada pemain-pemain Jepun yang beraksi di Major League Baseball.

Pasukan Jepun telah memenangi kejohanan Classic pada tahun 2006. Kemudian, mereka beraksi di Sukan Olimpik Beijing selepas layak menerusi Kejohanan Besbol Asia pada tahun 2007. Tidak seperti pasukan yang beraksi di WBC, pasukan Jepun di pentas Olimpik terdiri daripada pemain-pemain NPB (termasuk seorang pemain amatur yang didaftarkan ketika kejohanan). Jepun juga telah menamatkan penyertaan di World Baseball Classic 2017 di tempat ketiga.

Rekod kejohanan antarabangsa

sunting
 
Pasukan besbol Jepun semasa kejohanan Sukan Asia 2014.

World Baseball Classic

sunting
Rekod World Baseball Classic Rekod kelayakan
Tahun Pusingan Posisi M K RS RA M K RS RA
    2006 Akhir   1 5 3 60 21 Tiada kelayakan
    2009 Akhir   1 7 2 50 16 Tiada kelayakan
    2013 Separuh akhir   Ke-3 5 2 44 27 Layak automatik
    2017 Separuh akhir   Ke-3 6 1 47 24 Layak automatik
    2023 Akhir   7 0 56 18 Layak automatik
Jumlah 3 gelaran 5/5 30 8 257 106 - - - -

Sukan Olimpik

sunting
Rekod Sukan Olimpik Kelayakan
Tahun Pusingan Posisi M K RS RA
  1964 Hanya persahabatan 0 1 2 6 Tiada kelayakan
  1984 Akhir 1 [a] 4 1 33 11 Dijemput
  1988 Akhir Ke-2 [a] 4 1 27 17   Sukan Olimpik 1984
  1992 Perlawanan Gangsa   Ke-3 6 3 70 22   Kejohanan Besbol Asia 1991
  1996 Akhir   Ke-2 5 4 77 59   Kejohanan Besbol Asia 1995
  2000 Perlawanan Gangsa Ke-4 4 5 42 29   Kejohanan Besbol Asia 1999
  2004 Perlawanan Gangsa   Ke-3 7 2 60 23   Kejohanan Besbol Asia 2003
  2008 Perlawanan Gangsa Ke-4 4 5 36 28   Kejohanan Besbol Asia 2007
  2020 Perlawanan Emas   5 0 25 15 Layak sebagai tuan rumah
Total [b] 6/6 31 19 310 176
  1. ^ a b Tiada pingat dianugerahkan; hanya sebagai satu pertunjukan acara sahaja
  2. ^ Jumlahnya termasuk dari tahun 1992 sehingga 2008 dan tahun 2020 apabila besbol dijadikan sukan rasmi.

Piala Dunia Besbol

sunting
   

Piala Antara Benua

sunting
   

Kejohanan Besbol Asia

sunting
     

Kejohanan Timur Jauh

sunting
 

Catatan

sunting
  1. ^ name="WBSC World Rankings"

Pautan luar

sunting