Garis selari utara ke-38
Selarian ke-38 utara (Hangul: 삼팔선, Hanja: 三八線) ialah satu bulatan latitud khayalan yang berada pada garis lintang 38 darjah utara satah khatulistiwa Bumi. Ia merentasi Eropah, Laut Mediterranean, Asia, Lautan Pasifik, Amerika Utara dan Lautan Atlantik. Selarian ini menjadi garis sempadan bagi dua negara Korea ketika Perang Korea.
Garis selari utara ke-38 | |
---|---|
Hangul | 삼팔선 |
Hanja | 三八線 |
Perumian Semakan | Sampalseon |
McCune–Reischauer | Samp'alsŏn |
Garis selari utara ke-38 | |
---|---|
Hangul | 삼팔선 |
Hanja | 三八線 |
Perumian Semakan | Sampalseon |
McCune–Reischauer | Samp'alsŏn |
Pada garis lintang, matahari boleh dilihat untuk 14 jam, 48 minit ketika solstis musim panas dan 9 jam, 32 minit ketika solstis musim sejuk.
Melintasi dunia
suntingBermula di Garisan Meridian Pangkal yang menghadap ke arah timur, selarian ke-38 utara melintasi:
Korea
suntingSelarian ke-38 utara pertama kali diusulkan sebagai garis pemisah untuk Korea pada tahun 1902. Rusia sedang mencuba menarik Korea di bawah pemerintahannya, sementara Jepun hendak menjamin pengakuan haknya di Korea dari British. Bagi mencegah konflik, Jepun mengusulkan kepada Rusia bahawa kedua-dua belah pihak membahagikan Korea ke dalam lingkungan pengaruh yang berbeza sepanjang selarian ke-38. Namun, tidak ada persetujuan rasmi tercapai, dan Jepun kemudian mengambil keseluruhan kawasan Korea.
Setelah penyerahan Jepun pada tahun 1945, selarian itu dinyatakan sebagai persempadan oleh Dean Rusk dan Charles Bonesteel daripada Jawatankuasa Penyelarasan Tentera Laut Amerika Syarikat di Washington, pada 10 dan 11 Ogos 1945, 4 hari sebelum pembebasan penuh keatas Korea. Selarian itu membahagikan semenanjung itu sepenuhnya menjadi kepada 2 bahagian. Pada tahun 1948, garis sempadan itu menjadi perbatasan antara negara Korea Utara dan Korea Selatan yang baru merdeka. Di akhir Perang Korea (1950–1953), sebuah persempadan baru didirikan melalui pertengahan Zon Bebas Tentera, yang memotong selarian ke-38 dari barat daya ke timur laut. Sempadan baru itu masih dianggap sebagai selarian ke-38, walaupun ia tidak tepat.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Oberdorfer, Don. The Two Koreas: A Contemporary History. (1997)
- Selarian ke-38 (geopolitik) di Ensiklopedia Britannica