Pakubuwana VI
(Dilencongkan dari Pakubuwono VI, Sri Susuhunan)
Pakubuwana VI (1807 - 5 Julai 1849) ialah raja Kerajaan Surakarta yang memerintah antara tahun 1823 hingga tahun 1830, serta juga seorang Pahlawan Nasional Indonesia. Nama julukannya Pangeran Bangun Tapa kerana dianggap sering bertapa.
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/53/Sri_Susuhunan_Pakubuwono_VI.jpg/220px-Sri_Susuhunan_Pakubuwono_VI.jpg)
Dilahirkan di Kota Surakarta, Jawa Tengah, Pakubuwana VI terkenal kerana perlawanannya terhadap penjajahan Belanda. Menjelang akhir Perang Diponegoro (1825 - 1830, baginda dibuang ke Ambon oleh Belanda kerana merupakan pesimpati kepada putera pemberontak Yogyakarta. [1]
Pakubuwana VI mangkat ketika hanya berumur 42 tahun semasa dalam buangan di Ambon, Maluku, dan dimakamkan di Imogiri - Yogyakarta.