Pâtisserie
Pâtisserie ( Sebutan bahasa Perancis: [pɑtisʁi] ) boleh merujuk kepada sejenis perusahaan reroti Itali, Perancis atau Belgium yang pakar dalam pembuatan pastri dan gula-gula, serta boleh juga menjadi istilah kepada jenis-jenis makanan yang berkaitan. Di sesetengah negara, ia merupakan gelaran yang ketat kawalannya dari segi perundangan yang hanya boleh digunakan kepada perusahaan reroti yang menggajikan ketua chef pastri bertauliah yang dikenali sebagai maître pâtissier di Perancis, meester banketbakker di Belanda, serta Konditormeister di Jerman. Dalam bahasa Belanda selalunya perkataan banketbakkerij digunakan untuk kedai itu sendiri dan banketgebak untuk kuih-muih yang dijual di perusahaan sedemikian.
Di Itali, Perancis, dan Belgium, pâtissier ialah tukang masak pastri yang telah menyempurnakan proses latihan yang panjang biasanya melalui perantisan, dan lulus peperiksaan bertulis.[1] Selalunya berpadanan dengan boulangerie di Perancis, bakkerij di Belanda, Bäckerei di Jerman, pâtisseries adalah pemandangan yang biasa ditemui di kawasan bandar di Itali, Perancis, dan Belgium. Kek dan makanan manis lain boleh dibeli di pâtisserie .
Pâtissier yang muktabar
suntingAntara pâtissier Perancis yang paling tersohor ialah:
- Pierre Hermé
- Philippe Conticini
- Jean-Paul Hévin
- Christophe Michalak
- Cyril Lignac
- Maison Ladurée
- Maison Lenôtre
- Yann Couvreur
Di negara lain
suntingDalam bahasa Bangladesh istilah yang biasa digunakan ialah pâtis yakni ejaan pâtissier dipendekkan. Dalam bahasa Korea dan bahasa Jepun, istilah pâtisserie juga digunakan (Jepun: パティスリー, rumi: patisurī , Korea: 파티스리, rumi: patiseuri ).
Di Perancis dan Kanada, istilah pâtisserie juga merujuk kepada pastri yang dihasilkan oleh pâtissier . Pastri yang dihasilkan secara besar-besaran juga kadangkala dipanggil pâtisserie .
Di Australia dan Lubnan, pâtisserie biasa digunakan bersama dengan perkataan kedai roti atau kedai pastri.
Di Britain, barang-barang yang dijual waktu pagi terdiri daripada pastri, skon dan produk-produk lain yang dibakar dan dijual segar setiap hari.
Di Hungary, istilah cukrászda digunakan untuk merujuk kepada pâtisserie .
Di Poland, terdapat dua istilah yang biasa digunakan untuk merujuk kepada kedai yang membuat dan menjual barangan bakar manis: cukiernia (dari cukier 'gula') dan ciastkarnia (dari ciastko 'pastri', bentuk kecil ciasto 'kek', 'doh').
Lihat juga
sunting- Kategori: Senarai berkaitan industri makanan
- Kek
- Kedai gula-gula
- Masakan global
- Konditorei
- Senarai kedai roti
- Senarai kafe kedai roti
- Senarai kedai donat
- Senarai pastri
- Yumeiro Patissiere
- Portal Makanan
Rujukan
sunting- ^ Prais, S. J. (1995). Productivity, education, and training: an international perspective. Cambridge, UK: Cambridge University Press. m/s. 35. ISBN 0-521-55667-8.