Cina Amerika

(Dilencongkan daripada Orang Cina Amerika)

Orang Cina di Amerika Syarikat (bahasa Cina: 美籍華人 atau 華裔美國人) merujuk kepada orang-orang di Amerika Syarikat yang berketurunan Cina. Orang Cina Amerika adalah sekumpulan orang Cina seberang laut dan juga sebahagian kelompok orang Asia Amerika. Pendatang Cina pertama tiba pada tahun 1820 menurut catatan kerajaan A.S. Tidak lebih 1,000 orang tiba sebelum California Gold Rush tahun 1848 yang menarik buruh secara beramai-ramai dari China untuk melakukan kerja buruh kasar untuk pencarigali emas tempatan. Terdapat 25,000 orang pendatang menjelang tahun 1852, sebelum meningkat kepada 105,465 orang pada tahun 1880, kebanyakannya tinggal di Pantai Barat. Kebanyakan pendatang awal ini merupakan lelaki muda yang berpendidikan rendah dari wilayah Guangdong.[5] Orang Cina merupakan antara pendatang-pendatang awal yang tiba untuk menetap di A.S. tetapi pemasukan pendatang baru dari situ dilarang sejak tahun 1885 hingga tahun 1965 apabila larangan terhadap pendatang Asia dimansuhkan oleh Akta Pembaharuan dan Kawalan Imigresen.

Cina Amerika
華裔美國人 atau 美籍華人
Kawasan ramai penduduk
West Coast, Northeast, Hawaii, Texas, Upper Midwest, Baltimore-Washington Metropolitan Area
Bahasa
Kebanyakannya Inggeris, Kepelbagaian loghat Cina:
Mandarin (Mandari Piawai), Cina Yue (Kantonis Yuehai, Thaishan), Cina Wu[1] (Taihu Wu, Oujiang Wu), dan Cina Min (Min Nan, Min Dong[2]).
Agama
Buddha, Kristian, Konfusianisme, Taoisme[3]
Kumpulan etnik berkaitan
Overseas Chinese

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=wuu
  2. ^ http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=cdo
  3. ^ Every Culture - Multicultural America: Chinese Americans
  4. ^ "Selected Population Profile in the United States". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-12. Dicapai pada 2008-09-29.
  5. ^ International World History Project. Asian Americans. Accessed 2007-07-07.