Barbar

(Dilencongkan dari Orang Barbar)

Orang Amazigh (bahasa-bahasa Amazigh: ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ atau ⵎⵣⵗⵏ Imaziɣen, Arab: أَمَازِيغ, rumi: Amāzīgh) atau orang Barbar (Arab: بَرْبَر, rumi: Barbar, Perancis: Berbères, Inggeris: Berber) ialah suatu kelompok etnik yang menghuni rantau Afrika Utara sebelah barat Lembah Nil; mereka bertaburan dari pesisiran Atlantik Maghribi ke Algeria, Tunisia, Libya, Mauritania, utara Mali dan Nijar ke Wadi Siwa di Mesir, dari Mediterranean ke Sungai Niger. Mereka juga penduduk asal Kepulauan Kenari yang kini dalam milik Sepanyol sejak akhir abad ke-15.[34]

Amazigh
Barbar, Berber
ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ ⵎⵣⵗⵏ Imaziɣen
Bendera wakil etnik Barbar dengan huruf Tifinaghyaz di tengahnya
Jumlah penduduk
antara 25[1][2] hingga 36 juta[3] atau 38 juta[4] atau 50 juta[5]
Kawasan ramai penduduk
 Maghribidari ≈ 13 juta[2] ke ≈ 20 juta[6][7][8][9] atau 27,078,593[10]
 Algeriadari 9[2] ke ≈ 13 juta[8][11] atau 32,320,000[12]
 Perancislebih daripada 2 juta[13]
 Niger1,620,000[14]
 Mali850,000[15]
 Libya>3,850,000[16]
 Mauritania114,000[17]
 Tunisia110,000[18] atau >6,589,652[19]
 Burkina Faso50,000[20]
 Mesir34,000[21] atau 1,826,580[22]
 Kanada25,885[23]
 Israel3,500[24]
Bahasa
bahasa Barbar (Tamazight); ditulis dengan huruf Tifinagh
Agama
Majoriti Islam (Sunni, Ibadi)
Minoriti tiada agama, Kristian[25][26]
Kumpulan etnik berkaitan
orang Afro-Asia lain seperti Arab[27][28][29][30][31][32][33]

Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa serumpun yang secabang dari keluarga bahasa-bahasa Afro-Asia keseluruhannya berjumlah setinggi 38 juta orang.[35]

Penamaan

sunting

Kata sifat ⴰⵎⴰⵣⵉⵖ Amazigh (bentuk jamak: ⵉⵎⴰⵣⵉⵖⵏ Imazighen) bererti "orang merdeka"[36][37][38] digunakan sesama anggota kelompok etnik ini terutamanya di Maghribi.[39] Duluannya Μάζυες Mazyes pernah dirakam dalam kitab ilmu alam Ethnika dikarang Stephanos, seorang sejarawan zaman kerajaan Byzantium merujuk kepada sekelompok puak berpindarandah terangkum dalam kawasan Libya moden.[40]

Nama "Barbar" serapan Yunani: βάρβαρος barbaros yang bermaksud "orang gasar", ia sebelum ini gelaran para penduduk Empayar Rom yang tidak faham bahasa tuturan bangsa Germania yang turut dianggap musuh utama mereka selain bangsa-bangsa Kelt, Iberia, Gallia, Goth dan Thrakia yang berjiranan mengelilingi tanah tersebut. Ibnu Khaldun pula berpendapat dalam Kitāb al-ʻIbar bahawa kata serapan Yunani ini diberikan hasil pengamatan masyarakat setempat Afriqisy bin Qays, seorang penakluk dari Saba' di rantau Yaman setelah menakluk Ifrikiyah:[41]

...لما رأى هذا الجيل من الأعاجم وسمع رطانتهم ووعى اختلافها وتنوّعها تعجب من ذلك، وقال :ما أكثر بربرتكم فسموا بالبربر...
("Dia memerhati orang-orang Ajam ini dan mendengarkan bualan mereka mengamati kepelbagaian dan keanekaannya yang menakjubkan. Dia berkata: berapa banyak daripada kalian yang "membarabar",[a] maka mereka pun dinamakan "Barbar"...")

Banyak orang sebangsa sekarang menganggap nama Berber sebagai panggilan yang menghina.[42][43][44]

Sejarah

sunting

Prasejarah

sunting
 
Lukisan Hoggar

Kawasan Maghrib di barat laut benua Afrika dipercayai telah didiami oleh kaum Amazigh sekurang-kurangnya sejak 23,000 SM.[45][46][47][48][49] Lukisan-lukisan gua bertarikh 12 alaf sebelum masa sekarang, telah ditemui di wilayah Tassili n'Ajjer di selatan Algeria. Seni batu lain dapat ditemui di Tadrart Acacus di padang pasir Libya.

Sebuah masyarakat neolitik dengan bukti kegiatan belajinak haiwan dan pertanian sara hidup, dibangunkan di wilayah Maghrib antara tahun 6000 dan 2000 SM. Jenis kehidupan ini, yang banyak digambarkan dalam lukisan gua di Tassili n'Ajjer yang terletak di tenggara Algeria, lebih banyak dijumpai di Maghreb sehingga zaman klasik. Skrip pra-sejarah Tifinagh juga ditemui di wilayah Oran.[50]

Baharian

sunting

Terbitnya tiga kerajaan utama sepanjang pesisiran Laut Rum rantau Numidia yakni:[51][52][53][54][55]

  • kerajaan Mauretania diasaskan orang Maur sepanjang pesisiran laut Maghrib/Atlantik ke sungai Mawliyah,[56] kini terletak di barat Algeria dan utara Maghribi
  • kerajaan puak Masasiliyah antara sesungai Mulusyah dan Amsagah,
  • kerajaan Massilah sebelah timurnya berjiranan dengan Carthago

Zaman Rom

sunting
 
Kavalri Mauritania diketuai oleh Lusius Quietus dalam Perang Dakia, daripada Tiang Traianus

Zaman Pertengahan

sunting

Amazigh dan penaklukan Islam

sunting

Amazigh di al-Andalus

sunting

Sejarah moden

sunting

Demografi sezaman

sunting

Diaspora

sunting

Amazigh membentuk komuniti di Mauritania[57] berdekatan dengan ibu kota Timbuktu di Mali.[58] Berdasarkan anggaran pada tahun 2004, terdapat kira-kira 2.2 juta imigran Amazigh di Eropah, terutamanya puak Rifiyah di Belgium, Belanda dan Perancis berketurunan Qabailah dan Syawiah dari Algeria.[59]

Bahasa

sunting

Kumpulan utama

sunting

Agama dan kepercayaan

sunting

Amazigh terkenal dalam sejarah Islam

sunting
 
Tariq ibn Ziyad, seorang Muslim Amazigh dan jeneral Umayyah yang mengetuai penaklukkan Hispania Visigoth pada tahun 711

.Tariq ibn Ziyad (meninggal 720), dikenali dalam sejarah dan lagenda Sepanyol sebagai Taric el Tuerto (Taric si Satu Mata), adalah seorang Muslim Amazigh dan jeneral Umayyah yang mengetuai penaklukkan Hispania Visigoth pada tahun 711. Beliau dianggap salah seorang komander tentera penting dalam sejarah Sepanyol. Asalnya, beliau merupakan timbalan Musa ibn Nusair di Afrika Utara, dan dihantar oleh ketua beliau untuk melancarkan serangan pertama di semenanjung Iberia. Beberapa pihak mendakwa beliau dijemput untuk campur tangan oleh pewaris kepada Raja Visigoth, Wittiza, dalam perang saudara Visigoth.

Pada 29 April 711, pasukan tentera Tariq mendarat di Gibraltar (nama Gibraltar berasal daripada nama Jabal Tariq yang bermaksud "Gunung Tariq" atau Jibr Al-Tariq bermakna "batu Tariq"). Setelah mendarat, Tariq dikatakan telah membakar kapal-kapal beliau dan membuat satu ucapan, yang mana sangat diingati di dunia Islam kepada tentera beliau:

Wahai orang-orangku! Tiada tempat untuk melarikan diri! Laut di belakang kamu, dan musuh di depan kamu: Tiada apa-apa untuk kamu, oleh Allah, kecuali ikhlas dan sabar.

— seperti dikisahkan oleh al-Maqqari

Ziri ibn Manad (meninggal 971), pengasas dinasti Zirid di Maghreb. Ziri ibn Manad adalah pemimpin puak Sanhaja yang mana merupakan sekutu kepada Fatimiyyah, menghapuskan pemberontakkan Abu Yazid (943-947). Beliau dianugerahkan jawatan gabenor di wilayah barat, sebuah kawasan yang kini merangkumi kawasan utara Sahara di Algeria.

Yusuf ibn Tashfin (sekitar 1061–1106) adalah seorang pemerintah Amazigh dari dinasti Almoravid di Afrika Utara dan Al-Andalus (Moors Iberia). Beliau memakai gelaran amir al-muslimin (komander orang Muslim) selepas melawat Khalifah di Baghdad 'amir al-moumineen" ("komander orang yang benar") dan secara rasminya menerima sokongan dari beliau. Beliau sama ada merupakan sepupu atau anak saudara kepada Abu-Bakr Ibn-Umar, pengasas dinasti Almoravid. Beliau menyatukan seluruh negeri Muslim di Semenanjung Iberia (kini Portugal dan Sepanyol) ke dalam pemerintahan di Maghreb (sekitar 1090), selepas diminta ke Al-Andalus oleh Emir dari Seville.

Alfonso VI telah dikalahkan pada 23 Oktober 1086, di dalam Pertempuran Sagrajas, ditangan Yusuf ibn Tashfin, dan Abbad III al-Mu'tamid. Yusuf bin Tashfin adalah pengasas kota Maghribi yang terkenal iaitu Marrakech (dalam bahasa Amazigh Murakush, atau Morocco dalam bahasa Inggeris). Beliau telah memilih sendiri tempat di mana kota ini dibina pada tahun 1070 dan kemudian dijadikan ibu kota empayar. Sebelum itu, Almoravid berpindah randah di padang pasir, tetapi dengan ibu kota baru ini menandakan mereka mula mengubah kepada cara hidup bandar.

Ibn Tumart (sekitar 1080 - sekitar 1130), adalah seorang guru agama Amazigh dan pemimpin dari puak Masmuda yang mana telah mengasaskan dinasti Almohad. Beliau juga dikenali sebagai El-Mahdi (المهدي). Pada tahun 1125, beliau memulakan pemberontakkan terbuka menentang pemerintahan Almoravid. Nama "Ibn Tumart" berasal daripada bahasa Amazigh yang bermaksud "anak lelaki Bumi."[60]

Abu Ya'qub Yusuf (meninggal 29 Julai 1184) merupakan khalifah kedua dinasti Almohad. Beliau memerintah bermula pada tahun 1163 sehingga 1184. Beliau membina Giralda di Seville.

Abu Yaqub al-Mustansir Yusuf II adalah Khalifah Maghreb bermula pada tahun 1213 sehingga kematian beliau. Beliau merupakan anak lelaki kepada khalifah sebelumnya, Muhammad an-Nasir, Yusuf menaiki takhta selepas kematian bapa beliau, pada umur 16 tahun.

Ibn Battuta (lahir 1304; tahun meninggal tidak pasti, kemungkinan pada 1368 atau 1377) adalah seorang Amazigh[61] Beliau merupakan sarjana Sunni Islam dan jurisprudent daripada mazhab Maliki, dan pernah menjadi Qadi (hakim). Walau bagaimanapun, beliau terkenal sebagai seorang pengembara dan penjelajah, yang mana telah mendokumenkan kisah perjalanan beliau selama hampir 30 tahun, merangkumi hampir 117,000 kilometer (73,000 bt). Perjalanan ini merangkumi hampir seluruh dunia Islam, daripada Afrika Barat ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, satu jarak yang melebihi sarjana sebelumnya iaitu Marco Polo.

Muhammad al-Jazuli - Beliau berasal daripada puuak Jazulah yang mana tinggal di kawasan Sous, Maghreb yang terletak di antara Lautan Atlantik dengan Pergunungan Atlas. Beliau terkenal kerana telah menyusun Dala'il al-Khayrat, sebuah kitab sembahyang Islam yang popular.

Muhammad Awzal adalah seorang penyajak Amazigh yang warak. Beliau dianggap sebagai penulis paling penting dalam tradisi kesusasteraan Shilha. Beliau lahir sekitar tahun 1670 di sebuah kampung al-Qasaba dalam daerah Sous, Maghreb dan meninggal dunia pada tahun 1748/9 (1162 di Egira).

Amazigh terkenal dalam sejarah Kristian

sunting

Era pra-Kristian

sunting

Senibina

sunting

Budaya

sunting

Makanan

sunting

Perayaan

sunting

Lihat juga

sunting
  1. ^ dalam konteks bahasa Arab, ia seumpama maksud "pokpek"

Rujukan

sunting
  1. ^ "North Africa's Berbers get boost from Arab Spring". Fox News. 5 May 2012. Dicapai pada 8 December 2013.
  2. ^ a b c http://www.britannica.com/topic/Berber
  3. ^ Native Peoples of the World: An Encyclopedia, Ed. Steven, L. Danver, M.E. Sharpe/Mesa Verde Publishing, 2013, p.23
  4. ^ https://www.temehu.com/imazighen/berbers.htm
  5. ^ Tej K. Bhatia, William C. Ritchie (2006). The Handbook of Bilingualism. John Wiley & Sons. m/s. 860. ISBN 0631227350. Dicapai pada 19 Jly 2016. Check date values in: |accessdate= (bantuan)CS1 maint: uses authors parameter (link)
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama minorityrights.org
  7. ^ Morocco's Berbers Battle to Keep From Losing Their Culture / Arab minority forces majority to abandon native language.Peter Prengaman, Chronicle Foreign Service.March 16, 2001 [1]
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama axl.cefan.ulaval.ca
  9. ^ Teens in Morocco,Sandy Donovan,Compass point books,Minneapolis,United States,2008,p.42
  10. ^ Tej K. Bhatia, William C. Ritchie (2006). The Handbook of Bilingualism. John Wiley & Sons. m/s. 860. ISBN 0631227350. Dicapai pada 19 July 2016.CS1 maint: uses authors parameter (link); 80% of population
  11. ^ "Algeria reinstates term limit and recognises Berber language". BBC News.
  12. ^ Tej K. Bhatia, William C. Ritchie (2006). The Handbook of Bilingualism. John Wiley & Sons. m/s. 860. ISBN 0631227350. Dicapai pada 16 July 2016.CS1 maint: uses authors parameter (link); 80% of population
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-05. Dicapai pada 2013-10-05.
  14. ^ "The World Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-24. Dicapai pada 2016-08-12.
  15. ^ "The World Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-10. Dicapai pada 2016-08-12.
  16. ^ Tej K. Bhatia, William C. Ritchie (2006). The Handbook of Bilingualism. John Wiley & Sons. m/s. 860. ISBN 0631227350. Dicapai pada 16 July 2016.CS1 maint: uses authors parameter (link); >60% of population of 6,416,776
  17. ^ Joshua Project. "Tuareg, Tamasheq in Mauritania".
  18. ^ "The World Factbook". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-16. Dicapai pada 2016-08-12.
  19. ^ Tej K. Bhatia, William C. Ritchie (2006). The Handbook of Bilingualism. John Wiley & Sons. m/s. 860. ISBN 0631227350. Dicapai pada 16 July 2016.CS1 maint: uses authors parameter (link); >60% of population
  20. ^ Joshua Project. "Tuareg, Tamasheq in Burkina Faso".
  21. ^ Joshua Project. "Berber, Siwa in Egypt".
  22. ^ Tej K. Bhatia, William C. Ritchie (2006). The Handbook of Bilingualism. John Wiley & Sons. m/s. 860. ISBN 0631227350. Dicapai pada 16 July 2016.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  23. ^ Statistics Canada: 2011 National Household Survey: Data tables
  24. ^ Shokeid, Moshe. The Dual Heritage: Immigrants from the Atlas Mountains in an Israeli Village.
  25. ^ "Believers in Christ from a Muslim Background: A Global Census | Duane A Miller Botero - Academia.edu". academia.edu. Dicapai pada 27 March 2016.
  26. ^ *(Perancis) Sadek Lekdja, Christianity in Kabylie, Radio France Internationale, 7 mai 2001
  27. ^ Blench, Roger. Archaeology, Language, and the African Past. Rowman: Altamira, 2006 ISBN 9780759104662
  28. ^ Diakonoff, Igor. The Earliest Semitic Society: Linguistic Data. Journal of Semitic Studies, Vol. 43 Iss. 2 (1998).
  29. ^ Shirai, Noriyuki. The Archaeology of the First Farmer-Herders in Egypt: New Insights into the Fayum Epipalaeolithic and Neolithic. Leiden University Press, 2010. ISBN 9789087280796.
  30. ^ Blench R (2006) Archaeology, Language, and the African Past, Rowman Altamira, ISBN 0-7591-0466-2, ISBN 978-0-7591-0466-2, books.google.be/books?id=esFy3Po57A8C
  31. ^ Ehret C, Keita SOY, Newman P (2004) The Origins of Afroasiatic a response to Diamond and Bellwood (2003) in the Letters of SCIENCE 306, no. 5702, p. 1680 doi:10.1126/science.306.5702.1680c
  32. ^ Bender ML (1997), Upside Down Afrasian, Afrikanistische Arbeitspapiere 50, pp. 19-34
  33. ^ Militarev A (2005) Once more about glottochronology and comparative method: the Omotic-Afrasian case, Аспекты компаративистики - 1 (Aspects of comparative linguistics - 1). FS S. Starostin. Orientalia et Classica II (Moscow), p. 339-408. http://starling.rinet.ru/Texts/fleming.pdf
  34. ^ Ramos-Martín, Josué (Jul 2014). "L'identité amazighe aux Canaries : l'historiographie des origines". L’Année du Maghreb (dalam bahasa Perancis) (10): 143–162. doi:10.4000/anneemaghreb.2056. ISSN 1952-8108.
  35. ^ Danver, Steven L.; M.E., Sharpe (2013). Native Peoples of the World: An Encyclopedia. m/s. 23. ISBN 9780765682949.
  36. ^ Maddy-weitzman, B. (2006). "Ethno-politics and globalisation in North Africa: The berber culture movement*" (PDF). The Journal of North African Studies. 11 (1): 71–84.
  37. ^ Brett, M.; Fentress, Elizabeth W.B. (1996). The Berbers The Berbers: The Peoples of Africa. Blackwell Publishing. Text "isbn9780631207672" ignored (bantuan)
  38. ^ "INALCO report on Central Morocco Tamazight: maps, extension, dialectology, name" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2010. Dicapai pada 2 October 2012.
  39. ^ Périer, Jean-André-Napoléon (1873). Des races dites berbères et de leur ethnogénie. Paris: A. Hennuyer.
  40. ^ de Byzance, Étienne (penyunting). Ethnika (dalam bahasa Jerman). III (ed. terjemahan, 2014). De Gruyter. m/s. 247. ISBN 978-3-11-021963-0.
  41. ^ m/s. 93-4 jilid ke-6 Kitāb al-`Ibar
  42. ^ Maddy-Weitzman, Bruce (2011). The Berber Identity Movement and the Challenge to North African States. University of Texas Press. m/s. 14–17. ISBN 9780292745056.
  43. ^ Vourlias, Christopher (January 25, 2010). "Moroccan minority's net gain". Variety. 417 (10). Penske Business Media, LLC.
  44. ^ Brenzinger, Matthias (2015). Language Diversity Endangered. Berlin. m/s. 124. ISBN 978-3-11-090569-4. OCLC 979749010.
  45. ^ Ilahiane, Hsain (2006). Historical Dictionary of the Berbers (Imazighen). m/s. 112. ISBN 0810864908.
  46. ^ Kefi, Rym; Hechmi, Meriem; Naouali, Chokri; Jmel, Haifa; Hsouna, Sana; Bouzaid, Eric; Abdelhak, Sonia; Beraud-Colomb, Eliane; Stevanovitch, Alain (Jan 2018). "On the origin of Iberomaurusians: new data based on ancient mitochondrial DNA and phylogenetic analysis of Afalou and Taforalt populations". Mitochondrial DNA Part A (dalam bahasa Inggeris). 29 (1): 147–157. doi:10.1080/24701394.2016.1258406. ISSN 2470-1394.
  47. ^ van de Loosdrecht, Marieke; Bouzouggar, Abdeljalil; Humphrey, Louise; Posth, Cosimo; Barton, Nick; Aximu-Petri, Ayinuer; Nickel, Birgit; Nagel, Sarah; Talbi, El Hassan (2018-05-04). "Pleistocene North African genomes link Near Eastern and sub-Saharan African human populations". Science (dalam bahasa Inggeris). 360 (6388): 548–552. doi:10.1126/science.aar8380. ISSN 0036-8075.
  48. ^ Irish, Joel D. (Okt 2000). "The Iberomaurusian enigma: North African progenitor or dead end?". Journal of Human Evolution. 39 (4): 393–410. doi:10.1006/jhev.2000.0430. ISSN 0047-2484.
  49. ^ Tiliouine, Habib; Estes, Richard J. (2016). The State of Social Progress of Islamic Societies : Social, Economic. Springer. ISBN 978-3-319-24772-4.
  50. ^ Estes,Tiliouine, Richard J,Habib (2016). The State of Social Progress of Islamic Societies: Social, Economic. Springer. m/s. 115. ISBN 9783319247724.
  51. ^ Histoire de l'émigration kabyle en France au XXe siècleréalités culturelles ... De Karina Slimani-Direche
  52. ^ Histoire de l'émigration kabyle en France au XXe siècle. Dicapai pada 2 May 2015.
  53. ^ Les cultures du Maghreb De Maria Angels Roque, Paul Balta, Mohammed Arkoun
  54. ^ Dialogues d'histoire ancienne à l'Université de Besançon, Centre de recherches d'histoire ancienne
  55. ^ Les cultures du Maghreb de Maria Angels Roque, Paul Balta et Mohammed Arkoun
  56. ^ Modéran, Yves (2003). Les Maures et l’Afrique romaine (IVe-VIIe siècle) (dalam bahasa Perancis). Rome: Publications de l’École française de Rome. ISBN 978-2-7283-1003-6.
  57. ^ "Historical Dictionaries: North Africa". Dicapai pada 2 May 2015.
  58. ^ David Prescott Barrows (2004). Berbers and Blacks: Impressions of Morocco, Timbuktu and Western Sudan.
  59. ^ Pour une histoire sociale du berbèRe en France, Les Actes du Colloque Paris – Inalco, octobre 2004
  60. ^ Tore Kjeilen. "Ibn Tumart - LookLex Encyclopaedia". Dicapai pada 2 May 2015.
  61. ^ Ross E. Dunn, The Adventures of Ibn Battuta - A Muslim Traveler of the 14th century, University of California, 2004 ISBN 0-520-24385-4.

Pautan luar

sunting