Belukur

keluarga ikan
(Dilencongkan daripada Ophidiidae)

Belukur ialah kumpulan ikan bertulang daripada keluarga Ophidiidae, order Ophidiiformes. Nama saintifiknya daripada perkataan Yunani ophis yang bermaksud "ular", dan merujuk kepada tampilannya yang bak ular. Belut sebenar mencapah daripada ikan bersirip ruji semasa zaman Jura, sedangkan belukur pula sebahagian daripada klad Percomorpha, bersama aya, kerakap, kuda laut dan lain-lain.

Belukur
Julat zaman: Maastrichtian–present
Belukur gemuk (Spectrunculus grandis)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Ophidiiformes
Suborder: Ophidioidei
Keluarga: Ophidiidae
Rafinesque, 1810
Subkeluarga

Lihat teks

Fosil belukur tertua ialah Ampheristus, sebuah genus yang sangat berjaya dengan banyak spesies yang ada daripada usia Kapur Akhir (Maastrichtia) hingga Oligosen awal.[1][2]

Keluarga belukur mengandungi sekitar 240 spesies, yang terkumpul dalam 50 genus:[3]

Subkeluarga Brotulinae

Subkeluarga Brotulotaenilinae

Subkeluarga Neobythitinae

Subkeluarga Ophidiinae

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Schwarzhans, Werner; Stringer, Gary L. (2020-05-06). "Fish Otoliths from the Late Maastrichtian Kemp Clay (Texas, Usa) and the Early Danian Clayton Formation (Arkansas, Usa) and an Assessment of Extinction and Survival of Teleost Lineages Across the K-Pg Boundary Based on Otoliths". Rivista Italiana di Paleontologia e Stratigrafia (dalam bahasa Inggeris). 126 (2). doi:10.13130/2039-4942/13425. ISSN 2039-4942.
  2. ^ a b "PBDB". paleobiodb.org. Dicapai pada 2024-02-16.
  3. ^ Froese, Rainer, dan Daniel Pauly, ed. (2008). "Ophidiidae" dalam FishBase. Versi Disember 2008.