Operasi Northern Watch

Operasi Northern Watch
Sebahagian daripada Zon Larangan Terbang Iraq
Tiga buah pesawat Jaguar milik RAF dalam satu misi Operasi Northern Watch pada September 2002
Tiga buah pesawat Jaguar milik RAF dalam satu misi Operasi Northern Watch pada September 2002.
Tarikh1 Januari 1997 – 17 Mac 2003
Lokasi
Utara Iraq
Keputusan Tidak muktamad.
Berjaya mewujudkan kestabilan di wilayah autonomi Kurdis di utara Iraq.
Zon Larangan Terbang tamat selepas serangan ke atas Iraq 2003.
Pihak yang terlibat
 Amerika Syarikat
 United Kingdom
 Turki[1][2]
Iraq
Komandan dan pemimpin
Amerika Syarikat Bill Clinton
Amerika Syarikat George W. Bush
Iraq Saddam Hussein
Kekuatan
Sekitar 50 buah pesawat dan 1,400 anggota tentera pada satu masa[3] Pelbagai pasukan pertahanan udara Iraq
Kerugian dan korban
Sebuah pesawat F-16 rosak 5–10 terbunuh, 30–40 cedera, 4 buah sistem pertahanan udara dimusnahkan[perlu rujukan]

Operasi Northern Watch (ONW) atau Operasi Pengawasan Utara yang merupakan penerus bagi Operasi Provide Comfort, merujuk pada sebuah Pasukan Tugas Bersama yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas selari utaraan ke-36 di Iraq. Misinya bermula pada 1 Januari 1997.

Rakan sekutu yang terdiri dari Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Turki telah menyediakan sekitar 45 buah pesawat[4] dan lebih daripada 1,400 anggota untuk menyokong Operasi Northern Watch. Pasukan bersama A.S terdiri daripada 1,100 anggota, yang mana termasuk krew udara, kelasi, anggota tentera dan Marin, selain pesawat dari setiap cabang pasukan dalam Angkatan Tentera A.S.

Sejarah

sunting

Mandat asal datang dari kerajaan Turki yang mana membenarkan operasi untuk diteruskan selama enam bulan. Turki kemudian meluluskan lanjutan sebanyak dua kali di mana setiap sambungan selama 6 bulan. Turki juga memberi indikasi bahawa misi ini tidak akan menjadi satu misi kekal.

Dalam tempoh setahun pertama, keadaan di utara Iraq agak sunyi, dengan tiada aksi tempur di antara pihak sekutu dan tentera Iraq.

Pasukan Operasi Northern Watch tidak terlibat dalam Operasi Desert Fox pada Disember 1998. Selepas Desert Fox, Iraq telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi mengiktiraf zon-zon larangan terbang dan mendesak pasukan tentera mereka untuk menyerang pesawat pihak bersekutu. Pada 28 Disember 1998, Iraq telah menembak peluru berpandu permukaan ke udara, SA-3 ke atas pesawat sekutu yang meronda zon larangan terbang. Sebagai tindak balas, pesawat F-15E, F-16CJ milik Tentera Udara A.S, dan EA-6B milik Kor Marin A.S telah melancarkan peluru berpandu anti radar dan menggugurkan bom-bom panduan tepat ke atas tapak-tapak SA-3 yang telah menembak pesawat sekutu dan berjaya memusnahkannya.[5] Sejak Disember 1998 sehingga Mac 1999, pesawat A.S. di utara Iraq hampir setiap hari ditembak oleh tapak-tapak peluru berpandu permukaan ke udara dan meriam anti pesawat. Pesawat A.S. bertindak balas dengan mengebom tapak-tapak pertahanan udara Iraq dengan menggunakan bom panduan laser, selain peluru berpandu AGM-88 HARM dan peluru berpandu udara ke permukaan jarak jauh AGM-130.[6] Penggunaan tempur pertama peluru berpandu AGM-130 telah dilakukan dalam Operasi Northern Watch.

Pesawat sekutu terbang membuat rondaan pada purata 18 hari sebulan, dan biasanya sering ditembak. Ancaman biasa datang daripada meriam anti pesawat. Meskipun Saddam Hussein telah menawarkan imbuhan sebanyak $14,000 bagi setiap pesawat pihak sekutu yang dijatuhkan, tiada sebuahpun pesawat yang berjaya ditembak jatuh.[7]

Konflik berskala kecil terus berlangsung sehingga serangan ke atas Iraq pada tahun 2003, walaubagaimanapun jumlah tindak balas menurun secara dramatik selepas tahun 1999. Pertempuran semasa rondaan terakhir berlaku pada 17 Mac 2003 (daripada Pangkalan Udara Incirlik). Enam minggu kemudian operasi ditamatkan secara rasmi pada 1 Mei 2003.

Sejumlah 36,000 penerbangan dilakukan dalam Operasi Northern Watch, di mana 40,000 anggota telah diaturgerak buat beberapa kali semasa operasi.[7] Operation Northern Watch was the longest combat operation in the history of the European Command.[5]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ http://www.stripes.com/01/jun01/ed060401a.html[pautan mati kekal]
  2. ^ Defense.gov News Article: Patrolling Iraq's Northern Skies
  3. ^ Operation Northern Watch | Globalsecurity.org
  4. ^ http://www.1stfighter.org/F15s/images_f15s/onw.jpg
  5. ^ a b Transcript from 16 Nov 1999 briefing of Brig Gen David A. Deptula, commander ONW 1998, 1999 at the Aerospace Power Seminar series, Washington, D.C.
  6. ^ "Operation Northern Watch: 1999 Events". GlobalSecurity.org. Retrieved 22 February 2016.
  7. ^ a b Operation Northern Watch

Pautan luar

sunting