Operasi Fajar 8: Teluk Aden
Operasi Fajar 8: Teluk Aden[1][2] merupakan operasi ketenteraan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhadap lanun Somalia di Laut Arab pada 20 Januari 2011, sehari sebelum dan dua hari operasi yang sama oleh Tentera Laut Republik Korea (18 Januari - 21 Januari). Dalam kejadian rampasan kapal dagang yang berlaku kira-kira 300 batu nautika timur negara Oman pada pukul 11.40 malam, Pasukan Perlindungan Kapal Malaysia telah menghantar sebuah helikopter penyerang dan 14 anggota komando TLDM dengan menggunakan dua buah bot tempur untuk menawan semula kapal dan menyelamatkan krew kapal. Selepas dua jam menghampiri kapal dagang tersebut, pihak TLDM berjaya menawan kembali kapal tersebut pada 20 Januari 2011 yang mengakibatkan tiga lanun cedera dalam pertempuran manakala empat lagi berjaya ditahan.
Operasi Fajar 8: Teluk Aden | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Lanun perairan Somalia | |||||||
Anggota PASKAL mengawal lanun selepas bertempur di atas kapal Bunga Laurel. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Tentera Laut Diraja Malaysia | Lanun Somalia | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Komander Nazri Bin Sharif Leftenan Komander Mohd Maznan Bin Mohd Said Leftenan Noor Asri Bin Roslan Lt. Jason Solomon John |
Ahmed Othman Jamal Abdil Eid Hasan | ||||||
Kekuatan | |||||||
MT Bunga Mas Lima 1 helikopter tempur 21 anggota PSSTLDM-MISC 14 anggota Pasukan Khas Laut |
1 bot laju 7~18 lanun | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tiada |
3 cedera 4 ditangkap | ||||||
Korban dan kehilangan Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. |
Masa kejadian
suntingRampasan
suntingPada 20 Januari 2011, jam 11.40 malam (waktu Malaysia), sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel milik Jepun yang disewa oleh Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC Berhad) itu telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan raifal automatik AK-47 dan pistol. Kejadian rampasan kapal MT Bunga Laurel itu berlaku kira-kira 300 batu nautika timur Muscat, Oman, dua jam selepas ia dipisahkan di kawasan 'selamat' setelah diiringi kapal TLDM itu melalui perairan Teluk Aden. Kumpulan lanun itu menaiki bot laju yang diturunkan dari sebuah kapal induk membawa seramai 18 lanun untuk menyerang kapal dagang berkenaan yang dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ethylene dichloride dari Asia Barat ke Singapura. Krew kapal MT Bunga Laurel sempat mengaktifkan Sistem Amaran Keselamatan Kapal (SSAS) sebelum bersembunyi di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal. Kesemua lampu dipadamkan dan enjin utama ditutup.
Menerima isyarat kecemasan
suntingPusat Laporan Kecemasan MISC yang menerima isyarat kecemasan pada jam 11:37 malam dari kapal MT Bunga Laurel cuba membuat panggilan telefon kepada kapal Bunga Laurel, tetapi tiada jawapan dari krew kapal tersebut. Tepat pada jam 11:40 malam, kapal sokongan Bunga Mas Lima menerima panggilan kecemasan dari MISC yang melaporkan bahawa kapal Bunga Laurel telah diserang dan lanun cuba menaiki kapal dengan menggunakan bot laju. Kapal induk lanun juga dilaporkan berada di kawasan itu. Bertindak daripada panggilan kecemasan itu, pada jam 1:20 pagi, dua buah bot laju dengan 14 anggota komando Pasukan Khas Laut TLDM yang diketuai oleh Leftenan Komander Maznan Bin Said dan Leftenan Noor Asri Bin Roslan telah diaturgerak dari Bunga Mas Lima yang berada kira-kira 14 batu nautika (25.9 kilometer) bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu. Pada masa yang sama, sebuah helikopter penyerang Fennec TLDM yang dilancarkan kapal sokongan Bunga Mas Lima khusus bagi tujuan pemantauan dan bantuan tembakan dari udara.[3] Tembak menembak antara pihak lanun yang berada di atas kapal Bunga Laurel dan anggota penembak tepat dari kapal Bunga Mas Lima dan helikopter Fennec TLDM. Tembakan padu dari helikopter berjaya menghalang kumpulan lanun di atas kapal induk memberi bantuan kepada rakan mereka yang berada di atas kapal dagang yang dirampas.
Tindakan
suntingKapal sokongan Bunga Mas Lima mengejar kapal dagang MT Bunga Laurel untuk memberikan tembakan bantuan yang turut dibantu oleh helikopter Fennec. Lanun dari kapal induk cuba menghampiri kapal MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tetapi digagalkan oleh anggota PASKAL yang berada dalam helikopter Fennec. Tembakan tepat ke arah kapal induk lanun itu berjaya menghalangnya daripada memberi bantuan kepada kumpulan lanun yang berada atas kapal MT Bunga Laurel. Lanun akhirnya menghubungi kapal Bunga Mas Lima untuk menyerah diri dan serangan tersebut berakhir.
TLDM bertindak pantas
suntingDifahamkan, tujuh daripada 18 lanun yang merancang serangan itu dari sebuah kapal induk berlabuh tidak jauh dari tempat kejadian. Bertindak atas panggilan kecemasan itu, PASKAL TLDM diatur gerak untuk misi menyelamat menggunakan MT Bunga Mas Lima yang berada kira-kira 14 batu nautika dari tempat kejadian. Sebuah helikopter tempur Fennec milik TLDM yang dilancarkan dari Bunga Mas Lima turut digunakan dalam misi berisiko tinggi itu, khususnya bagi tujuan pemantauan dan serangan udara. Selepas berbalas tembak, kapal Bunga Laurel berjaya ditawan semula kira-kira jam 1.20 pagi. Dalam kejadian itu juga, kesemua tujuh lanun berkenaan berjaya ditahan dengan tiga daripadanya cedera ketika bertempur dengan pasukan keselamatan dan diberi rawatan oleh pasukan terbabit. Kecekapan PASKAL berjaya mengelakkan MISC daripada kehilangan kargo berkenaan yang dianggarkan bernilai RM30 juta dan 23 krew warga Filipina berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Kesemua tujuh lanun Somalia yang ditawan mengakui bahawa mereka telah menggunakan salah satu daripada kapal-kapal yang sebelum ini dirampas sebagai kapal induk mereka.[4] Bagaimanapun status kerosakan kapal induk dan kecederaan pada lanun yang berada di atas kapal tersebut pada ketika itu tidak dapat dipastikan oleh kerana serangan itu dilakukan pada waktu malam. Selepas kapal tangki berada dalam keadaan selamat, pasukan keselamatan berjaya merampas senjata dan kelengkapan lanun. Beberapa laras raifal automatik AK-47 termasuk salah satu raifal AKM yang telah diubahsuai dan kelopak peluru yang dirampas, berserta dengan pistol separa automatik Tokarev TT-33 buatan Soviet dan peralatan lain.
Susulan kejadian
suntingUcapan Perdana Menteri
suntingSelepas berita mengenai kejadian itu sampai ke Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada PASKAL atas kejayaannya menyelamatkan kapal yang disewa oleh sebuah syarikat Malaysia yang dirampas sekumpulan lanun di Laut Aden, Somalia, beliau turut berkata kerajaan sedang mengkaji daripada sudut perundangan antarabangsa berhubung tindakan sewajarnya yang akan diambil terhadap lanun-lanun yang ditahan itu. Perdana Menteri berkata:[5]
“ | "Kita akan melihat sama ada lanun-lanun itu akan dibawa balik ke Malaysia untuk diadili atau tindakan-tindakan sewajarnya yang lain." | ” |
Menurut pegawai kanan Institut Maritim Malaysia, Nazery Khalid berkata tindakan PASKAL telah membuktikan bahawa Malaysia berkemampuan tinggi melindungi kepentingan maritim negara dan komitmennya dalam memerangi ancaman lanun. Laman rasmi International Maritime Bureau (IMB) yang berpangkalan di London berkata, sebelum mana-mana operasi dijalankan, pasukan penyelamat harus terlebih dahulu memastikan anak-anak kapal selamat sebelum menaiki kapal.[6] Pada 22 Januari, berita kejayaan ini mula untuk tersebar di akhbar-akhbar dan media antarabangsa, seperti AFP dan Reuters, memetik kejayaan ini mula tersebar ke seluruh dunia.
Perbicaraan
suntingPolis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil alih siasatan yang melibatkan tujuh lanun Somalia yang didakwa menyerang MT Bunga Laurel di Teluk Aden pada 20 Januari. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Bin Omar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada anak kapal serta anggota komando dari PASKAL TLDM. Kemudian, kesemua lanun yang berumur di antara 15 hingga 35 tahun, tidak mempunyai dokumen pengenalan kepada mereka. KPN juga akan meminta bantuan Jabatan Imigresen. Suspek telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk pemeriksaan perubatan selepas mereka tiba di Pelabuhan Klang pada jam 4 pagi. Mereka ditahan di Pusat Tahanan Bukit Jalil selepas polis berjaya mendapat perintah reman selama tujuh hari. Tujuh lanun warga Somalia, termasuk tiga masih di bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret pada 11 Febuari 2011, atas tuduhan bersama merompak dengan melepaskan tembakan senjata api ke arah pasukan keselamatan Malaysia dengan niat mendatangkan kematian atau kecederaan di atas kapal MT Bunga Laurel di perairan Oman.[7] Tertuduh Ahmad Othman Jamal, 25; Abdi Eid Hasan, 20; Koore Mohamad Abdile, 18; Abdi Hakim Mohd Abdi, 18, serta tiga remaja berusia 15 tahun, Hasan Yusuf Ahmad, Kasayah Dhalin Hussien dan Mohd Abdi Ibrahim bersetuju dan memahami pertuduhan itu apabila seorang pelajar lelaki dari Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku jurubahasa khas menerangkan pertuduhan dalam bahasa Somalia di hadapan Majistret Siti Shakirah Binti Mohtarudin. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh sebelum mahkamah menetapkan 15 Mac sebagai tarikh sebutan untuk melantik jurubahasa berkelayakan dan berpengalaman. Mereka didakwa melakukan jenayah itu antara jam 8.10 hingga 10 malam, 20 Januari 2011. Kesalahan dilakukan di atas kapal Bunga Laurel berkoordinat di Latitud 20’ 14.73N Longitud 083’ 39.96E, 250 batu nautika dari perairan Oman dan dituduh mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Turut dilampirkan bersama kertas pertuduhan adalah surat perakuan ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dengan memaklumkan ia adalah kesalahan yang diperakukan berikutan tindakan tujuh warga Somalia itu memberi kesan kepada keselamatan Malaysia. Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Abazzafree Bin Mohd Abbas memberitahu mahkamah, semua tertuduh tidak boleh menguasai Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris tetapi pihak pendakwa memanggil seorang pelajar lelaki warga Somalia dari UUM, Yaser Mohamad Ahmad untuk menterjemah. Penahanan mereka di sini selepas menyelamatkan kapal dan mereka dibicarakan, Malaysia telah mengikuti jejak langkah pihak Jerman, Belanda dan Amerika Syarikat yang telah membicarakan lanun warga asing yang menyerang kapal mereka di perairan antarabangsa.[8] Mohd Abazzafree turut memohon mahkamah memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi sebelum Siti Shakirah memutuskan seorang jurubahasa berkelayakan dipanggil pada tarikh sebutan selepas meminta Yaser membaca dan menerangkan pertuduhan tanpa direkodkan pengakuan daripada tertuduh. Semua lanun Somalia berkenaan yang bertubuh kurus dan tinggi kelihatan tenang dan hanya mengangguk selepas Yaser menterjemahkan pertuduhan terhadap mereka. Susulan itu, tujuh lanun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Februari lalu sebelum tempoh itu dilanjutkan sehingga hari ini. Tetapi menurut pendakwa raya, tiga suspek yang berusia 15 tahun tidak akan menghadapi hukuman mati kerana mereka terlalu muda.[9]
Rujukan
sunting- ^ K. Ashraf Kammed, Sharidan M. Ali, Shaun Ho and Zuhrin Azam Ahmad (2011-01-22). "M'sian tanker and crew saved from pirate attack in Gulf". The Star. Dicapai pada 2011-08-13.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "Ops Fajar Ke-9 Bunga Mas 5 Bermula". BERNAMA. 2011-02-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2011-08-01.
- ^ "Paskal commandos foil hijack attempt in Gulf of Aden". The Star. 2011-01-22. Dicapai pada 2011-08-01.
- ^ "Malaysian commandos free tanker". Bangkok Post. 2011-01-22. Dicapai pada 2011-08-01.
- ^ "Najib commends Navy team for heroic rescue". The Star. 2011-01-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-23. Dicapai pada 2011-08-01.
- ^ "Strong message to pirates". The Star. 2011-01-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-25. Dicapai pada 2011-08-01.
- ^ "Malaysia is Asia's 1st to charge Somali pirates". USA Today. 2011-02-11. Dicapai pada 2011-08-01. Check date values in:
|year=
(bantuan)CS1 maint: date and year (link) - ^ "Somali pirates face gallows in Malaysia". Hindustan Times. 2011-02-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-01. Dicapai pada 2011-08-01.
- ^ "Somalia 'pirates' charged in Malaysia". BBC News. 2011-02-11. Dicapai pada 2011-08-01. Check date values in:
|year=
(bantuan)CS1 maint: date and year (link)
Laman web
sunting- "PASKAL TAWAN LANUN". Military of Malaysia. 2011-01-22. Dicapai pada 2011-10-04. Check date values in:
|year=
(bantuan)CS1 maint: date and year (link)