OKLETSGO

Siniar Singapura

OKLETSGO (digayakan dengan huruf besar, daripada bahasa Inggeris, "OK, let's go") ialah sebuah saluran siniar berbahasa Melayu yang berpangkalan di Singapura. Saluran ini terkenal sebagai saluran siniar di tangga nombor satu dalam carta siniar tempatan Spotify di Singapura selama hampir dua tahun[1] sejak ditubuhkan pada Februari 2019[2]. Mereka memperkenalkan diri mereka dengan gaya perbualan tanpa batas dan menegakkan kebebasan untuk menerbit kandungan tersendiri[3]. Ia disampaikan oleh personaliti trio yang merupakan bekas penyampai radio Ria 89.7FM yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun atau lebih dalam industri media Melayu Singapura[3], iaitu Dzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie.

OKLETSGO
Persembahan
Dihoskan olehDzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie
Formataudio siar
PenciptaDzar Ismail, Dyn Norahim dan Raja Razie
BahasaBahasa Melayu
Keluaran
Keluaran asal2 Februari 2019 – 29 Oktober 2024
PenyediaSpotify
Laman webokletsgo.sg

Mereka telah mengundang pelbagai tetamu untuk membincang secara terbuka tentang pelbagai isu hangat, dari subjek pantang larang yang jarang diperbualkan hingga ke isu masyarakat. Rancangan mereka dilabel sebagai kandungan tak tersirat atau eksplisit. Walaupun dikecam dan dikritik oleh sesetengah pihak; pencapaian mereka sebagai podcast nombor satu di Singapura adalah wakil kepada audio siar Melayu yang berjaya.

Menurut siaran siniar OKLETSGO pada bulan September 2024, OKLETSGO telah mengumumkan pengunduran mereka dari dunia siniar selepas 5 tahun penubuhannya dan akan tamat penyiarannya pada hujung Oktober 2024.

Tengkarah

sunting

Palitan tuduhan misoginistik

sunting

Saluran siniar ini pernah terpalit dengan kontroversi di mana ramai pendengar mendakwa penyampai siniar ini sering kali mengeluarkan kata-kata yang menghina dan memperlekehkan perempuan, pada Jun 2020. Isu tersebut menarik perhatian segenap lapisan masyarakat sehingga Presiden Singapura, Halimah Yacob[4]; Mufti Negara, Naziruddin Mohd Nasir[5] dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS)[6] tampil untuk bersuara soal isu ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Podcast 5 ibu Muslim moden S'pura ini pecah rekod dan kini No 1 di Spotify". Berita Mediacorp. 23 Apr 2021. Dicapai pada 10 April 2023.
  2. ^ "Fast & furious backlash against OkLetsGo podcast in S'pore, explained". Mothership.sg. 16 Jun 2020. Dicapai pada 10 April 2023.
  3. ^ a b "Saga OKLETSGO: Dari Permulaan Hingga Sekarang". TehTarik.sg. 15 Jun 2020. Dicapai pada 10 April 2023.
  4. ^ "OKLETSGO podcast should apologise for misogynistic remarks about women: President Halimah Yacob". Channel News Asia. 15 Jun 2020. Dicapai pada 10 April 2023.
  5. ^ "Presiden Halimah, Mufti Negara gesa sikap merendahkan wanita dihapuskan dalam masyarakat". Berita Mediacorp. 15 Jun 2020. Dicapai pada 10 April 2023.
  6. ^ "PPIS tegur OKLETSGO: Perbincangan kritikal boleh dilakukan "secara bertanggungjawab dan penuh hormat"". Berita Mediacorp. 14 Jun 2020. Dicapai pada 10 April 2023.

Pautan luar

sunting