Nuruddin al-Bitruji
Nur ad-Din al-Bitruji (juga dieja Nur al-Din Ibn Ishaq Al-Betrugi dan Abu Ishâk ibn al-Bitrogi; ejaan lain adalah al Bidrudschi) (dikenali di Barat dengan nama Latin Alpetragius) (meninggal dunia sekitar 1204) ialah seorang ahli falak dan qadi dari al-Andalus.[1] Di sebalik pengetahuan beliau yang terbatas tentang Almagest Ptolemy, al-Biṭrūjī adalah ahli falak yang pertama selepas Ptolemy yang mempersembahkan sistem astonomi bukan Ptolemy sebagai alternatif bagi model Ptolemy. Aspek asli lain sistemnya adalah bahawa beliau mencadangkan sebab fizikal pergerakan cakerawala.[1]
Nur ad-Din al-Bitruji | |
---|---|
Kelahiran | kurun ke-12 |
Meninggal dunia | c. 1204 |
Latar belakang akademik | |
Pengaruh | Ibn Bajah, Ibn Tufail |
Karya akademik | |
Era | Zaman Kegemilangan Islam |
Minat lain | Astronomi |
Idea terkenal | Sistem bukan Ptolemy yang petama; Sebab fizikal pergerakan cakerawala |
Kawah Alpetragius di bulan dinamakan sempena beliau.
Hayat
suntingHampir tiada satu pun yang diketahui tentang hayatnya, melainkan nisbah namanya yang mungkin berasal dari Los Pedroches (al-Biṭrawsh), satu kawasan berhampiran Cordoba.[1] Beliau adalah anak murid Ibn Tufail dan sezaman dengan Ibnu Rusyd.
Model planet
suntingAl-Bitruji mencadangkan teori tentang pergerakan planet yang dalamnya dia berharap untuk mengelak epikitar dan eksentrik,[2] dan menggambarkan fenomena yang khusus bagi bintang yang bergerak, melalui putaran sebati sfera homosentrik. Ini adalah ubah suaian sistem pergerakan planet yang dicadangkan para pendahulunya, Ibn Bajjah dan Ibn Tufail. Beliau tidak berjaya menggantikan model planet Ptolemy, dengan ramalan nombor kedudukan planet dalam tatarajahnya kurang tepat berbanding model Ptolemy,[3] disebabkan kesukaran pemetaan model epikitar Ptolemy ke atas sfera bulatan sepusat Aristotle.
Ada pihak yang menyarankan bedasarkan terjemahan dalam bahasa Latin bahawa sistem beliau adalah kemaskini dan formulasi semula sistem Eudoxus dari Cnidus yang digabungkan dengan pergerakan bintang tetap yang dikembangkan al-Zarqālī. Bagaimana pun, tidak diketahui samada ahli kosmologi al-Andalus itu mempunyai capaian atau pengetahuan mengenai karya-karya Eudoxus.[1]
Salah satu aspek asli sistem al-Biṭrūjī adalah cadangan beliau mengenai sebab fizikal pergerakan cakerawala. Beliau menggabungkan idea "impetus" (pertama kali dicadangkan John Philoponus) dan konsep shawq ("desire"), oleh Abū al‐Barakāt al‐Baghdādī, untuk menjelaskan bagaimana tenaga dipindahkan dari penggerak pertama yang ditempatkan di dalam sfera ke-9 kepada sfera-sfera lain, yang menjelaskan kelajuan bolehubah dan pergerakan berbeza sfera-sfera lain. Beliau menyalahi idea Aristotle bahawa terdapat dinamik jenis tertentu bagi setiap alam, yang menggunakan sebagai ganti dinamik yang sama kepada subqamari dan alam cakerawala.[1]
Karya
suntingAl-Bitruji menulis Kitāb al-Hayʾah (The book of theoretical astronomy/cosmology, bahasa Arab, كتاب الهيئة), yang memaparkan kritikan terhadap Almagest Ptolemy dari sudut pandangan fizikal. Ia cukup dikenali di Eropah antara kurun ke-13 dan ke-16, dan dianggap sebagai alternatif sah bagi Almagest Ptolemy dalam lingkungan-lingkungan skolastisisme.[1]
Karya ini diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Michael Scot pada 1217 dengan judul De motibus celorum[4] (pertama kali dicetak di Vienna pada 1531). Terjemahan dalam bahasa Ibrani dilakukan Moses ibn Tibbon pada 1259.[1]
Terdapat juga karya tanpa nama tentang air pasang (Escorial MS 1636, bertarikh 1192) yang mengandungi bahan yang kelihatannya dipinjam daripada al-Bitruji.[1]
Catatan
sunting- ^ a b c d e f g h Samsó 2007.
- ^ Bernard R. Goldstein (March 1972). "Theory and Observation in Medieval Astronomy", Isis 63 (1), p. 39-47 [41].
- ^ Ptolemaic Astronomy, Islamic Planetary Theory, and Copernicus's Debt to the Maragha School, Science and Its Times, Thomson Gale.(inaccessible document)
- ^ Pederson, Olaf. (1978) Science in the Middle Ages. ed. by David Lindberg. Chicago: Chicago University Press. p. 321
Rujukan
sunting- Samsó, Julio (2007). "Biṭrūjī: Nūr al‐Dīn Abū Isḥāq [Abū Jaʿfar] Ibrāhīm ibn Yūsuf al‐Biṭrūjī". Dalam Thomas Hockey; dll. (penyunting). The Biographical Encyclopedia of Astronomers. New York: Springer. m/s. 133–4. ISBN 978-0-387-31022-0.CS1 maint: ref=harv (link) (PDF version)
- Samsó, Julio (1970–80). "Al-Bitruji Al-Ishbili, Abu Ishaq". Dictionary of Scientific Biography. New York: Charles Scribner's Sons. ISBN 0-684-10114-9.
Bacaan lanjut
sunting- Helaine Selin, Encyclopaedia of the history of science, technology, and medicine in non western cultures, p. 160