Dia Fadila
Nur Fadila Nadia Abu Bakar (lahir 23 September 1984) atau lebih dikenali sebagai Dia Fadila ialah seorang penyanyi wanita Malaysia. Bakatnya mula dikesan selepas menyertai pertandingan Bintang Gala RTM 1999. Biarpun tewas kepada penyanyi, Nur Fatima, namun bakatnya berjaya memikat hati penggubah, Jari. Malah, Jari juga yang memperkenalkannya kepada Warner Music. Pada tahun 2018, beliau merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima, dinobatkan sebagai naib juara.
Dia Fadila | |
---|---|
Nama lahir | Nur Fardilla Nadia binti Abu Bakar |
Kelahiran | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | 23 September 1984
Genre | Pop, Balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1999–2011, 2018–kini |
Syarikat rakaman | Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Hattan, Andy Flop Poppy |
Kehidupan peribadi
suntingBeliau telah berkahwin dengan Redza Tan Sri Dr. Hj Abdullah Sanusi di Masjid Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober 2010[1] dan dikurniakan 2 orang anak perempuan. Beliau merupakan pelajar muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan berkelulusan Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik dari Universiti Malaya.[2]
Kerjaya
suntingBakat Dia Fadila dalam industri muzik mula diasah setelah pernah menduduki tempat kedua dalam pertandingan Bintang Gala 2 RTM pada 1999, dan mewakili Malaysia ke pertandingan Asia Bagus di Bali, Indonesia, setahun sebelumnya, iaitu pada 1998. Beliau mendapat tempat ketiga tetapi sekembalinya daripada pertandingan tersebut, Dia dilamar menjadi artis Warner Music Malaysia. Pun begitu, pada awal kemunculan Dia, imejnya yang berambut kerinting, memang sukar diterima peminat sehinggalah beliah mengubah gaya rambutnya menjadi lurus, penampilannya kali ini tampak lebih segar dan sesuai dengan usia remajanya.
Album sulungnya, Dia yang berkonsepkan pop bebas, dikeluarkan pada Januari 2004 di bawah Warner Music Malaysia. "Andai" dan "Aku Masih Setia" dikeluarkan sebagai single utama sekaligus mengangkat nama Dia berada di kedudukan selesa untuk memberi saingan kepada artis baru seangkatannya sehingga beliau menjulang trofi Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2005 (APM'05) di Singapura, baru-baru ini dan dalam masa sama tercalon ke peringkat akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 (ABPBH2004) di Arena of Stars, Genting Highlands.
Gegar Vaganza 2018
suntingDia merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kelima pada 2018. Beliau telah dinobatkan sebagai naib juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 5) | |||||
---|---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Kedudukan | Keputusan |
Minggu 1 | Oh Dia Ke? | "Aku Masih Setia" | Dirinya sendiri | Ke-4 | SELAMAT |
Minggu 2 | Dalam Diam Aku Mencintaimu | "Cerita Cinta" | Noryn Aziz | Ke-10 | SELAMAT |
Minggu 3 | Lain Macam | "Dondang Dendang" | Whitney Houston | Ke-2 | SELAMAT |
Minggu 4 | Bergegar Bergabung | "Tangisan Marhaenis" (duet bersama Rahmad Mega) | Dirinya sendiri bersama Hattan | Ke-9 | SELAMAT |
Minggu 5 | Lama Tak Dengar | "Menghitung Hari" | Salamiah Hassan | Ke-9 | SELAMAT |
Minggu 6 | Terbaik, Bos! | "Bencinta" | Faizal Tahir | Ke-6 | SELAMAT |
Minggu 7 | Road To Final | Pusingan 1: "I Don't Wanna Miss A Thing" Pusingan 2: "Pematah Hati" |
Aerosmith Nabila Razali |
Ke-4 | SELAMAT |
Minggu 8 | Final Round | Duet Platinum: "Makin Aku Cinta" (duet bersama Ajai) Battle (Hip Hop): "Where Is The Love" (bersama Noryn Aziz) |
Anang Hermansyah & Krisdayanti The Black Eyed Peas |
Ke-5 Pertama |
NAIB JUARA |
Diskografi
suntingAlbum studio
sunting- Dia (2004)
- Na Na Na... Kataku (2007)
Album kompilasi
sunting- Terbaik Dariku (2009)
Anugerah dan pencalonan
sunting- Juara Bintang MPPJ 1998
- Pertandingan Akhir Asia Bagus! 1998
- Tempat kedua Bintang Gala RTM
- Naib Juara Gegar Vaganza 2018
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Dia Fadila di Discogs
- Dia Fadila di AllMusic