Norma Basaruddin
Norma binti Basaruddin atau lebih dikenali sebagai Norma Yuzie merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal pada 1970-an.
Norma Yuzie | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Norma binti Basaruddin |
Kelahiran | Malaysia | 12 Julai 1948
Berasal dari | Malaysia |
Meninggal dunia | 20 Julai 1977 Malaysia | (umur 29)
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 1970-an |
Filem
suntingSepanjang terbabit dalam bidang seni, Norma pernah berlakon dalam filem Cinta & Lagu dan sering muncul dalam drama televisyen, manakala, filem terakhir lakonannya ialah Pendekar terbitan Deddy M. Borhan dari Sabah Films.
Kematian
suntingNorma Yuzie meninggal dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 3 1/4, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada 20 Julai 1977 hanya selepas beberapa hari menyambut hari lahir beliau yang ke-29. Ia menjadi berita muka depan kebanyakan akhbar harian utama tempatan, termasuk Berita Harian ketika itu.[1]
Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, kereta jenis Fiat Sport yang dipandu Norma terbabas sebelum melanggar tiang lampu berhampiran sebuah kuil di laluan berkenaan, menyebabkan kereta terbabit remuk teruk, malah salah satu tayar depannya tercabut.
Beliau mengalami kecederaan teruk di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur. Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Butterworth sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan Dalam bersebelahan pusara ayahnya.
Norma merupakan seorang ibu tunggal meninggalkan dua anak lelaki, Zaini Yuhyi dan Zahani Yuhyi, yang masing-masing ketika itu berusia 10 dan 8 tahun.
Rujukan
sunting- ^ "Norma Yuzie maut nahas jalan raya, Oleh Hardi Effendi Yaacob". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-17. Dicapai pada 2008-11-18.