Neovaskularisasi kornea
Neovaskularisasi kornea (bahasa Inggeris: Corneal neovascularization ; CNV) merupakan pertumbuhan dalam saluran darah yang baharu yang bermula di bahagaian plaksus perikorneal ke dalam tisu kornea avaskular.[1] Pertumbuhan ini berlaku disebabkan oleh kekurangan oksigen.[1] Pengekalan avaskulariti stroma kornea merupakan aspek penting dalam patofisiologi kornea kerana ia diperlukan untuk ketelusan kornea dan penglihatan yang optimum. Penurunan ketelusan kornea boleh menyebabkan kemerosotan ketajaman penglihatan seseorang. Tisu kornea bersifat avaskular (darah mudah berkurang) dan kehadiran vaskularisasi, yang boleh dalam keadaan sama ada dalam atau cetek, dan sentiasa berkaitan secara patologi.[2]
Neovaskularisasi kornea | |
---|---|
Saluran darah dalam kornea | |
Pengkhususan | Oftalmologi |
sunting |
Punca-punca
suntingPenyebab neovaskularisasi kornea mungkin bersifat kongenital dengan persekitaran, seperti dengan aniridia. Kebiasaanya punca-punca penyakit neovaskularisasi kornea sering disalingkaitkan dengan keadaan keradangan, jangkitan, penyakit degeneratif, traumatik atau iatrogenik (seperti kanta sentuh).[1] Terdapat beberapa keadaan radang utama yang diperoleh seperti penolakan pindahan diikuti dengan keratoplasti, penyakit perumah pada tisu baru, konjunktivitis atopik, rosacea, pemfigus, sindrom Lyell, dan sindrom Steven's Johnson.[3] Selain itu juga, penyakit neovaskularisasi kornea juga berpunca daripada jangkitan bakteria jenis klamidia, sifilis dan Pseudomonas aeruginosa, virus jenis herpes (atau herpres simpleks) dan herpes zoster otfalmik, kulat jenis Candida albicans, Aspergillus dan Fusarium serta parasit jenis Onchocerca volvulus.[1] Penyakit degeneratif seperti pterigium juga memungkinkan penyakit ini berlaku. Ulserasi, luka terbakar serta kekurangan sel tunjang merupakan punca traumatik bagi penyakit neovaskularisasi kornea.[1]
Kerumitan
suntingPada peringkat lanjut, neovaskularisasi kornea mampu mencacatkan penglihatan seseorang, oleh itu pemeriksaan mata secara rutin (tahunan) disyorkan untuk pesakit.[4]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Abdelfattah N. S., Amgad M., Zayed A. A., Salem H., Elkhanany A. E., Hussein H., El-Baky N. A. (2015). "Clinical correlates of common corneal neovascular diseases: a literature review". International Journal of Ophthalmology. 8 (1): 182.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Usui, T.; Sugisaki, K.; Iriyama, A.; Yokoo, S.; Yamagami, S.; Nagai, N.; Ishida, S.; Amano, S. (2008). "Inhibition of Corneal Neovascularization by Blocking the Angiotensin II Type 1 Receptor". Investigative Ophthalmology & Visual Science. 49 (10): 4370–4376. doi:10.1167/iovs.07-0964. PMID 18829859.
- ^ Nema, HV; Nema, Nitin (2008). Textbook of Ophthalmology, 5th Edition. New Delhi: Jaypee Brothers Medical Publishers (p) LTD. m/s. 174. ISBN 978-81-8448-307-9.
- ^ Chiang, Homer; Hemmati, Houman (2013). "Treatment of Corneal Neovascularization". Ophthalmic Pearls: 35–36 – melalui Eyenet Magazine.