Karel Čapek (disebut [ˈkarɛl ˈtʃapɛk , terdekat ka.rél ca.pék]; 9 Januari 1890 – 25 Disember 1938) merupakan seorang penulis dan pengulas sastera Czech. Beliau mengkhusus dalam genre cereka sains; drama Rossumovi Univerzální Roboti (1920) terutamanya memperkenalkan perkataan yang mencetuskan konsep robot.[1][2] Namun beliau juga menulis mengenai pemikiran politik yang lebih langgas ketika berlakunya pergolakan dalam negaranya serta menangkisi kemaraan fasisme dan komunisme di benua Eropah.,[3][4][5]

Karel Čapek
Lahir(1890-01-09)9 Januari 1890
Malé Svatoňovice, Austria-Hungary (kini Czechia)
Meninggal dunia25 Disember 1938(1938-12-25) (umur 48)
Praha, Czechoslovakia (kini Czechia)
Nama penaK. Č., B. Č.
PekerjaanPenulis novel dan drama, wartawan
WarganegaraCzech
Alma materUniversiti Karlova
GenreCereka sains, dongeng, satira politik
Karya terkenalR.U.R
Válka s mloky
Bílá nemoc
Továrna na absolutno
Krakatit
Anugerah Darajh Tomáš Garrigue Masaryk (anumerta)
PasanganOlga Scheinpflugová
SaudaraJosef Čapek (abang)
Helena Čapková (adik)
Tandatangan

Beliau pernah dicalonkan sebanyak tujuh kali untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan namun gagal. Walau bagaimanapun, sumbangan Čapek masih dihargai melalui seberapa hadiah dan anugerah memperingati pemikiran beliau sepert Hadiah Karel Čapek Prize yang mengkhusus kepada pengukuhan pemikiran demokratik dan berperikemanusiaan dalam masyarakat.

Beliau adik kepada Josef Čapek, juga seorang penulis dan pelukis.

Biografi

sunting

Awal hidup

sunting

Karel lahir pada tahun 1890 di Malé Svatoňovice, sebuah desa terletak di pergunungan Bohemia; beliau anak bongsu dari tiga adik-beradik. Ayahnya Antonín Čapek bekerja sebagai doktor untuk suatu kilang tekstil,[6] malah beliau juga penaung muzium dan ahli majlis perbandaran kampung mereka.[7] Ibunya, Božena Čapková, seorang suri rumah;[6] dia tidk menggemari kehidupan di perkampungan dan mengalami kemurungan jangka panjang.[7] Karel sangat dekatnya dengan abangnya Josef di mana mereka sering meluangkan masa menulis bersama sepanjang masa dewasanya.[8]

Čapek menjadi terpikat dengan seni visual pada masa remajanya, khususnya kepada kubisme. Dia belajar di Praha di Universiti Karlova dan di Sorbonne, Paris.[9]

Kerjaya penulisan

sunting

Karel dilepaskan dari kerahan wajib kerana penghidapan masalah tulang belakang, beliau mengharungi kegentingan Perang Dunia Pertama dari Praha. Pandangan politiknya sangat dipengaruhi oleh kondisi perang, dan sebagai jurnalis muda dia mulai menulis topik seperti nasionalisme dan totalitarianisme. Melalui lingkaran sosial, penulis muda ini mengembangkan hubungan dekat dengan banyak pemimpin politik negara Czechoslovakia yang baru lahir. Ini termasuk Tomáš Garrigue Masaryk dan anak lelakinya Jan, yang kemudian menjadi presiden dan setiausaha luar negeri Czechoslovakia.

Upaya awalnya di bidang cereka kebanyakan adalah pertunjukan yang ditulisnya bersama dengan saudaranya Josef. Keberhasilan Čapek yang pertama secara adalah R.U.R., sebuah karya distopia tentang hari buruk di sebuah kilang yang diisi dengan makhluk ciptaan berupa manusia; pementasan ini menjadi sangat dikenali dan telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1922, dan telah ditampilkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat tahun 1923. Čapek mengerjakan banyak genre tulisan, memproduksi baik cereka mahupun bukan cereka, tetapi pekerjaan utamanya adalah sebagai wartawan.

Pada tahun 1030-an, pekerjaan Čapek berpusat kepada ancaman brutal kediktatoran sosialis nasional dan fasis. Tahun-tahun paling produktifnya adalah pada masa Republik Czechoslovakia Pertama (1918-1938). Dia menulis percakapan dengan T. G. Masaryk[10] mengenai pertemuannya dengan Presiden tersebut yang sering mengunjunginya pada hujung minggu - Čapek juga merupakan anggota dari jaringan politik intelektual Masaryk iaitu Hrad. Hubungan luar biasa antara penulis dan pemimpin politik ini tergolong unik. Dia juga menjadi anggota PEN Internasional, dan menjadi presiden pertama dari Pen Club Czechoslovakia.

Senja hidup

sunting

Segera setelah tahun 1938 menjadi jelas bahwa sekutu barat (Prancis, Britania Raya) telah gagal memenuhi perjanjian, dan gagal mempertahankan Czechoslovakia melawan Adolf Hitler. Karel Čapek enggan meninggalkan negaranya meskipun pihak Gestapo Nazi telah menyasarkan dan menjuluki beliau sebagai "musuh masyarakat nombor dua" di Czechoslovakia.

Karel meninggal karena pneumonia pada tanggal 25 Desember 1938, tidak lama setelah Czechoslovakia ditakluk rejim Nazi berikutan termeterainya Perjanjian Munich; beliau dikebumikn di Pemakaman Vyšehrad, Praha. Abangnya Josef Čapek, seorang pelukis dan penulis, meninggal dalam tahanan Bergen-Belsen tidak lama selepas diberkas atas dakwaan menempelak pemerintahan Hitler.

Senarai karya terpilih

sunting

Pementasan drama

sunting

Catatan wisata

sunting
  • Italské listy (1923)[12]
  • Anglické listy (1924)[13]
  • Výlet do Španěl (1930)[14]
  • Obrázky z Holandska (1932)[15]
  • Cesta na Sever (1936)[16]

Rujukan

sunting
  1. ^ Ort, Thomas (2013). Art and Life in Modernist Prague: Karel Capek and His Generation, 1911-1938. Palgrave Macmillan. ISBN 978-1-349-29532-6.
  2. ^ Oxford English Dictionary: robot n2
  3. ^ Hanley, Seán (2008). The New Right in the New Europe: Czech Transformation and Right-Wing. Routledge. m/s. 169. ISBN 978-0-415-34135-6. The philosopher Vaclav Belohradsky, one of the few Czech intellectuals supportive of the 'civic' right during the early 1990s, [...] viewed Klaus's thinking as a return to the American-influenced pragmatic liberalism of the Czech essayist and writer Karel Capek [...].
  4. ^ Misterova, Ivona (2010). "Letters from England: Views on London and Londoners by Karel Capek, the Czech "Gentleman Stroller of London Streets". Literary London: Interdisciplinary Studies in the Representation of London. 8 (2). Dicapai pada 20 July 2016.
  5. ^ Ort 2013, m/s. 3.
  6. ^ a b "Life of Karel Čapek". Prism: UO Stories, University of Oregon. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-24. Dicapai pada 20 July 2016.
  7. ^ a b Jana Ládyová (23 June 2016). "Božena Čapková, sběratelka, maminka slavných potomků" (dalam bahasa Czech). ŽENA-IN.cz. Dicapai pada 28 July 2016.
  8. ^ Klima, Ivan (2001). Karel Čapek: Life and Work. New Haven, CT: Catbird Press. m/s. 191–200. ISBN 0-945774-53-2.
  9. ^ Tobranova-Kuhnnova, Sarka (1988). Believe in People: The essential Karel Capek. London: Faber and Faber. m/s. xvii–xxxvi. ISBN 978-0-571-23162-1.
  10. ^ [ Talks with T. G. Masaryk] di Buku Google
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ds
  12. ^ [ Letters from Italy] di Buku Google
  13. ^ [ Letters from England] di Buku Google, translated by Geoffrey Newsome in 2001
  14. ^ [ Letters from Spain] di Buku Google
  15. ^ [ Letters from Holland] di Buku Google
  16. ^ [ Travels in the North] di Buku Google

Bacaan lanjut

sunting
  • Karel Čapek: An Essay by Alexander Matuška, George Allen & Unwin Ltd., 1964. Translation from the Slovak by Cathryn Alan of Člověk proti zkáze: Pokus o Karla Čapka.
  • Karel Čapek by William E. Harkins, Columbia University Press, 1962.
  • Karel Čapek: In Pursuit of Truth, Tolerance and Trust by Bohuslava R. Bradbrook, Sussex Academic Press, 1998, ISBN 1-898723-85-0.
  • Karel Čapek: Life and Work by Ivan Klíma, Catbird Press, 2002, ISBN 0-945774-53-2. Translation from the Czech by Norma Comrada of Velký věk chce mít též velké mordy: Život a dílo Karla Čapka.

Pautan luar

sunting