Nehebkau
Nehebkau (juga dieja Nehebu-Kau) ialah dewa ular purba dalam mitologi Mesir kuno. Walaupun dia pada asalnya dianggap sebagai roh jahat, dia kemudiannya menjadi dewa pengebumian yang dikaitkan dengan kehidupan akhirat. Sebagai salah seorang daripada empat puluh dua penilai Maat, Nehebkau dipercayai akan menghakimi si mati dan menyediakan roh mereka dengan ka - bahagian roh yang membezakan yang hidup daripada yang mati.
Nehebkau | |
---|---|
Nama lain | Nehebu-Kau |
Dipuja di | Kerajaan Pertengahan dan Kerajaan Baru |
Tempat tinggal | Heliopolis |
Jantina | Lelaki |
Ibu bapa | Serket atau Geb dan Renenutet |
Pasangan | Nehmetawy |
Nehebkau pada akhirnya dianggap sebagai dewa yang berkuasa, baik hati dan melindungi. Dalam mitologi lewat, dia digambarkan sebagai sahabat dewa matahari Ra dan pelayan Raja yang telah mangkat. Kerana dia begitu rapat dengan dewa matahari, namanya diseru dalam mantera-mantera perlindungan. Perayaannya disambut secara meluas di seluruh Kerajaan Pertengahan dan Baru.
Nama
suntingNama Nehebkau – juga dieja Neheb-Kau[1] dan Nhb-K3w[2] – telah diterjemahkan dalam banyak cara oleh ahli egiptologi. Antara terjemahannya termasuk: "yang memberikan Ka";[2] "dia yang memanfaatkan roh";[1] "pembalik nasib";[3] “pengumpul roh”;[2] "penyedia barangan dan makanan"[2] dan "pemberi maruah".[4]
Mitologi
suntingNehebkau ialah "ular pertama"[5] dalam mitologi Mesir, dan merupakan dewa yang purba dan abadi.[2] Walaupun dia kadangkala digambarkan sebagai anak Selket, Renenutet atau Geb, dia kadangkala dipercayai "muncul dari bumi" dengan sendiri.[2] Dia dipercayai tinggal di Kuil Besar Heliopolis, yang juga pusat pemujaan Ra dan Atum.[2]
Nehebkau ialah dewa yang sangat berkuasa, yang ahli egiptologi kontemporari dan pengarang Richard Wilkinson kata adalah kerana asal usulnya sebagai semangat jahat dan sifat ularnya.[1] Selepas dia menelan tujuh ekor ular tedung dalam satu mitos, Nehebkau tidak boleh dicederakan oleh sebarang sihir, api atau air.[1] Dalam mitos awal, dia boleh meniupkan nafas berapi.[6] Nehebkau pertama kali muncul dalam Teks Piramid,[1] dan dia digambarkan sebagai uyang lar jahat, panjang dan berliku yang memakan roh-roh manusia di akhirat.[3] Dalam konteks ini, dia dipercayai adalah musuh tuhan matahari,[4] dan Ra dikatakan telah membina bahtera mataharinya supaya dapat ditolak oleh angin untuk melarikan diri daripada lingkaran-lingkaran Nehebkau.[2]
Nehebkau kemudiannya dipuja[3] bersama-sama dewa berbahaya yang lain sebagai salah seorang daripada 42 hakim di Mahkamah Maat,[4] menilai kesucian roh-roh yang telah meninggal dunia.[1] Selain itu, profesor orientalis Wilhelm Max Muller mengatakan Nehebkau sendiri menjaga pintu-pintu alam ghaib.[3]
Sebagai dewa ular, Nehebkau juga dianggap sebagai syaitan yang berbahaya, pemarah dan menakutkan.[6]
Akan tetapi dalam Teks-teks Keranda, dewa purba Atum meletakkan kukunya pada saraf di tulang belakang Nehebkau, menenangkan sifatnya yang ganas dan menakutkan.[2]
Dalam Teks Keranda, Nehebkau dianggap sebagai dewa yang baik hati dan suka menolong yang dewa-dewa dan manusia boleh jadikan teman dan diminta bantuan.[4] Selepas perubahan ini, dia muncul sebagai hamba dan teman dewa matahari Ra,[2] dan dikatakan memberi makanan dan bantuan kepada mendiang Raja di akhirat.[7] Dalam peranan ini, dia menjadi lebih berkuasa dan penting, akhirnya menyandang peranan Ra sebagai Raja Langit.[2]
Dalam bentuk tenang inilah dia banyak muncul dalam mitologi Mesir,[4] dan dia sering diseru sebagai dewa pelindung dalam upacara keagamaan, azimat dan mantera.[4]
Peranan
suntingDewa pengebumian
suntingSebagai dewa pengebumian dan salah seorang daripada empat puluh dua hakim Mahkamah Maat, Nehebkau memainkan peranan penting dalam akhirat Mesir Purba.[4] Selain menjaga alam ghaib, dia kadang-kadang dijadikan pengawal peribadi Osiris.[8]
Apabila roh memasuki alam akhirat dalam mitologi Mesir Purba, hal terpenting ialah perbicaraan mereka di Mahkamah Maat,[1] juga dikenali sebagai Mahkamah Undang-undang Osiris[1] atau Mahkamah Mati.[4] Tribunal ini terdiri daripada empat puluh dua dewa yang menakutkan yang mewakili semua jenis kejahatan[1] dan si mati perlu mengisytiharkan mereka tidak bersalah atas setiap satu.[1]
Nehebkau mempunyai peranan khusus untuk memeriksa kesucian dan sifat tidak berdosa setiap individu, dan dia bertanggungjawab secara khusus untuk melindungi leher dan tekak si mati.[2]
Sebaik sahaja si mati didapati tidak bersalah oleh Mahkamah, Nehebkau dipercayai akan melepaskan roh itu[2] dan memberikan makanan dan minuman kepada si mati.[2] Dia juga menyuburkan si mati dengan ka - 'nyawa kehidupan' individu itu - membolehkan roh mereka bertahan di akhirat.[9]
Pelayan Ra
suntingSelepas dia ditenangkan oleh Atum, Nehebkau baik hati, cantik dan damai.[2] Dalam keadaan ini dia menjadi hamba dan rakan dewa matahari Ra. Dalam mitos-mitos terkemudian, dia membantu Ra dalam menggerakkan bahtera paginya untuk terbit di langit timur[2] dan penerbangan hari itu.[2] Dalam Kitab Orang Mati, petikan ini digambarkan membuat semua orang gembira, memenuhi hati dengan "kegembiraan dan keadilan".[2]
Selain itu, Nehebkau dikatakan berkhidmat kepada Raja-raja yang mati waktu ini: menyediakan makanan,[7] mengirimkan pesanan[7] dan menjadi perantara dengan dewa lain bagi pihak mereka.[1]
Pengganti Ra
suntingNehebkau akhirnya mengambil alih peranan Ra di akhirat:[2] menjadi "Raja Syurga dan penguasa Kedua-dua Negeri" [10] dan menganugerahkan mahkota, ka dan sifat-sifat lain yang baik kepada roh si mati.[10] Dia bertindak sebagai pengantara antara si mati dan para dewa,[2] juga bertanggungjawab memberikan orang mati kedudukan mereka di akhirat.[4]
Hubungan dengan deaw-dewa lain
suntingNehebkau sentiasa muncul bersama dewa matahari Ra, sebagai pembantu, teman dan pengganti. [4]
Sebagai penilai Maat di Mahkamah Osiris, dia juga dikaitkan dengan Osiris: dewa si mati, kesuburan dan akhirat.[1] Walaupun tidak semua daripada 42 penilai dapat dikenal pasti oleh pakar, Wilkerson menganggap dewa-dewa penting seperti Thoth dan Sobek untuk tergolong dalam tribunal itu, menjadikan mereka rakan Nehebkau.[1]
Sebagai dewa ular, dia berkaitan dan mungkin dibentuk mengikut Apep - ular musuh Ra dan jelmaan huru-hara dalam mitos Mesir.[11]
Selain itu, sebagai dewa pelawat Heliopolis dan dewa purba, Nehebkau sering dikaitkan dengan Atum: dewa pencipta yang menenangkan sifat huru-haranya.[2]
Nehebkau juga ditunjukkan sebagai suami dewi kecil Nehmtaway, yang juga rakan kongsi dewa kebijaksanaan, Thoth.[1] Nehmtaway digambarkan sebagai dewi yang menggendong bayi, dengan hiasan kepala unik yang berbentuk seperti sistrum - alat muzik Mesir Purba.[1]
Nehebkau kadang-kadang digambarkan sebagai suami dewi kala jengking, Selket, [4] yang melindungi mendiang raja dan sering diseru untuk mengubati racun dan sengatan kala jengking.[1] Beberapa mitos juga kata Nehebkau ialah anak Selket.[1]
Selain itu, dia dipercayai ialah anak dewa bumi, Geb. Dewa-dewa ular Mesir biasa dianggap anak bumi kerana ular merayap di atas muka bumi.[9] Apabila Geb digambarkan sebagai bapanya, ibu Nehebkau ialah dewi tuaian, Renenutet:[1] "ular baik" yang memastikan ladang, tuaian dan dapur melimpah ruah untuk yang hidup[7] dan memberi makan ka-ka orang mati.[7]
Imej Nehebkau juga muncul pada gambaran takhta dewi kucing Sekhmet dan Bastet.[4] Wilkerson berteori bahawa ikonografi ini mungkin melambangkan perlindungan Nehebkau terhadap mereka. [1]
Ikonografi
suntingNehebkau paling kerap dilukis dalam seni, ukiran dan patung Mesir Purba[9] sebagai ular antropomorfik: separuh manusia dan separuh ular.[12] Dia juga lazimnya digambarkan sebagai ular berkepala falkon dengan tangan dan kaki manusia serta zakar yang tegak, digambarkan sedemikian dalam pelbagai hiposefalus.
Walau bagaimanapun, teks dan mitologi awal biasanya menggambarkan Nehebkau sebagai ular sahaja[1] dengan badan yang panjang dan bergelung-gelung.[7] Rupa bentuk inilah yang sering muncul di sisi takhta dewa-dewi, mungkin merujuk kepada sifat-sifat pelindung dan kekuatannya.[1]
Dalam zaman terkemudian, dia muncul dalam bentuk separuh antropromofis, sebagai lelaki dengan kepala dan ekor ular[7] atau ular dengan tangan atau kaki manusia.[7] Dalam bentuk ini dia muncul pada azimat, patung kecil dan plak,[1] dengan tangannya "diangkat ke mulut untuk menyemawa bekas kecil dengan makanan atau minuman," mencerminkan fungsinya di akhirat.[4]
Nehebkau kadang-kadang ditunjukkan dengan dua kepala pada dua leher yang berasingan, dan kepala ketiga pada ekornya disokong oleh sosok seorang lelaki.[2] Pakar egiptologi, Magali Massiera, berpendapat bahawa kedua-dua kepalanya representasi sifat baik dan jahatnya,[9] serta keupayaannya untuk menyerang secara serentak dari dua arah sekaligus.[13] Dalam satu artifak dari Heliopolis, dia ular berkepala lapan.[2]
Penerangan terperinci tentang penampilannya ini perkara biasa bagi penjaga-penjaga alam ghaib, dan dibuat supaya si mati dapat mengenali Nehekbau.[11] Kadangkala, Nehebkau mempunyai ciri-ciri syaitan ular lain: seperti berbilang kepala dan sayap.[11]
Pemujaan
suntingWalaupun tidak ada biara khusus untuk Nehebkau,[9] ahli sarjana termasuk Wilkinson berpendapat kemungkinan besar dia disembah secara popular.[1]
Pemujaannya berkemungkinan berpusat di kuilnya di Herakleopolis[1] namun lokasi tepatnya jarang disebut dalam mana-mana sumber.[9] Nehebkau juga sering dikaitkan dengan Kuil Besar Heliopolis, di mana dia mungkin pernah ada kuil pengebumian, serta patung yang berasal dari zaman pemerintahan Raja Ramses II.[2]
Nehebkau juga digambarkan pada banyak azimat dari tempoh pertengahan ketiga Kerajaan Baru dan selepas itu.[1] Azimat-azimat ini sering dijumpai dalam pengebumian, menunjukkan orang Mesir Purba percaya Nehebkau akan melindungi si mati dalam perjalanan ke alam ghaib.[12] Kalloniatis juga mengaitkan azimat-azimat ini dengan keupayaan Nehebkau untuk mengekalkan ka dalam roh dan memberi makanan dan minuman kepada si mati di akhirat.[12]
Imejnya juga muncul pada azimat-azimat untuk melindungi daripada racun, gigitan ular dan bisa kala jengking.[8]
Sihir dan Jampi
suntingMantera penghalau ular biasa ditemui dalam teks-teks Mesir, dalam Teks Piramid, Teks Keranda dan Kitab Orang Mati, bersama-sama mantera lain yang direka untuk menghalau haiwan-haiwan berbahaya.[11] Banyak objek ajaib menggambarkan adegan dewa-dewa yang baik hati melindungi manusia daripada ular.[7]
Selepas dikaitkan dengan Ra, nama Nehebkau sering disebut dalam mantera ajaib untuk berfungsi sebagai pelindung.[12] Dia digambarkan sebagai dewa pelindung pada beberapa tongkat yang dibuat daripada gading.[4]
Perayaan
suntingPerayaan Nehebkau direkodkan telah berlaku tiga puluh dua kali pada zaman Kerajaan Baru[9] tetapi ia diketahui telah disambut sejak sekurang-kurangnya zaman Kerajaan Tengah.[1]
Tarikh sebenar perayaan itu tidak disepakati oleh pakar: ia mungkin disambut sembilan hari selepas perayaan membajak ladang,[14] pada hari pertama bulan pertama musim sejuk[1] ataupun semasa pertabalan Raja semasa zaman Ramesses.[2]
Orang ramai selalunya menyambut perayaan ini dengan memakan tumbuhan yang dipanggil "hsjitt" dan kuih muih yang diperbuat daripada tumbuhan "khersait".[15] Perayaan itu dipercayai, oleh penyelidik Sharon LaBorde, satu pesta untuk meraikan penebusan dan kelahiran semula; mungkin berkait dengan dewi singa Sekhmet.[16]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa Wilkinson, Richard H. (2003). The complete gods and goddesses of ancient Egypt. New York. ISBN 0-500-05120-8. OCLC 51668000. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "wilkinson" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y Omar Ali, Nageh (1 January 2012). "The God Nehebkau in Heliopolis (المعبود نحب-كاو في هليوبوليس)". Abgadiyat. 7 (1): 32–38. doi:10.1163/22138609-00701003. ISSN 1687-8280. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "nageh" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d Bates, Oric (October 1919). "The Mythology of all Races. (Louis Herbert Gray, Editor; George Foote Moore, Consulting Editor.) Vol. XII, Egyptian: W. Max Müller, Ph.D.; Indo-Chinese: SirJ. G. Scott, K.C.I.E. Marshall Jones Co.1918. Pp. xiv, 540". Harvard Theological Review. 12 (4): 464–469. doi:10.1017/s0017816000010956. ISSN 0017-8160. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "bates" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g h i j k l m n Shorter, Alan W. (September 1935). "The God Neḥebkau". The Journal of Egyptian Archaeology. 21 (1): 41–48. doi:10.1177/030751333502100105. ISSN 0307-5133. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "shorter" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Imhausen, Annette (2016-02-16), "Mathematical Texts (II): Tradition, Transmission, Development", Mathematics in Ancient Egypt, Princeton University Press, doi:10.23943/princeton/9780691117133.003.0018, ISBN 978-0-691-11713-3
- ^ a b Klotz, David (2006-12-31). Adoration of the Ram. Yale Egyptology. doi:10.2307/j.ctvhrcz4s. ISBN 978-1-950343-02-7. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "klotz" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g h i Pinch, Geraldine. (2002). Handbook of Egyptian mythology. ABC-CLIO. ISBN 1-57607-242-8. OCLC 906990824. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "pinch" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Bane, Theresa (25 April 2016). encyclopedia of beasts and monsters in myth, legend and folklore. McFarland. ISBN 978-0-7864-9505-4. OCLC 930364175. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "bane" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e f g Massiera, Magali (2015). "The So Called Statue of Nehebkau, A Comparative Study". Journal of Intercultural and Interdisciplinary Arcaheology: 25–33. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "massiera" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Faulkner, Raymond O. (8 June 2004). The ancient Egyptian coffin texts: spells 1-1185 & indexes (8th rev. ed.). Oxford: Aris & Phillips. ISBN 0-85668-754-5. OCLC 56875890.
- ^ a b c d Lucarelli, Rita. "Demons (benevolent and malevolent)". UCLA Encyclopedia of Egyptology. 1. m/s. 1–10. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "lucarelli" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d Kalloniatis, Faye (25 July 2019). The Egyptian collection at Norwich Castle Museum : catalogue and essays. Oxbow Books. ISBN 978-1-78925-196-8. OCLC 1049277490. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "kalloniatis" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Shamahd, Ahmid (2013). Reaffirmation of the Revelation. Xlibris Corporation.
- ^ Budge (2013-10-28). Gods Of The Egyptians - 2 Vols. Routledge. doi:10.4324/9780203040713. ISBN 978-0-203-04071-3.
- ^ L. Kimpton, Jennifer (2012-10-26), Festivals, Pharaonic Egypt, Blackwell Publishing Ltd, doi:10.1002/9781444338386.wbeah15160, ISBN 978-1-4051-7935-5
- ^ LaBorde, Sharon (2017). Circle of the Sun: Rites and Celebrations for Egyptian Pagans and Kemetics. Lulu Press.
Bacaan lanjut
suntingOmar Ali, Nageh. "The God Nehebkau in Heliopolis". Abgadiyat. 7: 32–38. doi:10.1163/22138609-00701003.
Shorter, Alan W. "The God Nehebkau". Journal of Egyptian Archaeology. 21: 41–48.
Massiera, Magali (2015). "The So Called Statue of Nehebkau, A Comparative Study". Journal of Intercultural and Interdisciplinary Archaeology: 25–33.
Wilkinson, Richard H (2017). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. Great Britain: Thames & Hudson.