Negara industri baru
Kategori negara industri baru (NIB) adalah suatu klasifikasi sosioekonomi digunakan pada beberapa negara di merata dunia oleh ahli sains politik dan ahli ekonomi.
NIB adalah negara-negara yang ekonominya belum mencapai kedudukan Dunia Pertama tetapi telah, dari segi makroekonomi, jauh mengatasi rakan-rakan membangun mereka. Suatu lagi ciri-ciri NIB adalah bahawa negara-negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi pesat (biasanya berorientasikan eksport). Pengindustrian baru atau sedang berjalan adalah suatu tanda sebuah NIB. Dalam banyak NIB, pergolakan sosial boleh muncul apabila penduduk pertanian di luar bandar pindah ke bandar-bandar, di mana urusan pertumbuhan perkilangan dan kilang-kilang dapat menarik beribu-ribu pekerja buruh.
NIB biasanya berkongsi sesetengah ciri-ciri umum lain, termasuk:
- Kebebasan sosial dan hak awam yang bertambah.
- Pemimpin politik kuat.
- Pertukaran dari ekonomi pertanian ke industri, khususnya sektor perkilangan.
- Ekonomi pasaran yang makin terbuka, membenarkan perdagangan bebas dengan negara lain.
- Syarikat negara besar beroperasi di beberapa benua.
- Pelaburan modal kuat dari negara-negara asing.
- Kepemimpinan politik dalam bidang pengaruh mereka.
- Kadar kemiskinan yang berkurangan.
NIB sering menerima sokongan dari pertubuhan antarabangsa seperti PPS dan badan sokongan lain. Bagaimanapun, akibat piawai alam sekitar, buruh dan sosial kelihatan lebih lemah dalam NIB, banyak penyokong perdagangan saksama telah menyokong piawai untuk mengimport produk mereka dan mengkritik memberi khidmat luaran pekerjaan pada NIB.
Konteks sejarah
suntingIstilah ini digunakan sekitar 1970 apabila Empat Harimau Asia[1] terdiri dari Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan menaik ke puncak global sebagai NIB pada zaman 1970an dan 80an, dengan pertumbuhan industri pengecualian sejak zaman 1960an; kesemua empat rantau telah sejak disenarai ke dalam ekonomi maju dan ekonomi gaji tinggi. Terdapat pembahagian jelas antara negara-negara ini dengan negara-negara yang dipertimbangkan sebagai NIB. Secara khusus, kombinasi keterbukaan dalam berpolitik, tinggi pendapatan GNI per kapita dan sentiasa berkembang, dan dasar ekonomi berasaskan eksport menunjukkan negara-negara ini bukan sahaja mencapai, malah mengatasi tahap kebanyakan negara maju. Kesemua ekonomi negara ini diklasifikasikan sebagai ekonomi berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia dan ekonomi termaju oleh IMF dan CIA. Kesemua negara tersebut juga memiliki Indeks Pembangunan Manusia oleh Bank Dunia melebihi 0.9, bersamaan dengan negara-negara Eropah Barat. Korea Selatan adalah ahli OECD dan mengamalkan "demokrasi sepenuhnya" di Asia bersama Jepun. Jepun ialah negara yang mengamalkan kerajaan raja berperlembagaan parlimen.
NIB kini
suntingJadual berikut menunjukkan senarai negara-negara yang dipertimbangkan secara konsisten adalah NIB oleh pelbagai sarjana dan pakar.[2][3][4][5] Turki dan Afrika Selatan diklasifikasikan sebagai negara maju oleh CIA.[6] Turki ialah ahli OECD sejak 1961 dan Mexico menyertainya pada 1994. Kumpulan G8+5 adalah gabungan ahli-ahli G8 ditambah dengan China, India, Mexico, Afrika Selatan dan Brazil.
Benua | Negara | GDP (nominal) (Bilion dalam AS$, 2020 IMF)[7] |
GDP per capita (PPP) (USD, 2020 IMF)[8] |
Income equality (GINI) 2011-2018[9] | Indeks Pembangunan Manusia (HDI, 2019-2020)[10] |
GDP (sebenar) kadar pertumbuhan | GDP (sebenar) kadar pertumbuhan per kapita |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Afrika | Afrika Selatan[3][4][5] | 282,588 | 4,736 | 63.0 (2014) | 0.709 (tinggi) | 4.50 | 4.92 |
Amerika Utara | Mexico[2][3][4][5] | 1,040,372 | 8,069 | 45.4 (2018) | 0.854 (tinggi) | 3.00 | 3.30 |
Amerika Selatan | Brazil[2][3][4][5] | 2,363,767 | 6,450 | 53.9 (2018) | 0.765 (tinggi) | 5.70 | 4.50 |
Asia | Republik Rakyat China[3][4][5] | 14,860,775 | 10,839 | 46.7 (2018) | 0.761 (tinggi) | 11.10 | 9.95 |
India[3][4][5] | 2,592,583 | 1,877 | 33.9 (2013) | 0.645 (menengah) | 9.70 | 7.02 | |
Indonesia | 1,088,768 | 4,038 | 37.8 (2018) | 0.718 (tinggi) | 6.1 | 5.0 | |
Malaysia[3][4][5] | 336,330 | 10,192 | 41.0 (2015) | 0.810 (sangat tinggi) | 5.40 | 3.65 | |
Filipina[2][3][4][5] | 367,362 | 3,373 | 44.4 (2015) | 0.718 (tinggi) | 7.50 | 7.40 | |
Thailand[2][3][4][5] | 367,362 | 7,295 | 42 (2018) | 0.777 (tinggi) | 4.40 | 3.93 | |
Turkia[3][4][5] | 649,436 | 7,715 | 41.9 (2018) | 0.820 (sangat tinggi) | 5.20 | 4.10 |
Nota:
a. Turki mempunyai hubungan geopolitik dengan Eropah
Menurut pandangan perkembangan ekonomi oleh Goldman Sachs, pada 2050, senarai negara ekonomi terbesar di dunia adalah seperti urutan berikut: China, USA, India, Brazil, dan Mexico.[11]
Bagi China dan India, dengan populasi terbesar kedua-dua negara ini (setiap satu melebihi 1.1 billion orang pada Januari 2009) menunjukkan pendapatan per kapita akan kekal rendah walaupun jika ekonominya melepasi United States dalam keseluruhan GDP. Apabila GDP per kapita dikira berdasarkan Persamaan Kuasa Pembelian, ini mengambil kira kos hidup yang rendah di negara-negara industri baru.
Brazil, China, India, Mexico dan Africa Selatan bertemu dengan negara-negara G8 bagi membincangkan topik kewangan dan perubahan cuaca disebabkan kepentingan ekonomi pada masa kini dan kesan terhadap alam sekitar melalui kumpulan yang dikenali sebagai G8+5.[12] Kumpulan ini dijangka berkembang kepada G14 dengan penambahan Mesir bersama dengan lima negara yang disebutkan tadi.[13]
Negara NIB lain
suntingSetiap sarjana meletakkan senarai negara-negara tertentu berdasarkan kaedah atau jenis analisis ekonomi. Kadangkala, ia menyebabkan ada negara tersebut juga disebutkan sebagai NIB dalam sesuatu penulisan sarjana, namun tidak bagi sarjana yang lain. Hal ini berlaku terhadap kategori bagi negara seperti Mesir, Indonesia dan Russia.[2]
Ringkasan analisis ekonomi
suntingNIB biasanya mendapat keuntungan daripada kos buruhnya yang murah, yang menyediakan harga input yang murah kepada pembekal. Kesannya, negara-negara NIB mudah cemerlang dan membina banyak kilang di negara maju, dimana kos hidup adalah tinggi dengan kesatuan sekerja dan pelbagai organisasi terlibat mudah mendapatkan pengaruh politik.
Kelebihan secara perbandingan ini selalunya mendapat kritikan oleh pergerakan perdagangan adil.
Isu
suntingKebebasan ekonomi tidak selalunya dikaitkan dengan kebebasan politik di negara seperti China, dimana penapisan Internet dan penyalahgunaan lain seperti hak sivil selalu berlaku. Kejadian ini secara diameternya berbeza dengan negara gergasi Asia, India yang mengamalkan demokrasi liberal sepanjang sejarah kolonial, tetapi India dikritik kerana mengamalkan sistem kasta, kerajaannya yang kurang effisien dan rasuah yang berleluasa. Oleh itu, sementara China mengamalkan kebebasan politik yang ketat, secara puratanya, rakyat China menikmati taraf hidup yang tinggi berbanding India.
Rujukan
sunting- ^ Japan and the Newly Industrialized Economies
- ^ a b c d e f Paweł Bożyk (2006). "Newly Industrialized Countries". Globalization and the Transformation of Foreign Economic Policy. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 164. ISBN 0-75-464638-6.
- ^ a b c d e f g h i j Mauro F. Guillén (2003). "Multinationals, Ideology, and Organized Labor". The Limits of Convergence. Princeton University Press. m/s. 126 (Table 5.1). ISBN 0-69-111633-4.
- ^ a b c d e f g h i j David Waugh (3rd edition 2000). "Manufacturing industries (chapter 19), World development (chapter 22)". Geography, An Integrated Approach. Nelson Thornes Ltd. m/s. 563, 576–579, 633, and 640. ISBN 0-17-444706-X. Check date values in:
|year=
(bantuan) - ^ a b c d e f g h i j N. Gregory Mankiw (4th Edition 2007). Principles of Economics. ISBN 0-32-422472-9. Check date values in:
|year=
(bantuan) - ^ CIA World Factbook
- ^ IMF World Economic Outlook Database, April 2010. GDP-PPP figures of selected NIC countries for 2009.
- ^ IMF World Economic Outlook Database, April 2010. GDP-PPP per capita figures of selected NIC countries for 2009.
- ^ See List of countries by income equality for Gini reference. The higher the figure, the higher the inequality.
- ^ United Nations report [1]
- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-09-11. Dicapai pada 2010-02-20.
- ^ G8 Structure and activities
- ^ " France invites Egypt to join G14"
15. The Planning Commission, Government of India