Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah
Beberapa bahagian daripada rencana ini (yang berkaitan dengan September 2020) perlu dikemas kini. |
Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah (Arab: الشيخ نواف الأحمد الجابر الصباح Nawaf al-Ahmad al-Jābir as-Sabāh, 25 June 1937 – 16 Disember 2023) ialah Amir Kuwait dan Pemerintah Angkatan Darat Kuwait dari 2020 hingga 2023. Baginda merupakan adinda tiri Amir Kuwait Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah. Baginda tercalon Putera Mahkota pada 7 Februari 2006, pencalonan ini dilihat bertentangan dengan tradisi kerabat Al-Sabah, di mana lantikan Amir dan Putera Mahkota selalu bertukar-tukaran sesama cabang kerabat Al-Salem dan Al-Jaber.
Nawaf Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah | |
---|---|
Amir Kuwait | |
Pemerintahan | 29 September 2020 – 16 Disember 2023 |
Didahului oleh | Sabah Al-Ahmad Al-Jaber |
Perdana Menteri | Sabah Al-Khalid Al-Sabah Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah |
Keputeraan | Bandar Kuwait, Kuwait | 25 Jun 1937
Kemangkatan | 16 Disember 2023 | (umur 86)
Pasangan | Sharifa Sulaiman Al-Jasem |
Anakanda | Ahmad Faisal Abdullah Salem Sheikha |
Kerabat | Wangsa Sabah |
Ayahanda | Ahmad Al-Jaber Al-Sabah |
Bonda | Yamama |
Riwayat Syekh Nawaf di dunia politik Kuwait mencakup peranannya sebagai Gabenor Hawalli pada 12 Februari 1962 sehingga 1978. Baginda dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 19 Mac 1978 sehingga baginda ditugaskan pada jabatan Menteri Pertahanan pada 26 Januari 1988 dan 20 Jun 1992.
Pada 13 Julai 2003, baginda dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan merangkap sebagai Menteri Dalam Negeri. Baginda kemudian ditugaskan menjadi Timbalan Pertama Perdana Menteri pada 16 Oktober 2003 hingga 2006. baginda juga menyandang sebagai Perdana Menteri sejak naiknya Syeikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah ke takhta.