Naturalis Historia

(Dilencongkan daripada Natural History)

Naturalis Historia (erti nama dalam bahasa Latin: "Sejarah Alam") adalah ensiklopedia yang dikaryakan oleh Gaius Plinius Secundus sekitar tahun 77-79 Masihi. Ia dikarang bertujuan membahas semua bidang ilmu pengetahuan diketahui Plinius pada zamannya semasa pemerintahan kerajaan Maharaja Vespasianus, bahkan ia juga didedikasikan kepada putera baginda maharaja Titus. Plinius meluangkan masa mengarang buku ini pada waktu malam sambil waktu siang khusus untuk bekerja di pejabat kerajaannya. Isi buku ini tidak sekadar menggambarkan objek alam dinamakan malah menjelaskan peranannya dalam kehidupan manusia seperti tumbuhan dan galian.[2]

Naturalis Historia
Halaman depan edisi 1669 buku
Umum
PengarangPlinius yang Tua
NegaraRom Purba
Bahasabahasa Latin
SubjekSejarah alam, etnografi, seni, mineralogi
GenreEnsiklopedia, sains rakyat[1]
Tarikh penerbitan
77–79 M
Kawalan kewibawaan
508
LCCPA6611 .A2
Teks asal
[[s:la:Naturalis Historia|]] di Wikisumber bahasa Latin
TerjemahanNaturalis Historia di Wikisumber

Karya ini sendirinya tidak benar-benar lengkap: Plinius menuju ke kaki Gunung Vesuvius pada tahun 79 M untuk menyiasat rupa letusan yang hendak ditulis masuk ke dalam versi mutakhir buku ini tetapi akhirnya bencana letusan tersebut mengorbankan nyawanya sebelum sempat berbuat demikian. Namun, cetakan akhir buku ini menjadi pecontoh duluan tatakarang banyak ensiklopedia yang ditulis selepasnya.

Daftar isi

sunting

Kitab Naturalis Historia mencakup 37 buku (liber). Plinius menuliskan sendiri daftar isinya. Tabel berukut memberikan cakupan topik-topik dengan istilah masa kini.

I Pengantar dan daftar isi, daftar penulis
II Pemaparan dunia secara matematik dan fizik
III-VI Geografi dan etnografi
VII Antropologi dan fisiologi manusia
VIII-XI Zoologi
XII-XXVII Botani termasuk pertanian, hortikultur, dan farmakologi
XXVIII-XXXII Farmakologi
XXXIII-XXXVII Perlombongan dan ilmu galian diperoleh, khususnya dalam penerapannya seharian dan dalam seni, termasuk:

emas saduran perak[3]

seni ukir tembaga[4] seni lukis[5] ragam hias [6] patung marmar[7]

batu permata dan perhiasan[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ Healy, 2004. p. xix, citing Pliny's Preface, 6: "It is written for the masses, for the horde of farmers and artisans".
  2. ^ "Introduction" to Natural History, Books III-VII, Loeb Classical Library (rev. ed. 1989), pp. xi-xiii.
  3. ^ xxxiii.154–751
  4. ^ xxxiv
  5. ^ xxxv.15–941
  6. ^ 151–851
  7. ^ xxxvi
  8. ^ xxxvii

Pautan luar

sunting