Natrium permanganat
Natrium permanganat ialah sebatian kimia natrium dengan formula kimia NaMnO4. Sebatian ini memiliki ciri-ciri yang agak serupa dengan kalium permanganat, tetapi tidak banyak digunakan disebabkan oleh kos pembuatannya yang mahal.
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
Natrium manganat(VII)
| |
Nama lain
Natrium permanganat
| |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol
|
|
ChemSpider | |
ECHA InfoCard | 100.030.215 |
PubChem CID
|
|
Nombor RTECS |
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
| |
Sifat | |
NaMnO4 | |
Jisim molar | 141.9254 g/mol 159.94 g/mol (monohidrat) |
Rupa bentuk | Pepejal merah |
Ketumpatan | 1.972 g/cm3 (monohidrat) |
Takat lebur | 36 °C (97 °F; 309 K) (170 °C untuk trihidrat) |
90 g/100 mL | |
Bahaya | |
Bahaya-bahaya utama | Bahan pengoksidaan |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Sifat
suntingNatrium permanganat mempunyai warna ungu gelap atau hijau gelap, bergantung kepada arah cahaya. Sebatian ini merupakan sebatian lembap cair.
Natrium permanganat memiliki hidrat-hidrat seperti bentuk monohidrat dan trihidrat, dengan bentuk monohidrat, NaMnO4·H2O merupakan hidrat yang paling umum. Bentuk trihidrat terbentuk di bawah suhu 33.7 ℃ dan monohidrat pula terhasil di atas suhu tersebut.[1]
Penghasilan
suntingNatrium permanganat boleh dihasilkan melalui tindak balas mangan dioksida dengan natrium hipoklorit.
Selain itu, natrium permanganat boleh terhasil melalui pengoksidaan natrium manganat dengan gas klorin.[2]
Penggunaan
suntingNatrium permanganat digunakan dalam rawatan air untuk mengawal rasa dan bau air.[3]
Rujukan
sunting- ^ 化学便覧基礎編 (dalam bahasa Jepun) (ed. keempat). Maruzen. September 1993. ISBN 9784621010419.
- ^ Kagaku Ojisho (dalam bahasa Jepun) (ed. keempat). Tokyo: Kyoritsu Shuppan. Jun 1993 [1963].
- ^ "Water Treatability Database". iaspub.epa.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-06-08.