Nasyid koir
Nasyid koir (ناﺷﺪ) merupakan gabungan alunan irama nasyid yang telah disebatikan bersama alunan muzik koir. Kadang kala irama alunan bercorak koir ini digantikan dengan alunan muzik berunsurkan acapella iaitu corak alunan muzik tanpa menggunakan alat muzik tetapi hanya menggunakan getaran bunyi yang keluar dari mulut.
Alunan irama nasyid koir juga dilihat kini amat begitu jitu di kalangan penggiat seni bercorak kerohanian sehinggakan irama ini sering kali dianggap sejagat atas kejayaannya memuatkan unsur-unsur harmoni dan kotemporari dalam penyediaannya
Nasyid koir lebih wajar dan lebih unggul dengan kehadiran bacaan lunak ayat-ayat suci Al-Quran di samping paduan bunyi vokalnya yang mantap.
Sebatian 5 bunyi asas lantunan koir juga memainkan suasana yang gemersik dan bertenaga dalam nasyid koir. Berikut adalah 5 bunyi asas tersebut:
- Bunyi bes bawah 5 ----(berkecuali)(alto)
- Bunyi harmoni bes atas 4
- Bunyi ketiga (third voice)(tenor)
- Bunyi harmoni bawah 2 ----(falseto)
- Bunyi (soprano) 1
Pada asasnya, bagi memainkan alunan nasyid koir, penyanyi mestilah mengetahui perkara asas berkoir terlebih dahulu seperti cara melontarkan suara dan bernafas pada cara yang betul.
Sejarah kemunculan nasyid koir dikatakan berpunca daripada sumbangan dan pengaruh alunan azan, alunan dan irama bacaan ayat suci Al-Quran, rentak muzik masyarakat timur tengah, daya kekuatan vokal insan(lingkungan suara manusia) serta daripada rentak lagu bercorak penduduk peribumi.
Kejayaan dalam memaparkan kesenian nasyid koir mengikut etika Islam perlulah dilihat dalam konteks yang luas, namun syarat-syarat nyanyian seperti mendendangkan nyanyian dengan bermakna, mengikut asas panduan pokok dari Al-Quran dan As-Sunnah serta dendangan yang tidak diikuti unsur lagha(melalaikan)dan mmenjaga aurat (dari aspek pakaian dan suara)amatlah perlu dititik beratkan selalu.
Nasyid koir lebih lunak didendangkan bersama penggunaan alat muzik tak bertali misalnya kompang, bongo, kerincing dan sebagainya. Namun ada pendapat dari ahli Ulama fiqh yang membenarkan nyanyian dengan menggunakan alat muzik bertali seperti gitar,biola dan piano.
Contoh Irama Nasyid Koir Islam
suntingSila dengar dan hayati...
The best' Nasheed Choir*[[1]]//[2]
Untuk mendengar lebih banyak irama nasyid yang berkaitan bolehlah melayari laman web: [12] atau [13].