Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Istilah falseto [fal-sé-to] (pinjaman bahasa Itali; falsetto terbitan falso), merujuk kepada tingkat suara (vocal register) yang memenuhi julat frekuensi di atas tingkat suara mod (modal voice register) dan juga yang bertindan dengannya oleh sekurang-kurangnya satu oktaf (octave). Corak suara ini terhasil dari getaran sudut–sudut ligamen sama ada pada keseluruhan atau sebahagian daripada pita suara (vocal cords). Walaupun istilah ini kerap digunakan untuk merujuk kepada satu-satu model tertentu dalam pengeluaran suara nyanyian, namun suara falseto juga berlaku di dalam percakapan dan juga sebagai salah satu daripada empat tingkat suara (vocal register) yang dikenal pasti di dalam patologi percakapan.

Ciri-ciri suara falseto adalah seperti nada siulan bercampur bunyi seruling dengan resonan semula jadi atau frekuensi getaran (overtones). Suara falseto adalah lebih terhad dalam variasi dinamik dan kualiti nada berbanding dengan suara modal (modal voice) dalam percakapan dan nyanyian. Daftar falseto boleh dihasilkan oleh lelaki dan wanita.[1]

Istilah falseto lebih kerap digunakan dalam konteks nyanyian untuk merujuk kepada teknik pemalsuan suara yang membolehkan para penyanyi menyanyikan not-not muzik yang melebihi julat suara normal. [2]

Proses fisiologi daftar falseto

sunting
 
Lipatan vokal (Vocal folds)
 
Glottis kitar, falseto

Perbezaan penting antara tingkat suara (modal register) atau suara biasa dan daftar falseto terletak pada penglibatan jumlah penggunaannya dan juga jenis pita suara (vocal cords). Dalam penggunaan falseto, hanya lipatan vokal (vocal folds) pada sudut ligamen sahaja yang membuat getaran. Namun badan utama lipatan vokal kebiasaannya tenang dan tidak bergetar. Dalam suara modal pula, pergerakan bergelombang melibatkan keseluruhan pita suara dengan pembukaan glotis di bahagian bawah dan kemudiannya di atas. [3] Apabila peralihan dari mod suara (modal voice) ke falseto terjadi, badan induk setiap kord vokal (vocal cords) atau otot thyroarytenoid meringankan tentangan dengan menarik otot-otot krikotiroid (cricothyroid) untuk memberi laluan kepada ligamen vokal (vocal ligament) untuk diunjurkan lebih jauh.[1]

Daftar falseto digunakan oleh penyanyi kauntertenor untuk menyanyikan nada alto atau sesekala untuk menyanyikan nada untuk lingkungan suara soprano. Ini kerap dibuat pada zaman dahulu ketika kaum wanita tidak dibenarkan menyanyi koir. Corak suara ini kerap digunakan di dalam koir-koir katedral untuk nyanyian nota alto.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b McKinney, James (1994). The Diagnosis and Correction of Vocal Faults. Genovex Music Group. ISBN 978-1565939400.
  2. ^ THE NEW GROVE Dictionary of MUSIC & MUSICIANS. Edited by Stanley Sadie, Volume 6. Edmund to Fryklund. ISBN 1-56159-174-2, Copyright Macmillan 1980.
  3. ^ Large, John (1972). "Towards an Integrated Physiologic-Acoustic Theory of Vocal Registers". The NATS Bulletin. 28: 30–35. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pembacaan lanjut

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

sunting

(Untuk pemahaman lanjut)

Pautan luar

sunting