Naguib Mahfouz (11 Disember 1911 – 20 Ogos 2006) ialah seorang novelis Mesir yang memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1988 . Beliau bersama dengan Tawfiq el-Hakim dianggap sebagai penulis Kesusasteraan Arab pertama yang meneroka tema eksistensialisme.

Naguib Mahfouz
نجيب محفوظ
Mahfouz tahun 1990-an
Mahfouz tahun 1990-an
Lahir(1911-12-11)11 Disember 1911
Kaherah, Mesir
Meninggal duniaOgos 30, 2006(2006-08-30) (umur 94)
Kaherah, Mesir
PekerjaanNovelist
Karya terkenalThe Cairo Trilogy
AnugerahHadiah Nobel dalam Kesusateraan (1988)

Biografi

sunting

Awal hidup

sunting

Naquib lahir dalam keluarga Islam kelas pertengahan di Gamaleyya, Kaherah. Mahfouz dinamakan sempena nama Profesor Naguib Pasha Mahfouz (1882 1974). Naquib Mahfouz merupakan anak bongsu dari 7 beradik - lima lelaki dan dua perempuan - dalam sebuah keluarga Islam warak.[1] Keluarga itu hidup di kejiranan el-Gamaleyya pada 1924 sebelum kemudian pindah ke el-Abbaseyya Kaherah; Di Gamaleyya lah kebanyakan latar belakang hasil tulisan beliau.

Bapanya, Mahfouz, seorang kakitangan awam. disifatkan sebagai berfikiran "lama", adalah seorang Pada zaman kanak-kanaknya , Naquib banyak membaca, malah beliau menerima didikan Islam secara tuntas.[1] Ibunya sering membawa dia ke kawasan-kawasan bersejarah Mesir sampailah sejauh Universiti al-Azhar, pengalaman ini kemudian menjadi satu tema utama dalam banyak karyanya.[1]

Revolusi Mesir 1919 memberi kesan kuat pada jiwa muda Mahfouz yang pada masa itu hanya berumur tujuh tahun; beliau sering terganggu memerhatikan pertembungan antara tentera penjajah British dengan para penunjuk perasaan tidak kira lelaki dan wanita dari rumahnya

Pendidikan, kerjaya awal sebagai pegawai

sunting

Selepas menyempurnakan pendidikan menengahnya, Naguib Mahfouz memasuki Universiti Raja Fouad I, kini dikenali sebagai Universiti Kaherah dalam jurusan falsafah. Pada 1936, dia menyambung pelajaran peringkat sarjana. Seterusnya dia memutuskan untuk menjadi penulis profesional. Naguib Mahfouz kemudiannya menjadi wartawan akhbar er-Risala, dan menyumbang artikel di el-Hilal dan Al-Ahram. Orang Mesir sangat meminati rencana beliau khususnya idea-idea sains dan sosialisme dalam 1930-an seperti tulisan Salama Moussa.

Naguib menjadi Menteri Agama di Mesir. Kemudian di Kementerian Kebudayaan dan dan membangunkan industri perfileman Mesir. Naguib meninggalkan jawatannya sebagai Pengarah Penapisan Filem .Dia menjadi editor untuk akhbar terkemuka Al-Ahram pada 1969 . Dia juga seorang ahli lembaga Dar el-Ma'aref, sebuah firma penerbitan. Kebanyakan novelnya telah disiarkan secara bersiri dalam el-Ahram, dan tulisannya juga muncul dalam ruangan mingguannya, "Sudut Pandangan".

1950-an: Penceburan penulisan

sunting

Tumpuan kerja beliau pada 1950-an adalah trilogi Ath-thalāthiyah; novel berketebalan 1,500 halaman ini dilatarkan di sekitar Kaherah di mana dia membesar mengisahkan perjalanan hidup el-Sayyed Ahmed Abdel Gawad dan keluarganya selama tiga generasi di Kaherah daripada Perang Dunia I hingga 1950-an apabila Raja Farouk digulingkan. Novelnya mengandungi kepelbagaian watak dan pengertian psikologi.Oleh itu hasil kerja beliau dikaitkan dengan penulis-penulis terkenal seumpama Balzac, Dickens, Tolstoy, dan Galsworthy.

Naguib Mahfouz berhenti menulis setelah menghabiskan trilogi, lagi-lagi kerana rasa kecewanya dengan rejim Presiden Gamel Abdel Nasser yang telah menjatuhkan pemerintahan beraja pada 1952. Namun itu (1959) dia kembali produktif dengan menghasilkan pelbagai novel, cerpen, kewartawanan, memoir, dan lakon layar.

1970-an

sunting

Mahfouz menyokong usaha Presiden Mesir Anwar Sadat untuk menjayakan Perjanjian Camp David dengan Israel pada 1978; pendirian ini menyebabkan buku-bukunya diharamkan di beberapa negara Arab.

1980-an

sunting

Selepas gemparnya berita bahawa Ayatollah Ruhollah Khomeini memberi fatwa hukuman mati ke atas Salman Rushdie kerana pengkaryaan novel The Satanic Verses yang dianggap "menghina" keutuhan sejarah Islam, Naguib segera mempertahankan Salman; meskipun Naguib sendiri tidak menyukai The Satanic Verses yang dianggapnya menghina Islam, beliau masih berpegang kepada pendapat seseorang pengkarya bebas meluahkan suara sendiri walaupun tidak selari dengan Rushdie. Naguib mengutuk tindakan Ayatollah tersebut yang dianggapnya sebagai 'pengganas'.[2] Dia juga menyertai 80 intelektual lain mengecam hukuman bunuh yang dikenakan terhadap penulis.[3] Kontroversi ini turut mendorong kembalinya tumpuan turut diialami novel Awlad Haretna. di mana suatu ancaman bunuh terhadap Mahfouz dikeluarkan oleh seorang syeikh buta, bernama Omar Abdul-Rahman. Sejak itu Naguib diberi perlindungan polis.

Pada tahun 1988, Mahfouz dianugerah Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan setaraf dengan Bertrand Russell dan Halldor Laxness. Tokoh ini sesatunya penulis Arab yang berjaya mendapat anugerah seperti itu; pada ketika ini juga semua karya-karya yang pernah diharamkan di seberapa negara Arab dapat diedarkan semula.

Pada 1994, pelampau Islam hampir berjaya membunuh novelis berumur 82 tahun ini dengan menikam leher ketika beliau berada di luar rumah di Kaherah. Dia terselamat tetapi saraf-saraf tangan kanannya terjejas teruk - hal ini menyebabkan beliau sukar memegang sebatang pen atau sebatang pensel lalu Naguib tidak mampu lagi menulis lama-lama, sebaliknya dengan bantuan seorang penulis dilatihnya bernama Ahmad Kamal Aboul-Magd. Diaturut hidup dengan dikawal pengawal peribadi setiap masa.

Senja usia

sunting

Walaupu hampir buta di saat-saat tuanya dia terus juga menulis. Dia mengidap ulser berdarah, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung.

Pada Julai 2006, Mahfouz cedera di kepala setelah terjatuh, beliau meninggal dunia akibat komplikasi yang terbawa dari kecederaan ini pada 30 Ogos 2006 di Hospital Kaherah. Mahfouz diberi pengkebumian negara dengan iringan tentera pada 31 Ogos 2006 di Kaherah. Jenazahnya dikebumikan di perkarangan Masjid el-Rashdan pinggir kota tersebut.

Gaya penulisan

sunting

Kebanyakan karya Mahfouz bermula di el-Gamaleyya. Abath Al-Aqdar (Cemuhan Takdir - Mockery of the Fates) (1939), Radubis (1943), dan Kifah Tibah (The Struggle of Tyba - Perjuangan Bagi Tyba) (1944), merupakan novel sejarah dan belum disiapkan sepenuhnya.Dia mendapat inspirasi dari Walter Scott (1771 1832) untuk menulis sejarah lengkap Mesir dalam satu siri buku. Bagaimanapun, siri ketiga novel Mahfouz terarah kepada cerita masyarakat marhaen.

Novel 1960-an dan 1970-an banyak mengunakan monolog dalaman.Dalam novel Miramar (1967), dia menggunakan teknik penceritaan berbilang melalui dari sudut pandang seorang Sosialis dan pandangan penyokong Gamal Abdel Nasser yang mementingkan diri.

Arabian Nights and Days (1981 dan The Journey of Ibn Fatouma (1983) , Naguib menjadikan penceritaan bahasa Arab klasik sebagai subteks. Novel Akhenaten dan Dweller in Truth (1985) memaparkan konflik antara kpercayaan lama dan kepercayaan baru.

Kebanyakan novel beliau ditulis secara bersiri, termasuk Children of Gebelawi dan Midaq Alley (Lorong Midaq ). Novel ini telah diadaptasi oleh penerbit filem Mexico dan dilakonkan leh Salma Hayek (El callejón de los milagros) .Di Malaysia, sasterawan negara Abdullah Hussain telah menterjemahkan novel Midaq Alley kepada Lorong Midaq.

Mahfouz memaparkan pembangunan negara Merir abad 20. Dia menggabungkan pengaruh kebudayaan Barat dan Timur; antaranya ialah kisah detektif barat, klasik Rusia, dan penulis-penulis modenis seperti Marcel Proust, Franz Kafka dan James Joyce.

Naguib sangat menyokong semangat nasionalisme Mesir dalam kebanyakan karyanya.Semua itu ditonjolkan pada sebelum Perang Dunia II dan era Parti Wafd. Dia juga tertarik dengan fahaman sosialis dan demokratik pada zaman belianya.Aliran sosialis amat jelas dalam novel Al-Khalili dan New Cairo.

Naguib menyenangi aliran sosialisme dan demokrasi dan membenci ekstremisme Islam dan radikal Islam di Mesir. Dia mengenali Sayyid Qutb semasa muda belia. Dia mengkritik fundamentalisme Islam.Sayyid Qutb adalah pembina aliran persaudaraan Islam. Sayyid Qutb telah mengenali bakat penulisan Mahfouz pada 1940-an. Naguib Mahfouz melawat Qutb ketika terlantar di hospital iaitu pada 1960-an iaitu di akhir hayat Qutb.Dalam novel semi autobiografi bertajuk 'Mirror' , Naguib menggambarkan wajah Sayyid Qutb dari sudut negatif.

Dia sangat kecewa dengan Revolusi 1952 dan kekalahan Mesir Perang Enam Hari 1967. Dia menentang revolusi 1957 kerana bertentangan dengan prinsip hidup beliau.

Senarai karya

sunting

Beliau berhasil menulis 34 buah novel, lebih 350 cerpen, berdozen skrip filem dan lima drama. Kebanyakan hasil karyanya telah difilemkan.

Cerita pendek

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Rasheed El-Enany (25 June 1993). Naguib Mahfouz: The Pursuit of Meaning. Psychology Press. ISBN 978-0-415-07395-0. Dicapai pada 25 September 2012.
  2. ^ Deseret Morning News editorial (7 September 2006). "The legacy of a laureate". Deseret News. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2009. Dicapai pada 2007-09-20.
  3. ^ Le Monde, 8 March 1989

Pautan luar

sunting