Mus'ab ibn Umair (Arab: مصعب بن عمير), juga dikenali sebagai Mus'ab al-Khair ("Mus'ab yang baik")[1] merupakan seorang pemuda yang berasal dari golongan bangsawan Makkah. Ibunya bernama Khunnas binti Malik.

Kehidupan

sunting

Sebelum memeluk Islam, Mus'ab merupakan golongan cendekiawan Makkah dan sering dijemput ke mesyuarat para pemimpin Makkah yang ketika itu dihadiri oleh Abu Jahal, Abu Sufyan ibn Harb dan para bangsawan yang lain. Selepas memeluk Islam melalui Arqam ibn Abi Al-Arqam, Mus'ab kemudiannya bertukar watak menjadi zuhud dan warak.[2] Antara dugaan beliau adalah mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri sehinggakan beliau dikurung di dalam rumah dan dijaga oleh pengawal.[3] Bagi mengelakkan seksaan, Mus'ab berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali.

Jasa dan sumbangannya

sunting

Mus'ab merupakan perintis kepada para sahabat yang lain dalam proses pemelukan Islam di Madinah. Ramai di antaranya seperti Muaz ibn Jabal, Sa'ad ibn Muaz, Sa'ad ibn Ubadah, Usaid ibn Hudhair, Thabit ibn Qais, tiga orang anak lelaki Amru ibn Jamuh dan ramai lagi memeluk Islam atas usaha beliau.[4] Mus'ab juga terlibat dalam Perang Badar dan Perang Uhud.[5] Dalam Perang Uhud, Mus'ab dipertanggungjawabkan untuk memegang panji-panji Islam.[5] Dalam peperangan tersebut, beliau mati syahid.[6]

Rujukan

sunting
  1. ^ IslamKotob. Companions of the Prophet. Islamic Books. Dicapai pada 7 August 2012.
  2. ^ Dr. Ali Muhammad As Sallaabee (2005). The Noble Life of the Prophet (Vol. 1-3) Volume 1 of The Noble Life of the Prophet. Darussalam, 2005. m/s. 175-. ISBN 9789960967875. Dicapai pada 8 Ogos 2012.
  3. ^ Ariel Merari (2010). Driven to Death: Psychological and Social Aspects of Suicide Terrorism. Oxford University Press, 2010. m/s. 96-. ISBN 9780195181029. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  4. ^ Muhammad Husayn Haykal, Islamic Book Trust (1994). The Life of Muḥammad. The Other Press, 1994. m/s. 186-. ISBN 9789839154177. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  5. ^ a b Muhammad Saed Abdul-Rahman (2009). The Meaning and Explanation of the Glorious Qur'an (Vol. 2) 2nd Edition. MSA Publication Limited, 2009. m/s. 69-. ISBN 9781861796448. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  6. ^ Jean-Pierre Filiu, M. B. DeBevoise (2011). Apocalypse in Islam University of California Press. University of California Press, 2011. m/s. 186-. ISBN 9780520264311. Dicapai pada 11 Ogos 2012.

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.