Muaz ibn Jabal
Mu'az ibn Jabal adalah sahabat nabi yang berbai'at kepada Rasulullah sejak pertama kali. Beliau juga termasuk sebagai salah seorang daripada sahabat Nabi yang pertama kali masuk Islam (Assabiqunal Awwalun). Berasal dari [Yathrib] Madinah.
Atas usaha [Mus'ab ibn Umair], Muaz memeluk Islam sebelum peristiwa hijrah. Beliau memiliki wajah yang tampan, matanya hitam dan berambut kerinting. Di kalangan para penduduk [Yathrib], Muaz merupakan seorang pemuda yang bijak.
(Kelebihan) Mu'az terkenal sebagai cendekiawan dengan wawasannya yang luas dan pemahaman yang mendalam dalam ilmu [fiqh], dan bahkan Rasulullah menyebutnya sebagai sahabat yang paling mengerti yang mana yang halal dan yang haram. Mu'az juga merupakan duta besar Islam yang pertama kali yang dikirim Rasulullah. [Hadith] baginda mengenai kelebihan Muaz;
"Orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalah Muaz ibn Jabal"
Jasa dan Perjuangannya
suntingPada peringkat awalnya, Muaz dilantik sebagai pegawai [Baitulmal] dalam menjalankan kerja-kerja membahagikan zakat dan barang keperluan asas di [Madinah]. Selepas itu, Umar melantik beliau sebagai pasukan bantuan untuk membantu tentera Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.
Kemudian, akibat jangkitan wabak taun, beliau wafat selepas menggantikan [Abu Ubaidah Al-Jarrah] yang juga maut akibat wabak tersebut. Ketika itu, tentera [Islam] sedang berkhemah di sekitar [Amawas]. Selepas itu jawatannya disandang oleh [Amru Al-Ash].