Mudi
Mudi[a] ialah satu baka anjing gembala dari Hungary. Ia berkait rapat dengan puli dan pumi, yang daripadanya ia terpisah pada tahun 1930-an. Ia terus digunakan dalam penggembalaan, serta penyertaan dalam pelbagai sukan anjing.
Negara asal | Hungary | ||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingMudi pertama kali ditemukan sebagai baka pada tahun 1936 oleh Dr. Dezso Fenyes di Hungary. Di sana, ia dikenali sebagai "anjing penggiring". Mudi hampir lenyap sejurus selepas pengiktirafannya kerana banyak yang terbunuh semasa Perang Dunia Kedua. Baka ini kemudian diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1966. Pada 5 Januari 2022, mudi telah diiktiraf oleh AKC sebagai baka tulen.
Perihal
suntingMudi ialah baka bertenaga tinggi dan cenderung untuik berjaya dalam penggembalaan dan ketangkasan. Mudi mempunyai jangka hayat 12–14 tahun dengan penjagaan betul. Mudi dewasa adalah setinggi 14–18 in (36–46 cm) dan biasanya seberat 18–29 lb (8.2–13.2 kg).[1]
Penampilan
suntingMudi mempunyai lapis bulu sederhana panjang dan jenis lapis bulu keriting. Mudi lahir dengan ekor dengan panjang berlainan daripada ekor kontot hingga ekor panjang penuh. Anjing yang lahir dengan ekor pendek atau ekor kontot semula jadi bakal ditandai dalam pedigri FCI.
Senaman dan kegiatan
suntingMudi ialah baka sangat aktif. Ia perlu dibawa untuk berjalan setiap hari, sama ada lama-lama, cepat-cepat, atau berjoging. Sebagai tambahan, ia mendapat manfaat daripada kawasan besar selamat supaya ia dapat bebas berlari. Ia memerlukan banyak larian dan senaman lain untuk kekal berada dalam keadaan baik. Ia suka bermain dan cemerlang dalam semua jenis sukan anjing seperti frisbee. Mudi dapat bersaing dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, rally obedience, schutzhund, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Mudi yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[2]
Lihat juga
suntingCatatan
suntingRujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mudi. |
- ^ "Mudi Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Mudi]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Januari 2024.
- ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 81. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.