Jakarta Eco Transport Monorail atau Monorel Jakarta (bahasa Inggeris: Jakarta Monorail) ialah projek rangkaian monorel yang telah dibatalkan di Jakarta, ibu negara bagi Indonesia. Jika ia tidak dibatalkan, ia akan mempunyai dua laluan perkhidmatan dan memiliki panjang 29 km (18 bt).[1][2]

Jakarta Eco Transport Monorail
(JET Monorail)
Tiang monorel yang dibiarkan
Umum
PemilikDKI Jakarta
LokasiJakarta, Indonesia
Jenis transit
Monorel
Jumlah laluan/aliran
2 (perancangan)
Jumlah stesen
27 (perancangan)
Ibu pejabat
Jakarta Selatan, DKI Jakarta
Laman sesawang
http://jakartamonorail.com
Operasi
PengendaliPT. Jakarta Monorail
Jumlah kenderaan
10 & 18 pertren
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Projek ini mempunyai sejarah yang kacau-bilau. Pertama kali dianugerahkan pada tahun 2003, kontrak menukar pemilik tiga kali pada tahun 2005, sebelum ditinggalkan dengan beberapa tiang yang dibina pada tahun 2008. Projek ini dihidupkan semula pada bulan Februari 2013,[3] tetapi dibatalkan lagi pada tahun 2015 kerana masalah kewangan dan pertikaian undang-undang.[4] Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau dikenali sebagai "Ahok" mengesahkan pada bulan September 2015 bahawa projek Jakarta Monorail tidak akan dilanjutkan.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Ahok confirms cancellation of monorail project". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). Jakarta. 10 September 2015. Dicapai pada 21 September 2015.
  2. ^ "Pembangunan Monorel Dilanjutkan, Mohon Bersabar..." (dalam bahasa Indonesia). Kompas. 16 Oktober 2013.
  3. ^ "Abandoned monorail plan to be revived". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 18 Februari 2010.
  4. ^ "Editorial: Monorail fate", The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris), 2008-03-15, diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-07, dicapai pada 2010-07-10

Pautan luar

sunting