Basuki Tjahaja Purnama

Ir. Basuki Tjahaja Purnama, MM, atau nama Cina Tjung Wan Hok (Zhong Wan Xue, lahir 29 Jun 1966), lebih dikenali dengan panggilan Hakka Ahok (Cina tradisional: 阿學) atau initial BTP, merupakan ahli politik Indonesia, usahawan, dan Timbalan Gabenor DKI Jakarta dari 15 Oktober 2012 hingga 19 Oktober 2014 membantu Gabenor dan Presiden Joko Widodo, rakannya sendiri. Selepas Jokowi diangkat menjadi Presiden Indonesia pada 20 Oktober 2014, Basuki menjadi Gabenor DKI Jakarta hingga 2017. Basuki lalu menjadi Presiden Pesuruhjaya Pertamina mulai November 2019.[1]

Basuki Tjahaja Purnama
Presiden Pesuruhjaya Pertamina
Menyandang jawatan
25 November 2019
PresidenJoko Widodo
Naib PresidenMa'ruf Amin
TimbalanBudi Gunadi Sadikin
Didahului olehTanri Abeng
Gabernor DKI Jakarta
Dalam jawatan
16 Oktober 2014[a] – 9 Mei 2017
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Joko Widodo
Didahului olehJoko Widodo
Digantikan olehDjarot Saiful Hidayat
Timbalan Gabernor DKI Jakarta
Dalam jawatan
15 Oktober 2012 – 16 Oktober 2014
GabenorJoko Widodo
Didahului olehPrijanto
Digantikan olehDjarot Saiful Hidayat
Bupati Belitung Timur
Dalam jawatan
3 Ogos 2005 – 22 Disember 2006
TimbalanKhairul Efendi
Didahului olehUsman Saleh
Digantikan olehKhairul Efendi
Ahli Dewan Perwakilan Rakyat
Dalam jawatan
1 Oktober 2009 – 26 April 2012
Kawasan pilihan rayaBangka Belitung
Maklumat peribadi
Lahir (1966-06-29) 29 Jun 1966 (umur 58)
Manggar, Bangka Belitung, Indonesia
Parti politikPPIB (2003 - 2007), Golkar (2008 - 2012), Gerindra (2012 - 2014), PDIP (2019 - sekarang)
PasanganVeronica Tan, Puput Nastiti Devi
PertalianIndra Tjahaja Purnama (bapa) (1943 - 1997)
Buniarti Ningsih (ibu) (l. 1946)
AnakNicholas
Nathania
Daud Albeenner
Tempat belajarUniversiti Trisakti
STIE Prasetiya Mulya
PekerjaanAhli politik, Usahawan
TandatanganTandatangan
Laman webwww.ahok.org

Ahok merupakan anggota Pesuruhjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (2009 - 2014) dari Parti Golkar namun mengundurkan diri selepas dicalonkan sebagai Timbalan Gabenor DKI Jakarta untuk Pemilihan 2012. Beliau pernah menjadi Bupati Belitung Timur dari 2005 hingga 2006. Ahok dari etnik China pertama yang menjadi Bupati Kabupaten Belitung Timur.

Pada tahun 2012, bersama Joko Widodo bertanding jawatan Datuk Bandar kota Solo. Basuki Tjahaja Purnama ialah saudara kandung dari Basuri Tjahaja Purnama atau Yuyuk, Bupati Kabupaten Belitung Timur (Beltim) (2010 - 2015). Kedua-dua mereka memenangi pemilihan Gabenor Jakarta 2012 dengan 53,82% undi. Pasangan ini dicalonkan oleh Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra). Saat ini beliau menjabat Presiden Pesuruhjaya untuk Pertamina.

Kehidupan awal

sunting

Basuki Tjahaja Purnama ialah anak sulung Alm. Indra Tjahaja Purnama (Tjung Kim Nam, 1943 - 1997) dan Buniarti Ningsih (Bun Nen Caw, lahir 1946). Beliau dilahirkan di Belitung Timur, Bangka Belitung pada 29 Jun 1966. Ahok / Basuki memiliki tiga orang adik, iaitu Basuri Tjahaja Purnama / Jujuk (doktor PNS dan Bupati di Kabupaten Belitung Timur), Fifi Lety Indra (peguam), Harry Basuki (perunding pelancongan dan perhotelan). Keluarganya berketurunan Belitung dan Cina-Indonesia dari suku Hakka.[2][3]

Basuki Tjahaja Purnama dibesarkan di Desa Gantung, Kecamatan Gantung, Kabupaten Belitung Timur. Setelah tamat sekolah menengah pertama, dia sambung belajar di Jakarta. Basuki berkahwin dengan Veronica, kelahiran Medan, Sumatera Utara dan mempunyai 3 anak iaitu Nicholas Sean Tjahaja Purnama, Nathania, dan Daud Albeenner.[4]

Pendidikan

sunting

Selepas tamat pendidikan sekolah menengah atas, Basuki belajar jurusan Teknik Geologi di Universitas Trisakti dan berjaya menjadi jurutera (1990). Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Sekolah Tinggi Manajemen Prasetiya Mulya (1994).

Kerjaya

sunting

Pada tahun 1992, beliau menjadi Pengarah syarikat PT Nurindra Ekapersada sebelum membangunkan kilang Gravel Pack Sand (GPS) pada 1995. Pada tahun yang sama, beliau berhenti bekerja di PT Simaxindo Primadaya lalu menubuhkan kilang di Dusun Burung Mandi, Desa Mengkubang, Kecamatan Manggar, Belitung Timur. Kilang pasir kuarsa ini adalah pertama dibangun di Pulau Belitung menggunakan teknologi Amerika Syarikat dan Jerman.

Pada tahun 2004, pelabur Korea Selatan menubuhkan kilang bijih timah Tin Smelter di KIAK.

Penghargaan

sunting

Basuki Tjahaja Purnama dianugerahkan Tokoh Anti Rasuah dari Gerakan Tiga Pilar Kemitraan, yang terdiri dari Masyarakat Transparansi Indonesia, KADIN dan Kementerian Negara Pemberdayaan Aparatur Negara, pada 1 Februari 2007. Beliau juga ialah salah seorang dari 10 tokoh yang mengubah Indonesia, yang dipilih oleh majalah Tempo. Seterusnya Anugerah Seputar Indonesia (ASI) 2013 sebagai Tokoh Kontroversi.

Catatan

sunting
  1. ^ Pemangku: 1 Jun - 22 Julai 2014 dan 16 Oktober - 19 November 2014

Rujukan

sunting
  1. ^ "Jokowi, Ahok take a Kopaja to KPUD". The Jakarta Post. March 19, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-21. Dicapai pada 20 March 2012.
  2. ^ Puspita, Sherly (8 September 2017). "Surat Cinta Ahok untuk Veronica di Ulang Tahun Pernikahan ke-20... - Kompas.com". KOMPAS (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 4 April 2018.
  3. ^ "Nicolas Sean, Anak Ahok yang Hobi Ngegame". detikinet. Dicapai pada 15 December 2015.
  4. ^ "Court grants Ahok divorce petition, custody of children". The Jakarta Post (dalam bahasa Inggeris). 4 April 2018. Dicapai pada 4 April 2018.

Pautan luar

sunting
Jawatan politik
Didahului oleh
Joko Widodo
Gabenor DKI Jakarta
2014 - 2017
Diikuti oleh:
Djarot Saiful Hidayat
Didahului oleh
Prijanto
Wakil Gabenor DKI Jakarta
2012 - 2014