Mom at Sixteen
Mom at Sixteen merupakan filem 2005 yang berkisarkan ibu berusia enam belas tahun, menghadapi masalah di sekolah dan hubungannya dengan ibunya sendiri kerana hubungannya dengan seorang lelaki sebelum kelahiran Charley.
Mom at Sixteen | |
---|---|
Pengarah | Peter Werner |
Penulis | Nancey Silvers |
Sinematografi | Neil Roach |
Disunting oleh | Tod Feuerman |
Muzik oleh | Richard Marvin |
Tarikh tayangan | Mac 2005 8 September 2005 14 Oktober 2005 |
Masa tayangan | 86 Min |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Plot
suntingJacey Jeffries, (Danielle Panabaker), merupakan seorang pelajar sekolah tinggi yang berusia 16 tahun telah menjadi seorang ibu atas kesilapannya bersama teman lelakinya, Brad (Tyler Hynes) sehingga melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Charley. Pada mulanya, Jacey bersetuju untuk menyerahkan bayinya kepada sepasang suami isteri tetapi menarik semula keputusannya setelah Charley dilahirkan. Ibunya, Terry (Mercedes Ruehl) bersetuju untuk menjaga Charley dengan syarat Jacey menghabiskan persekolahannya dan menjalani hidup seperti remaja lain.
Jacey kembali ke sekolah seperti biasa. Guru kesihatan beliau, Donna Cooper (Jane Krakowski) cuba untuk mendekati pelajar untuk menghindarkan para pelajarnya dari gelajar tidak sihat, termasuklah Jacey. Suami guru tersebut, Bob (Colin Ferguson) merupakan seorang pelatih renang telah memujuk Jacey untuk menyertai pasukan renang. Donna dan Bob tidak dikurniakan anak. Suatu hari, setelah tamat latihan, Jacey rebah kerana telah mengambil sebiji pil yang dicuri dari ibunya. Di hospital, Donna melihat Jacey mendukung Charley dan lantas Donna memaksa Jacey untuk mengakui bahawa Cahrley adalah anaknya tetapi Jacey tetap dengan penafiannya. Di sekolah, berita mengenai Jasey mempunyai anak telah tersebar luas. Para pelajar percaya bahawa Jacey adalah ibu kandung kepada Charley walaupun telah dinafikan sendiri oleh Jasey.
Bapa kepada Charley, Brad masih tidak mengetahui kewujudkan Charley. Jasey cuba untuk memberitahu melalui panggilan telefon tetapi Jasey menjadi gemuruh apabila mendengar suara Brad. Jacey hanya memberitahu Brad setelah bertemu dengan Brad di sekolah Brad. Mereka menghabiskan masa seharian sebelum menyatakan mengapa dia mendiamkan diri selama lapan bulan tanpa berita. Brad yang mendapat berita mengenai kehadiran Charley, tidak dapat menerima dan meninggalkan Jacey. Beberapa minggu kemudian, Brad muncul di rumah Jacey dan memberitahu bahawa dia akan cuba melakukan yang terbaik untuk mereka bertiga. Walau bagaimanapun, ketika Jacey membuat lawatan mengejut di sekolah Brad, Jacey mendapati Brad bersama seorang wanita lain dan janjinya dahulu adalah tiada makna.
Di sekolah, Jacey memberi ucapan mengenai kehamilan dan seks ketika remaja dengan menggunakan contoh dari teman-teman yang dijumpainya di perjumpaan ibu muda. Setelah majlis itu berlangsung, Donna mendapat panggilan mengenai terdapat bayi yang sedia untuk diserahkan kepadanya sebagai anak angkat. Dengan rasa yang teruja, Donna dan Bob pergi ke pusat untuk pengambilan anak anak dan mendapati Jacey bersama Charley dan ibunya berada di situ. Jacey mengambil keputusan untuk menyerahkan Charley kepada Donna dan Bob.
Jacey muncul di akhir cerita iaitu ketika Charley berusia lima tahun dan hari pertama ke tadika. Charley tidak dirahsiakan hal siapakah ibu kandungnya dan turut ditayangkan adalah bayi perempuan Donna dan Bob.
Pelakon
sunting- Danielle Panabaker .... Jacey Jeffries
- Jane Krakowski .... Donna Cooper
- Clare Stone .... Macy
- Tyler Hynes.... Brad
- Colin Ferguson .... Bob
- Mercedes Ruehl .... Terry Jeffries
- Hollis McLaren .... Marlene
- Rejean Cournoyer .... Mr. Cheevers (sebagai Rejean J. Cournoyer)
- Dawn McKelvie Cyr .... Gretchen (sebagai Dawn Cyr)
- Megan Edwards .... Linda
- Matthew MacCaull .... Dr. Hughes
- Sabrina Jalees .... Sarah
- Deborah Allen .... Pauline
- Anastasia Hill .... Trea
- Leah Fassett .... Gena