Mohd Ghazali Abdul Rahman
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan biografi rencana Wikipedia. (Jun 2023) |
Allahyarham Dato' Mohd Ghazali bin Abdul Rahman ialah bekas ahli akademik Malaysia.
Mohd Ghazali bin Abdul Rahman PhD | |
---|---|
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia | |
Dalam jawatan 1983–1993 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Stephen Yong Kuet Tze (1983-1990) Law Hieng Ding (1990-1993) |
Pengarah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia | |
Dalam jawatan 1982–1983 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Stephen Yong Kuet Tze (1982-1983) |
Digantikan oleh | Dijenamakan sebagai Agensi Nuklear Malaysia |
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pentadbiran, UKM | |
Dalam jawatan 1981–1982 | |
Dalam jawatan 1978–1980 | |
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UKM | |
Dalam jawatan 1975–1978 | |
Pemangku Naib Canselor, UKM | |
Dalam jawatan 1980–1981 | |
Didahului oleh | Anuwar Mahmud |
Digantikan oleh | Awang Had Salleh |
Dalam jawatan 1974–1975 | |
Didahului oleh | Ariffin Ngah Marzuki |
Digantikan oleh | Anuwar Mahmud |
Dekan Fakulti Sains, UKM | |
Dalam jawatan 1970–1974 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 16 Mei 1938 Tanjong Malim, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 25 Mei 2007 (69 tahun) |
Pasangan | Sharifah Mariam Syed Mansor |
Tempat belajar | University of Western Australia (BSc & PhD) |
Pekerjaan | Ahli akademik |
Lata Belakang
suntingMohd Ghazali bin Abdul Rahman dilahirkan pada 16 Mei 1938 di Tanjong Malim, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda di University of Western Australia pada tahun 1963. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Mariam Syed Mansor. Anak pertama mereka, Abdul Rahman dilahirkan di Australia pada tahun 1964.
Beliau berjaya menamatkan Ijazah Kedoktorannya dalam bidang Biokimia di University of Western Australia juga pada tahun 1967. Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.
Kerjaya
suntingUniversiti Malaya
suntingBeliau berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, UM dari tahun 1967 hingga 1970.
Universiti Kebangsaan Malaysia
suntingBeliau kemudian berkhidmat di UKM yang baru ditubuhkan. Beliau adalah Dekan Pertama Fakulti Sains di UKM. Beliau juga yang pertama kali memperkenalkan Program Matrikulasi UKM yang kini dikenali sebagai Pusat Asasi Pintar, UKM.
Beliau memangku jawatan Naib Canselor UKM selama 1 tahun (1974-1975) setelah Profesor Dato' Ariffin Ngah Marzuki tamat perkhidmatan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP). Beliau adalah TNC HEP pertama di UKM setelah penggubalan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Kemudian, beliau dinaikkan pangkat ke Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa dari tahun 1978 hingga 1980.
Pada tahun 1980, beliau kembali memangku jawatan sebagai Naib Canselor UKM sekali lagi selama setahun menggantikan Profesor Anuwar Mahmud. Profesor Awang Had Salleh menggantikan beliau sebagai Naib Canselor UKM. Beliau kembali berkhidmat sebagai TNC Akademik dan Pentadbiran sehingga tahun 1982.
PUSPATI, UTN & MINT
suntingBeliau berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail yang berada di bawah Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia. PUSPATI berpusat di Bangi, Selangor berhadapan dengan UKM Bangi.
Pada tahun 1983, PUSPATI dijenamakan sebagai Unit Tenaga Nuklear (UTN). Tahun 1990, UTN dijenamakan sekali lagi ke Malaysian Institute for Nuclear Agency (MINT). Beliau kekal sebagai Ketua Pengarah PUSPATI dan kemudian UTN ke MINT sehingga tahun 1993.
MINT dijenamakan sekali lagi pada tahun 2006 kepada Agensi Nuklear Malaysia.