Agensi Nuklear Malaysia

Pusat penyelidikan di Malaysia

Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), adalah organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama dalam bidang sains dan teknologi nuklear di Malaysia yang terus memainkan peranan aktif dan menyumbang kepada pelaksanaan dan pencapaian dasar-dasar sains dan teknologi kebangsaan, bagi memastikan agensi ini kekal relevan. Melalui kematangan agensi lebih daripada tiga dekad, Nuklear Malaysia telah mampu menghadapi cabaran dan menguruskan perubahan dengan efisien. Selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa, pelan tindakan strategik dan pelaksanaan telah dibangunkan untuk memenuhi misi yang ditetapkan. Nuklear Malaysia memberi penekanan kepada usaha membangunkan potensi modal insan dan juga memastikan semua aktiviti sesuai dengan aliran perdana sains dan kepentingan negara ini.

Agensi Nuklear Malaysia
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1972; 52 tahun yang lalu (1972)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAgensi Nuklear Malaysia, Bangi, 43000 Kajang
Agensi induk
Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Laman sesawang
www.nuclearmalaysia.gov.my

Perubahan nama daripada Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) kepada Agensi Nuklear Malaysia, dan penyusunan semula organisasi telah membolehkan agensi untuk menyelaraskan semula fungsi dan aktivitinya. Hasil transformasi ini, Nuklear Malaysia kini mempunyai empat program iaitu program penyelidikan dan pembangunan teknologi, program perkhidmatan teknikal, program pengkomersialan dan perancangan teknologi dan program perkhidmatan pengurusan. Penyusunan program ini membantu Nuklear Malaysia untuk memberi tumpuan dalam aktiviti terasnya, serta bersedia menjadi agensi sokongan teknikal jika negara berhasrat menggunakan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber penjanaan elektrik untuk negara.

Perancangan dan Pembangunan Teknologi

Dalam merealisasikan potensi S&T sebagai agen untuk pembangunan ekonomi yang baharu untuk negara, terutamanya dalam menghadapi pasaran yang kompetitif global, Nuklear Malaysia telah menumpukan aktiviti R&D kepada enam bidang keutamaan, bahan termaju, pembuatan termaju, bioteknologi, ICT, alternatif maju tenaga dan nanoteknologi. Melalui ciri-ciri pelbagai disiplin, teknologi nuklear mempunyai keupayaan untuk menawarkan penyelesaian teknikal bagi masalah teknikal yang timbul.

Projek R&D yang berorientasikan pasaran bagi menghasilkan produk yang baik adalah untuk menjana ekonomi melalui aktiviti hiliran (downstream). Pelaksanaan projek R&D dipantau dan dianalisis secara berkala untuk memastikan ianya berada di landasan yang betul dan memenuhi sasaran tempoh masa yang ditetapkan. Untuk mengukuhkan pelaksanaan projek dan mengoptimumkan perkongsian sumber, beberapa projek berkaitan telah disatukan ke dalam beberapa projek utama, yang memberi kesan sosioekonomi yang lebih menguntungkan. Dalam hal ini, selain menjalankan penyelidikan bersama secara dalaman melalui sistem matriks, penyelidikan juga dijalankan melalui kerjasama dengan organisasi penyelidikan yang lain.

Kerjasama penyelidikan dengan rakan kongsi industri juga telah dipertingkatkan untuk menghasilkan produk penyelidikan yang memberi manfaat secara langsung kepada pengguna akhir. Oleh itu, usaha telah dibuat untuk memastikan hasil penyelidikan dapat dikomersialkan melalui pemindahan teknologi dan pelesenan.

Teknologi Pengkomersialan

Usaha telah dilaksanakan untuk mengkomersilkan hasil penyelidikan yang mempunyai potensi nilai pasaran. Selain dari pengenalan perkongsian perniagaan, inisiatif lain telah dilaksanakan dengan mempromosikan produk melalui penyertaan dalam pameran teknologi dan pameran umum. Nuklear Malaysia juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan pameran dan inovasi, dan peluang ini telah digunakan untuk membangunkan rangkaian kerjasama. Dalam kes ini, aktiviti-aktiviti promosi dalam kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) telah diberi perhatian khusus selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan IKS sebagai industri teknologi tinggi yang mampan diri. Beberapa kerjasama telah dimeterai dengan IKS yang terpilih untuk mendapatkan sumber pembiayaan bagi menjalankan aktiviti komersial. Usaha untuk membangunkan teknologi keusahawanan tidak hanya terhad kepada syarikat, tetapi juga kepada warga Nuklear Malaysia, yang juga turut diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam latihan itu. Sebagai contoh, Forum Eksekutif diadakan di Nuklear Malaysia, telah menjemput tokoh perniagaan yang terkenal untuk menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan dunia perniagaan dan menggalakkan minat tekno keusahawanan.

Sejarah

sunting

Sejarah Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) bermula pada 11 November 1971 apabila satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Aplikasi Tenaga Nuklear (CRANE) ditubuhkan, bagi mengkaji kemungkinan Malaysia menceburi bidang teknologi Nuklear. Usul ini telah diterima dan diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 September 1972 yang menyokong cadangan terhadap keperluan Malaysia menubuhkan pusat penggunaan dan penyelidikan teknologi nuklear. Pada Ogos 1973, Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara mencadangkan untuk menamakan pusat ini sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI) dan telah diiktiraf sebagai pusat kebangsaan. PUSPATI telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam sekitar (MOSTE). Tahun 1983 merupakan detik penting bagi agensi apabila diberikan identiti baru iaitu Unit Tenaga Nuklear (UTN).

Serentak dengan itu, UTN telah dipindahkan dari MOSTE ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ini memberi impak yang besar kepada peranan agensi kerana buat pertama kalinya aktiviti nuklear yang melibatkan perancangan polisi negara dan kegiatan operasi nuklear disatukan di bawah naungan JPM. Namun pada 27 Oktober 1990, UTN telah dipindahkan semula ke MOSTE. Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 10 Ogos 1994, telah meluluskan pertukaran nama UTN kepada Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Logo baru juga telah diperkenalkan pada 22 Oktober 2009 ketika Hari Pelanggan MINT, yang juga julung kali diadakan. Bagi memberi arah hala yang lebih jelas, isi MINT diperkemas kepada mempertingkat pembangunan dan daya saing ekonomi Negara melalui kecemerlangan dalam teknologi nuklear. Pada 13 April 2005 sekali lagi agensi mengalami perubahan entiti apabila digazet dengan nama baru iaitu Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Kini Agensi Nuklear Malaysia terus melebarkan sayap dalam mengembangkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi bagi menyokong aspirasi negara.

Visi dan misi

sunting

VISI: Sains dan teknologi nuklear untuk penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dan negara.

MISI: Meneraju kecemerlangan dalam penyelidikan dan penggunaan teknologi nuklear untuk pembangunan lestari

OBJEKTIF:

  • Menjana produk dan teknologi baru melalu penyelidikan dan inovasi berdasarkan agenda pembangunan negara
  • Mencapai pendapatan minimum 30% dari bajet mengurus tahunan menerusi pemindahan dan pengkomersialan teknologi
  • Meningkatkan kecemerlangan organisasi melalui perancangan dan pengurusan berkualiti

Fungsi Organisasi

sunting

Agensi Nuklear Malaysia bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi yang telah termaktub dalam punca kuasa seperti berikut, iaitu: • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), khidmat dan latihan dalam bidang teknologi nuklear bagi pembangunan negara; • Menggalakkan penggunaan, pemindahan dan pengkomersialan teknologi nuklear; • Menyelaraskan dan menguruskan hal ehwal nuklear di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai agensi penghubung bagi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) • Bertindak sebagai Pihak Berkuasa Kebangsaan bagi perlaksanaan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT).

Aktiviti R&D

sunting
  • Tenaga
  • Industri
  • Perubatan
  • Alam Sekitar
  • Agroteknologi

Kemudahan R&D

sunting
  • Reaktor Triga Puspati
  • Kemudahan Penyinaran Gama
  • Kemudahan Penyinaran Alur Elektron
  • Kemudahan Penyinaran Tervulkan Susu Getah Asli
  • Kemudahan Penyinaran Kronik Rumah Hijau Gama (Ggh)
  •  Kemudahan Penyinaran Akut Sel Gama
  • ·Kemudahan Loji Sterifeed
  • Agroteknologi

Peralatan Saintifik

sunting
  • AB SCIEX Triple TOF 5600 + System
  • Ball Milling System
  • Bioreaktor WAVE
  • ImageXpress Micro XL and Metapress 5.1 High Content Screening System
  • Komputer Berprestasi Tinggi
  • Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi
  • Loji Fitofarmaseutikal
  • Loji Perintis bagi Perumusan dan Pengeluaran Produk Herba
  • Magnetometer Sampel Bergetar (VSM)
  • Makmal Analisi Kimia
  • Makmal Biomolekul
  • Makmal Fitokimia
  • Makmal Kultul Sel
  • Makmal Histologi
  • Makmal Toksikologi
  • Meter Tinjau
  • Mikroskop Daya Atom (AFM) XE-70
  • Mikroskop Elektron Imbasan (SEM) Meja
  • Mikrostereolitografi
  • Pemecahan Alir-medan Aliran Tidak Simetri-serakan Cahaya Laser Pelbagai Sudut (AFFFF-MALLS)
  • Pembilang Sintilasi Cecair, Quantulus 1220 (Ultra Rendah)
  • Pembilang Tiriod
  • Pembilang Seluruh Badan
  • Pembaca Plat Mod
  • Pembaca OSL
  • Penentukur Dos
  • Pengecam Mudah Alih Nuklid Gama
  • Penganalisa Terma Serentak (STA)
  • Petelelihat Akustik
  • Radas Penyinaran dan Peralatan Berkaitan Radiologi Diagnostik
  • Reaktor Berjaket
  • Rumah Haiwan Ujikaji
  • Sistem Amaran Pintar Pengesanan Sinaran (SARD)
  • Sistem Automated Metaphase Finder
  • Sistem Fluorescene Molecular Tomography (FMT)
  • Sistem Histologi
  • Sistem Multi-Pengesan Pembilang Alfa/Beta Berlatar Belakang Rendah
  • Sistem Pemendapan Wap Kimia (CVD)
  • Sistem Sinar-X Industri Keupayaan Malar Model MG165
  • Sistem Super Argus Bio PET/CT
  • Sistem Zebrafish
  • Solvent Extractor
  • Thermoluminescent Dosimeter
  • Tolok Ketebalan Setara Plumbum
  • Zetasizer

Produk (2012 -2017)

sunting
  • Anod Korbanan Berasaskan Aloi Aluminium untuk Perlindungan Katod
  • Agen Penggalak Pengeluaran Resin Gaharu
  • Agen Penggalak Pertumbuhan dan Imuniti Pokok
  • Anak benih stevia di nurseri dan plot penanaman oleh Duta Nusajaya
  • Anak Pokok Kultur Tisu
  • Baja Bioorganik
  • Benih Cecair Cendawan
  • Bioliquifert Biofertilizer
  • “BioGitaTea” Teh Baru Mengandungi Tongkat Ali dan Ginseng
  • Bonigent: Sistem Penyampaian Drug ke Dalam Tisu Tulang Bonigent
  • Coral Sampler
  • Filem Pembungkusan Aktif Antimikrob
  • Fitofarmaseutikal Ficus Deltoidea: Tablet Deltozide Tablet 200 mg dan Kapsul Deltozide
  • Formulation of cable compound for automotive
  • “Gitachoc Delights” Coklat Baru Mengandungi Ekstrak Tongkat Ali dan Ginseng
  • Hidroksiapatit (HA) Sintetik dari Kulit Kerang
  • Interlock concrete mould
  • Kapsul β-Glukan
  • Kanji Karboksimetil (CMS) sebagai Pembawa Nano
  • Kit Pengesan Segera Ketulenan Minyak Gaharu
  • Kit Radiofarmaseutikal untuk Penyakit Jantung Koronari (CHD)
  • Kompaun Antidiabetik Muntingia Calabura
  • Komposit Polimer-Bermagnet
  • Kapsul Sinaran HDPE Ultra-Tulen
  • Minyak Wangi Gaharu
  • Molybdenum- 99Mo / Technetium - 99mTc Generator
  • Mutan Padi untuk Diabetik dan Obesiti
  • Mutan Pleurotus Kelabu dan Putih
  • National Thorium Lab
  • NucleonicEye
  • Pembangunan Lengkuk Penentukuran Menggunakan Asai Premature Chromosome Condensation (PCC) dan Micronuclei (MN) bagi Penduduk Malaysia
  • Produk biobaja pepejal berasaskan Mushroom Spent Compost (MSC) sebagai bahan pembawa
  • Produk Papan dari Habuk Kayu Gaharu
  • Pengeluaran Ir-192 untuk Radiografi
  • Pengesan Gas Hidrogen
  • Penghasilan produk hiliran cendawan Volvariella volvacea: Volvariella Tea – New beverage from Volvariella volvacea mushrooms.
  • Penjerap Gentian Semulajadi
  • Pelet Sinaroma-Gaharu & Deodoran-Sinaroma
  • Pengubah/Penstabil Karat
  • Perencat Karat
  • Pengeluaran Larutan dan Kapsul I-131
  • Penghasilan 50-100 kg/batch EPOLA/OPV
  • Produk Iodin
  • Prototype for battery cable
  • Radiolabel Ikan Haruan (Channa striatus)
  • Radiation Compatible Thermoplastic Elastomers (TPEs) for HealthCare Industry compound
  • Rawatan Biologi Serentak ke atas Efluen Tekstil dan Makanan Menggunakan Penyinaran Alur Elektron
  • Real-time radiographic film digitizer
  • Sistem Termografi Arus Pusar
  • Sangkar Akuakultur Terapung
  • Sediment Corer
  • Super Water Absorbent
  • Sebatian Termaju EPDM untuk Aplikasi Automatif
  • Smart Winder System
  • Teh Gaharu
  • Tiang sokongan Biokomposit untuk Sistem Perladangan Lada Hitam
  • Tiub Nano Karbon Berbilang Dinding (MWCNT) yang Difungsikan Secara In-Situ dengan Sinaran Gama
  • ULTRACLAWS SF0053
  • Varieti Baru Tanaman

Perkhidmatan

sunting
  • Keselamatan Dan Kesihatan
  • Analisis
  • Pemprosesan Sinaran Dan Penstrerilan Produk
  • Penilaian Dan Ujian Tanpa Musnah
  • Rekabentuk Dan Fabrikasi
  • Pengurusan Sisa
  • Pengeluaran Radioisotop
  • Perkhidmatan Perundingan

Program Jangka Pendek

sunting
  • Program Latihan
  • Agenda Latihan 2017
  • Agenda Latihan 2018
  • Borang Pendaftaran Program Jangka Pendek
  • Kursus Kelulusan Program Pendidikan Berterusan
  • Penginapan di Suite 57@Rumah Tamu, Nuklear Malaysia, Bangi
  • Portal Pusat Latihan NM
  • Sistem Atas Talian
    • Permohonan Kursus
    • Tuition On Demand Online System (TAP)

Latihan Perindustrian dan Kajian Penyelidikan

sunting
  • Pengenalan
  • Bidang Pengajian
  • Bilangan Tempat yang Ditawarkan
  • Carta Alir Permohonan Penempatan
  • Dokumen Permohonan

Sangkutan Saintifik (Program Jangka Panjang)

sunting
  • Sangkutan Saintifik
  • Bidang Sangkutan Saintifik yang Ditawarkan
    • Alam Sekitar
    • Fizik Perubatan
    • Kejuteraan Sokongan Nuklear
    • Metrologi Sinaran Mengion
    • Material Technology
    • Nuclear Engineering and Reactor Application
    • Pertanian & Biosains
    • Pengurusan Sisa Radioaktif
    • Plant Assessment Technology
    • Sinaran Tidak Mengion (NIR)
    • Teknologi Perubatan
    • Ujian Tanpa Musnah
      • Non Destructive Testing of Non-Metallic Materials
      • Non Destructive Testing of Metal
      • Radiation Safety in Industrial Radiography
    • Radiation Safety and Health
  • Permohonan Sangkutan Saintifik
  • Scientific Attachment Fellow
    • 2017
    • 2016

Pautan

sunting