Mohd Daud bin Abdul Samad
Haji Mohd Daud bin Abdul Samad merupakan Menteri Besar Terengganu yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari bermula 29 Jun 1959 hingga 8 November 1961 ketika PAS-Parti Negara menguasai keseluruhan DUN Terengganu.
Mohd Daud bin Abdul Samad P.P.M. (P) | |
---|---|
Menteri Besar Terengganu ke-6 | |
Dalam jawatan 29 Jun 1959 – 8 November 1961 | |
Didahului oleh | Kamaruddin bin Idris |
Digantikan oleh | Ibrahim Fikri bin Mohammad |
Ahli Parlimen Malaysia | |
Dalam jawatan 1964–1969 | |
Didahului oleh | Burhanuddin al-Helmi |
Digantikan oleh | Hussain Sulaiman |
Kawasan pilihan raya | Besut |
Dalam jawatan 1969–1974 | |
Didahului oleh | Abdullah Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubar |
Kawasan pilihan raya | Kuala Terengganu Selatan |
Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Setiu | |
Dalam jawatan 1959–1964 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Abdul Ghani Mat Amin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1926 |
Mati | 23 Disember 1983 | (umur 56–57)
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Haji Mohd Daud pernah menjadi ADUN Setiu (1959-1964), Ahli Parlimen Besut (1964-1969) dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Selatan (1969-1974). Beliau juga pernah menjadi Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu (1959-1963 dan 1966-1972).[1]
Kerajaan PAS Terengganu tumbang 1961
suntingDalam Pilihan raya umum Malaysia 1959, DUN Terengganu dimenangi oleh PAS dengan majoriti kecil. PAS dapat 13 kerusi, UMNO 7 kerusi dan Parti Negara (PN) 4 kerusi. PAS berjaya memujuk Adun PN Langkap (Ismail Abbas) menyokong mereka. Umno pula berusaha mendapat sokongan 3 lagi Adun PN.
Pada 24 Julai 1961 satu undi tidak percaya terhadap kerajaan PAS dibawa oleh seorang Adun PN Bukit Besar, Mohamad Abd Rahman. Undi tersebut gagal kerana PAS mendapat (12 undi) Umno + PN (11 undi). Seorang wakil PAS berkecuali iaitu Ahmad Azam Napiah. Ahmad Azam kecewa kerana tidak diberi jawatan Menteri Besar Terengganu atau pun Speaker (kerana berasal dari Perak bukan anak jati Terengganu. Beliau kemudiannya mengisytihar sebagai Adun Bebas.
Kegawatan DUN Terengganu berlarutan apabila Umno berjaya membeli dua Adun PAS - Mohamad Ismail dan Husin Jusoh. Kemudian, Umno juga dapat membeli 3 Adun PN apabila mereka bertemu Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur. Adun PN yang terbabit adalah Wan Daud Mohamad (Ladang), Mohamad Abd Rahman (Bukit Besar) dan Haji Mutalib Salleh (Batu Buruk). Keadaan tersebut membawa kepada undi tidak percaya kali kedua dibawa dan akhirnya kerajaan PAS tewas.
Maka Parti Perikatan menubuhkan kerajaan baru yang diketuai Tan Sri Ibrahim Fikri pada November 1961.[2]
Meninggal dunia
suntingBeliau meninggal dunia pada 23 Disember 1983 ketika berusia 57 tahun.
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Malaysia
- Pingat Peringatan Malaysia (Perak) (P.P.M.) - 1965
Rujukan
sunting- ^ Azmi Yusof (11 Julai 2006). "20 dipilih tokoh Jubli Emas PAS Terengganu". HarakahDaily.net. Unknown parameter
|accessdaymonth=
ignored (bantuan); Unknown parameter|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan)[pautan mati kekal] - ^ "Kerajaan PAS pernah dijatuhkan secara tidak demokratik". KLpos.com. 8 September 2008. Unknown parameter
|accessdaymonth=
ignored (bantuan); Unknown parameter|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan)
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Terengganu 29 Jun 1959 – 8 November 1961 |
Penyandang Kemudian |
Kamaruddin bin Idris | Ibrahim Fikri bin Mohammad |